Wednesday, June 19, 2013

Penerbangan terus dari Kota Bharu ke Bangkok & Hanoi

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Firefly kini pada peringkat akhir kajian mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Bangkok, Thailand dan Hanoi, Vietnam. Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong berkata, pihaknya sedang dalam peringkat akhir kajian menjadikan Kelantan sebagai hab penerbangan jarak dekat di negara ini.

Katanya, matlamat syarikat itu memudahkan semua pihak menggunakan penerbangan untuk ke seluruh destinasi jarak dekat di rantau ini. “Kami berharap kerajaan Kelantan memberi kerjasama sepenuhnya bagi merealisasikan matlamat tersebut.

“Ini secara tidak langsung membolehkan lebih ramai pelancong datang ke Kelantan bagi meningkatkan perkembangan ekonomi,” katanya pada pertemuan dengan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini. Hadir sama pada pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.

Firefly sebelum ini mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura sebanyak empat kali seminggu bermula Ramadan tahun lepas. Ignatius juga berkata, kadar permintaan penumpang di Kelantan begitu tinggi sehingga menyebabkan Firefly menyediakan lapan penerbangan sehari.

Ia meliputi Kota Bharu-Pulau Pinang, Kota Bharu–Subang dan Kota Bharu-Senai, Johor. Firefly milik penuh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Sementara itu, Md Anizam berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama kepada mana-mana syarikat penerbangan dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan.

“Dengan adanya kemudahan pengangkutan yang lebih baik, ia akan dapat membantu meningkatkan perkembangan sektor pelancongan.

“Adalah dijangka dengan adanya penerbangan terus dari Kota Bharu ke Bangkok dan Hanoi dan sebaliknya, akan dapat meningkatkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut.

Beliau juga berharap kerajaan pusat memberi kelulusan kepada mana-mana syarikat penerbangan yang berminat mengadakan penerbangan ke destinasi antarabangsa dari Kelantan.

Source: Harakah Daily | 19 June 2013 | 

Mustapa sokong lapangan terbang dinaik taraf

KOTA BHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini menyatakan sokongan terhadap permohonan kerajaan negeri menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dun Kelantan menyokong usaha tersebut.

Sebelum itu anggota Exco, Hanifa Ahmad ketika menjawab soalan tambahan Mustapa (BN-Ayer Lanas) berharap mendapat sokongan Adun BN bagi membolehkan lapangan terbang berkenaan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.

“Terima kasih di atas sokongan itu. Setidak-tidaknya pada tahun hadapan penerbangan jemaah haji boleh diadakan terus dari Kota Bharu ke Jeddah.

“Jadi kita mengharap Kementerian Pengangkutan meluluskan permohonan Kelantan dengan sokongan padu Adun-Adun BN,” katanya ketika menjawab soalan asal Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) pada persidangan Dun.

Katanya, kerajaan negeri memohon landasan kapalterbang dapat dipanjangkan daripada 2,400 meter sekarang kepada 3,400 meter bagi membolehkan Boeing 747 dan Airbus mendarat. Menurutnya juga landasan tersebut pada 2011 sudah dinaik taraf daripada 1,980 meter kepada 2,400 membabitkan kos sebanyak RM45.5 juta.

Bagaimanapun kata beliau Firefly sudah mengadakan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura sebanyak empat kali seminggu bermula Ramadan lalu. “Kerajaan negeri juga memohon bagi membolehkan diadakan penerbangan terus ke Medan, Indonesia. Namun ia bergantung kepada potensi perniagaan oleh syarikat penerbangan,” ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, projek pembangunan hartanah di Bandar Baru Tunjung yang diterima sekarang bernilai RM1.69 bilion. Katanya, projek tersebut termasuk syarikat Sara Timur Sdn Bhd yang dikenali sebagai Legenda Tunjung dianggar membabitkan kos RM1.2 bilion.

Selain itu, pelaburan Mydin Holdings sebanyak RM250 juta dan syarikat lain mewujudkan autocity bernilai RM40 juta. Sebanyak tujuh projek pembangunan akan dibangunkan di Tunjung di bawah penyelarasan Tunjung Development Sdn Bhd.

“Jabatan dan agensi-agensi kerajaan pusat juga membina pejabat di Bandar Baru Tunjung,” katanya ketika menjawab soalan Rozi Muhamad (PAS-Tendong).

SOURCE: Harakah Daily | 18 June 2013 | 

Upgrade for airport in Kelantan

KOTA BHARU: The Federal Government will upgrade the Sultan Ismail Petra Airport into an international airport, the assembly was told yesterday. Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Air Lanas), who is the International Trade and Industry Minister, said he and the other 11 Barisan assemblymen would support the move by the PAS-led Kelantan government to upgrade the busy airport located in Pengkalan Chepa.

We will support the state's aspirations to turn the airport into an international class facility to ensure that it will bring economic benefit to the people,” Mustapa said. He had intervened as Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) asked when the airport would be upgraded into an international airport.

State Infrastructure, Utility and Information Technology Committee chairman Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) later said that the state government had made a formal application to the Federal Government to extend the runway by 1,000m to 3,400m.

The application has been approved and when completed, it will be possible to send Haj pilgrims from here on a direct flight to Mecca,” he said when winding-up the debate on the motion of thanks on the Royal Address by Sultan Muhammad V.

Mustapa. who is also the Jeli MP, also chided the Kelantan government for not being grateful for the Federal Government's past efforts in improving the airport. He gave the example of providing better lighting.

State Agriculture, Green Technology and Biotechnology Committee chairman Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Wakaf Bharu) said that the issue surrounding diminishing fish would be investigated.

He said that the government had no information on the matter but told the assembly that the government would monitor the situation and go after those who flouted the environmental rules.

Later, former mentri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was given a round of applause after a motion was put forward by a member to honour him for helming the state government for 23 years. Nik Abdul Aziz, who is also the PAS spiritual adviser and Chempaka assemblyman, had taken up the post in 1990.

SOURCE: The Star Online | 19 June 2013 | 

Pusat belanja RM40 juta naik taraf LTSIP

KOTA BHARU 18 Jun - Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk meminta Kerajaan Pusat supaya memanjangkan lagi landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) bagi memastikan landasan itu mencapai taraf lapangan terbang antarabangsa.

Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) berkata, Kerajaan Pusat sejak beberapa tahun lalu telah membelanjakan lebih RM40 juta untuk menaik taraf lapangan terbang itu agar mampu digunakan oleh pesawat lebih besar.

"Sejak semalam ada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bercakap mengenai soal meningkatkan kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pas Kelantan.

"Kami mahu katakan kami di BN juga menyokong supaya LTSIP dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa, itu jaminan daripada kami," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad yang menjelaskan usaha kerajaan negeri supaya LTSIP dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Hanifa ketika mengulas mengenai perkembangan proses menaik taraf LTSIP berkata, sebanyak RM45.5 juta telah dibelanjakan melalui peruntukan Kerajaan Pusat untuk menjadikan lapangan terbang itu lebih maju dapat diperluaskan capaiannya.

"Landasan LTSIP telah siap dipanjangkan pada hujung 2011 dari 1,980 meter kepada 2,400 meter dengan kos RM45.5 juta yang membolehkan pesawat lebih besar seperti Airbus dan Boeing untuk mendarat.

"Dengan usaha ini (naik taraf) membolehkan perkhidmatan terus ke beberapa negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam. Sekarang hanya Firefly yang melakukan penerbangan antarabangsa dari Kota Bharu ke Singapura," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan telah memberi kebenaran bermula tahun ini kepada LTSIP untuk melakukan penerbangan antarabangsa namun keputusan itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan komersial syarikat penerbangan yang ada.

"Kebenaran sudah diberikan untuk penerbangan terus antarabangsa (dua hala) dari Medan, Indonesia dan Kelantan jadi kita mahu panjangkan lagi landasan daripada 2,400 meter kepada 3,400 meter untuk membolehkan pesawat Boeing 747 mendarat.

"Kita berharap bermula tahun depan juga kita boleh melakukan penerbangan terus untuk menunaikan umrah dan haji dari LTSIP ke Jeddah, Arab Saudi tanpa perlu transit ke Kuala Terengganu atau Kuala Lumpur," tambahnya.

SOURCE: Utusan Malaysia | Timur | 19 June 2013 | 

Tuesday, June 18, 2013

Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra disokong

KOTA BHARU 18 Jun - Hasrat kerajaan Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau bersama 11 lagi Adun mewakili Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan memberikan sokongan dan memberikan kerjasama agar dapat merealisasikan hasrat berkenaan.

"Saya bersama 11 lagi Adun BN akan menyokong permohonan kerajaan negeri dan ini adalah langkah Kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat," katanya ketika mencelah semasa sesi soal jawab pada persidangan DUN di sini hari ini.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri, Hanifa Ahmad sedang menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (Pas-Kijang) yang bertanyakan langkah kerajaan negeri untuk menaik taraf lapangan terbang berkenaan.

Hanifa dalam jawapannya berkata kerajaan negeri telah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk memanjangkan lagi landasan lapangan terbang itu daripada 2,400 meter kepada 3,400 meter bagi membolehkan ia digunakan untuk penerbangan antarabangsa.

Katanya, jika permohonan itu diluluskan dan pemanjangan landasan dapat dilakukan, hasrat rakyat Kelantan untuk menunaikan haji dengan penerbangan terus dari sini dapat direalisasikan dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Negeri, Datuk Nassuruddin Daud berkata, pembinaan masjid sebenarnya bukan menjadi keutamaan kerajaan negeri sebaliknya menyarankan pembinaannya dilakukan sendiri rakyat Kelantan.

Ketika menjawab soalan Zawawi Othman (BN-Semerak), Nassuruddin berkata, ini kerana jika rakyat sendiri yang membina masjid, pahala akan diperoleh mereka dan kerajaan negeri hanya akan membantu mereka yang berhasrat membina masjid berkenaan.

Dalam perkembangan lain, sidang DUN dimaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat mengenai spesies ikan yang dikatakan telah terancam dan pupus akibat pencemaran alam di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Teknologi Hijau Dan Bioteknologi Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, bagaimanapun kerajaan negeri akan sentiasa memastikan undang-undang berkaitan dikuatkuasakan bagi mengenakan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kepupusan itu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Mustapa yang mahu mengetahui spesis ikan yang terancam berikutan pencemaran sungai kerana pembalakan haram di negeri itu.

SOURCE: BERNAMA | 18 June 2013 |

Mustapa sokong naik taraf lapangan terbang

KOTA BHARU - Hasrat Kerajaan Kelantan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa turut mendapat sokongan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau bersama 11 lagi Adun mewakili Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan akan memberikan sokongan dan memberikan kerjasama agar dapat merealisasikan hasrat berkenaan.

"Saya bersama 11 lagi Adun BN akan menyokong permohonan kerajaan negeri dan ini adalah langkah Kepada kerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat," katanya ketika mencelah semasa sesi soal jawab pada persidangan Dun di sini hari ini.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Hanifa Ahmad sedang menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (Pas-Kijang) yang bertanyakan langkah kerajaan negeri untuk menaik taraf lapangan terbang berkenaan.

Hanifa dalam jawapannya berkata kerajaan negeri telah memohon kepada kerajaan Persekutuan untuk memanjangkan lagi landasan lapangan terbang itu daripada 2,400 meter kepada 3,400 meter bagi membolehkan ia digunakan untuk penerbangan antarabangsa.

Katanya jika permohonan itu diluluskan dan pemanjangan landasan dapat dilakukan, hasrat rakyat Kelantan untuk menunaikan haji dengan penerbangan terus dari sini dapat direalisasikan dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Negeri Datuk Nassuruddin Daud berkata pembinaan masjid sebenarnya bukan menjadi keutamaan kerajaan negeri sebaliknya menyarankan pembinaannya dilakukan sendiri rakyat Kelantan.

Ketika menjawab soalan Zawawi Othman (BN-Semerak), Nassuruddin berkata ini kerana jika rakyat sendiri yang membina masjid, pahala akan diperoleh mereka dan kerajaan negeri hanya akan membantu mereka yang berhasrat membina masjid berkenaan.

Dalam perkembangan lain, sidang Dun dimaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat mengenai spesies ikan yang dikatakan telah terancam dan pupus akibat pencemaran alam di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Teknologi Hijau Dan Bioteknologi, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata bagaimanapun kerajaan negeri akan sentiasa memastikan undang-undang berkaitan dikuatkuasakan bagi mengenakan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kepupusan itu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Mustapa yang mahu mengetahui spesis ikan yang terancam berikutan pencemaran sungai kerana pembalakan haram di negeri itu. - Bernama

SOURCE: Sinar Harian (Kelantan Edition) | 18 June 2013 |