Sunday, October 28, 2018

AirAsia mulakan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan

KUANTAN: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) kini kembali menyediakan kemudahan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan setelah operasinya dihentikan pada tahun 2008.

Pengurus stesennya M. Hari Tharan berkata penerbangan setiap hari menggunakan pesawat Airbus 320 itu bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat ke Pantai Timur.

"Setiap perjalanan boleh membawa 180 penumpang pada satu-satu masa dengan menggunakan pesawat Airbus 320.

"Pada penerbangan pertama hari ini seramai 141 orang telah tiba dari Kuala Lumpur ke Kuantan dan 157 orang lagi berlepas dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Setiap hari AirAsia menyediakan satu perjalanan dua hala dan kita mungkin akan menambah bilangan penerbangan pada masa akan datang jika permintaan semakin meningkat," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Hari Tharan berkata AirAsia kini menjadi pilihan utama orang ramai kerana syarikat tersebut berjaya mengekalkan perkhidmatan berkualiti dan selesa pada harga murah.

"Tambang bagi ke Kuantan adalah serendah RM35 dan ini mungkin menjadi salah satu tarikan utama orang ramai dan pelancong menaiki pesawat AirAsia.

"Kadangkala AirAsia mengadakan promosi istimewa dan harga tiket itu mungkin boleh dibeli dengan lebih murah," katanya.

Sementara itu, Pengurus Malaysia Airports, Md Zulkifli Farid Zakaria berkata perkhidmatan penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Kuantan secara langsung merancakkan kemasukan pelancong ke Pahang.

"Setiap hari lapangan terbang ini menerima ketibaan antara 600 ke 700 penumpang dan ia boleh meningkat kepada 1,000 orang pada waktu puncak.

"Saya percaya perkhidmatan AirAsia ini mampu melonjakkan bilangan ketibaan penumpang terutama dalam kalangan pelancong yang mahu bercuti ke sini," katanya.

Seorang penumpang, Helmi Abdul Jamil, 40, berkata ia merupakan satu pengalaman yang selesa dan lebih cepat apabila datang ke Kuantan dengan menaiki pesawat AirAsia berbanding memandu kenderaan sendiri.

"Selepas ini saya akan memilih AirAsia lagi kerana segalanya mudah dan harga tiket pula murah," katanya.

Sumber: Bernama | 28 Oktober 2018

Friday, September 28, 2018

Works to upgrade Sultan Ismail Petra Airport to begin in 2020

Datuk Kamarudin Jaffar
TUMPAT: The upgrading of Sultan Ismail Petra Airport (LTSIP) in the Pengkalan Chepa in Kota Bharu is expected to start in 2020, involving an allocation of RM500 million.

Deputy Transport Minister Datuk Kamarudin Jaffar said the project which will be implemented at the existing site includes the construction of a two-storey building for departure and arrival terminals which complies with international aviation regulations, and expected to be completed within three years.

He said the upgrading of the LTSIP was to accommodate the increasing number of passengers each year, as well as providing a safer and more comfortable environment.

"The new LTSIP will be able to accommodate about four million passengers a year, compared to two million a year currently," he said after the groundbreaking ceremony for the Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat Railway Station and Depot here today, which was also attended by KTMB Procurement Manager Mohd Hider Yusoff.

The new RM23.7 million KTMB Tumpat station and depot is expected to be completed by 2020.

Sumber: Bernama | 27 September 2018

Kerja naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dijangka bermula 2020

TUMPAT: Kerja menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di Kota Bharu dijangka bermula tahun hadapan melibatkan peruntukan RM500 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata projek itu akan dilaksanakan di tapak sedia ada, yang merangkumi pembinaan bangunan dua tingkat untuk terminal berlepas dan ketibaan yang mematuhi peraturan penerbangan antarabangsa, dan dijangka siap tiga tahun lagi.

Beliau berkata projek menaik taraf LTSIP itu bagi menampung kapasiti penumpang yang semakin bertambah setiap tahun selain menyediakan suasana yang lebih selamat dan selesa.

"LTSIP baharu nanti akan mampu menampung kapasiti kira-kira empat juta penumpang setahun berbanding dua juta setahun ketika ini," katanya selepas majlis Pecah Tanah Pembinaan Stesen dan Depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengurus Perolehan KTMB Mohd Hider Yusoff.

Sementara itu, stesen dan depoh baharu KTMB Tumpat yang bernilai RM23.7 juta itu dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada 2020, sebagai persiapan bagi penggunaan tren Diesel Multiple Unit (DMU) akhir tahun ini menggantikan gerabak lama yang masih digunakan di laluan kereta api Pantai Timur.

Kamarudin juga berkata pelaksanaan kedua-dua projek itu dilihat sebagai pengiktirafan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan bagi memastikan rakyat dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik.

Sumber
: Bernama | 27 September 2018

Thursday, September 27, 2018

Projek naik taraf LTSIP bermula 2020

Kamarudin Jaffar melakukan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Menaik Taraf Stesen dan Bangunan Depoh di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, hari ini.
TUMPAT: Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, projek yang dijangka bermula pada 2020 itu akan mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.

Beliau berkata, perkara itu sekali gus menunjukkan komitmen serta pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan infrastruktur di negeri ini.

“Proses tender akan bermula tidak lama lagi kerana pembinaan dan pembesaran LTSIP dijangka siap pada 2023 yang mampu menampung seramai empat juta penumpang dalam masa setahun.

“Ini kerana, jumlah penumpang dijangka meningkat dengan jumlah yang pesat kerana tahun ini sahaja dianggarkan lebih dua juta penumpang menggunakan kemudahan lapangan terbang tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Menaik Taraf Stesen dan Bangunan Depoh di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengurus Besar Perolehan KTMB, Mohd. Hider Yusoff dan Pengurus Besar Pengurusan Projek KTMB, Ismail Said.

Dalam pada itu, Kamaruddin berkata, kerajaan juga akan meneruskan projek menaik taraf stesen dan depoh KTMB serta pembinaan 13 set tren Diesel Multiple Units (DMU) melibatkan kos sebanyak RM403.8 juta.

“Projek ini termasuklah menaik taraf bangunan di stesen KTMB Tumpat seperti pembinaan kaunter tiket, aras platform sedia ada, pembinaan jejantas dan depoh penyelenggaraan DMU.

“Pembinaan tren DMU baharu pula amat penting bagi menampung kapasiti penumpang sedia ada seramai 1,500 orang setiap hari selain kadar tambang yang rendah menjadi pilihan pengguna menggunakan perkhidmatan KTMB,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online | 27 September 2018

Projek pembesaran LTSIP bermula tahun 2020

Kamarudin mengendalikan jengkaut sebagai gimik pecah tanah pembinaan depoh di Stesen Kereta Api Tumpat.
TUMPAT: Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa yang tertangguh sebelum ini akan bermula pada 2020.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dengan peruntukan diluluskan sebanyak RM500 juta.

“Semua maklum LTSIP sangat sesak, tahun ini sahaja jumlah penumpang melebihi 2 juta. Kita bantu rakyat Kelantan agar dapat kemudahan pengangkutan sama ada perkhidmatan penerbangan, rel (kereta api) mahu pun jalan raya.

“Ini pengiktirafan kerajaan kepada negeri ini, pembangunan kemudahan infrastruktur di Kelantan diambil berat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Depoh dan Naik Taraf Bangunan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, di bandar Tumpat, hari ini.

Kamarudin berkata, pembesaran LTSIP tidak melibatkan pengambilan tanah penduduk walaupun beberapa penambahbaikan dilakukan.

“Pembesaran LTSIP ini mampu menampung 4 juta penumpang setahun. Bangunan terminal nanti mempunyai dua tingkat untuk balai ketibaan dan perlepasan penumpang yang tentunya memberi keselesaan,” katanya.

Sebelum itu, Kamarudin melakukan gimik perasmian pecah tanah pembinaan depoh penyelenggaraan Kereta Api Diesel Multiple Unit (DMU) dan projek naik taraf bangunan Stesen Kereta Api Tumpat bernilai hampir RM24 juta.

Projek pembesaran LTSIP yang sepatutnya bermula Julai lalu adalah projek impak tinggi Kelantan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dengan kos RM483 juta yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerusi pembentangan Bajet 2018.

Sumber: Sinar Harian | 27 September 2018

RM500 juta untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Jumlah penumpang di LTSIP yang kini berjumlah dua juta orang setahun dijangka meningkat kepada empat juta orang dalam tempoh beberapa tahun lagi.
TUMPAT: Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, Kota Bharu dijangka bermula pada tahun 2020 dengan melibatkan kos lebih RM500 juta.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan untuk projek pembesaran LTSIP dan proses pengeluaran tendernya akan dibuat tidak lama lagi.

"Pada masa ini penumpang yang menggunakan LTSIP amat padat dengan jumlah penumpang tahun ini dijangka melebihi dua juta orang dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat sehingga empat juta orang beberapa tahun akan datang," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan depoh dan stesen kereta api KTMB Tumpat di sini, hari ini.

Katanya lagi, projek pembesaran dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Kompleks baru LTSIP itu akan dibina bertingkat bagi mengasingkan ruang pelepasan dan ketibaan dan pada masa sama bagi menampung penambahan penumpang.

“Kerajaan Persekutuan bagi pengiktirafan kepada negeri Kelantan dan mengambil kira kepentingan pembangunan infrastruktur serta kemudahan di negeri ini,” tambahnya.

LTSIP antara lapangan terbang sibuk di negara ini dengan lebih 45 penerbangan keluar masuk setiap hari.

Sementara itu, mengenai depoh baharu KTMB katanya, ia bertujuan untuk menerima gerabak dan kepala baharu jenis DMU yang dijangka sampai penghujung tahun ini.

Setakat ini katanya, tambang yang dikenakan kepada pengguna kereta api Tumpat - Kuala Lumpur tidak akan dinaikkan walapun KTMB menukar gerabak jenis DMU untuk laluan berkenaan pada masa akan datang.

Sumber: Astro Awani | 27 September 2018

Monday, September 24, 2018

Malindo Air CEO eyes first profit within 3 years

KUALA LUMPUR: The airline business in Malaysia has predominantly been shared among Malaysia Airlines Bhd, AirAsia Group Bhd and Malindo Airways Sdn Bhd (Malindo Air).

While the first two have made some splashy news and big announcements, Malindo Air has mostly stayed below the radar, quietly building its network — earlier out of KLIA 2, and three years later at the Kuala Lumpur International Airport's Main Terminal (KLIA 1). The full-service airline has also expanded into the turboprop segment, which it operates out of the Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Selangor.

From a two-destination operation (Kuala Lumpur - Kuching and Kuala Lumpur - Kota Kinabalu) five years back, Malindo Air now has a network of 57 destinations across 16 countries.

However, Malindo Air has yet to turn in a profit. It lost RM499.28 million in the financial year ended Dec 31, 2017 (FY17), from just RM273,152 in net loss in FY16. The airline has now accumulated total losses of RM1.06 billion compared with RM560,522 in FY16.

But the airline’s 39-year-old chief executive officer vows to bring the airline to profitability in the next three years.

Chandran Rama Muthy, who has held the reins at Malindo Air since its inception in 2013, hopes to achieve this by riding on industry growth, continuous cost discipline and synergies with the airline’s Indonesian shareholder Lion Group.

While Chandran conceded that higher jet fuel prices and the ringgit’s weakness remain a challenge for the sector, he also expects rising crude oil prices to bring better economic growth, which would boost air travel.

“Looking from another perspective, higher oil prices are good for the country’s income. As such, we hope there will be more economic activities, people will have more disposable income, which in turn will boost travel,” he said in an interview with The Edge Financial Daily last week.

He pointed out that the airline’s fuel costs had risen about 10% this year as fuel makes up 35% to 40% of its total operating cost. Bloomberg data showed that year to date (YTD), the Singapore jet kerosene spot price had risen by 14.24% to US$88.46 (RM365.34) per barrel.

The airline is also hit by a weaker local currency, as while it earns in ringgit, 67% to 70% of its costs like fuel, airplane leases, insurance and spare parts are billed in US dollars. YTD, the ringgit had weakened by 2.76% to close at 4.1305 last Friday against the US dollar.

“It (2018) is a challenging year, but we do not depend on a single market. Our presence in multiple countries helps [to ease the impact of currency fluctuations]. The industry is very dynamic. Whenever we see there is an opportunity to maximise our revenue, we will go for it,” said Chandran.

The airline is still in ‘investment mode’

There is no stopping Malindo Air as it looks to continue expanding its business. The airline is looking to expand its operations to destinations in India, Pakistan, China and Australia.

Chandran said the airline is still in “investment mode”, noting that its cash flow had also seen “good” improvement.

A check on the Companies Commission of Malaysia’s data showed that Malindo Air’s current assets had increased to RM319.78 million as at FY17, from just RM319,587 in FY16.

Revenue also surged to RM2.09 billion from RM1.38 million during the same period.

Chandran said that this year, Malindo Air is targeting to carry seven million passengers, which is equivalent to a 10% growth from the airline’s passenger volume of over six million in 2017.

“Since 2013, we have flown about 23 million passengers,” he added.

Initially formed as a joint venture between Malaysia’s National Aerospace and Defence Industries (Nadi) and Lion Group of Indonesia, Chandran now holds a 51% stake in Malindo Air after Nadi’s exit last year.

However, he declined to reveal the reason for Nadi’s exit.

Nevertheless, the affiliation with the Indonesian airline group has allowed Malindo Air to have better cost management due to the synergies between the two parties.

“We are leveraging on Lion Group’s facilities when it comes to aircraft financing, procurement of spare parts, its maintenance, repair and overhaul capabilities in Batam, as well as its simulator training centre in Jakarta. So cost-wise, we are very disciplined; we save wherever we can as a group,” said Chandran.

Malindo Air also hopes to tap into Lion Air’s 60 million passengers a year. “If we can tap into just 1% of their market, we are very happy,” he said.

The airline’s fleet of aircraft comprises 29 Boeing 737s and 13 ATR 72s.

Next year, we are looking to add another six Boeing 737 MAX 8s and two more ATRs through an operating lease with Lion Group. Our capacity expansion is around 10% to 15% every year,” said Chandran.

Malindo Air currently employs about 4,500 people, 88% of whom are under 40 years old.

Meanwhile, passengers of Malindo Air may begin to notice a new look and brand gradually sweeping the airline as it moves forward with a rebranding effort that Chandran said began two years ago.

Come March next year, Malindo Air will be renamed Batik Air Malaysia in a move to better integrate its flights with Lion Group’s airlines comprising Lion Air, Wings Air and Batik Air Indonesia.

“With the name Batik Air Malaysia, it will give passengers an impression that we are under one brand. They will be more comfortable when they connect between two or more flights under Batik Air. We see prospects in connecting more flights out of Indonesia rather than Singapore’s Changi Airport [going forward],” he said.

Chandran noted that Malindo Air, which had positioned itself as a hybrid airline when it first entered the Malaysian market, no longer does so to avoid brand confusion.

“We think it is better to focus on growing our business rather than spend money to educate people on what is a hybrid airline. We offer frills like baggage allowances and in-flight entertainment, so we fall under the category of a full-service airline,” he said.

He is unfazed by competition from its more-established counterparts including Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Cathay Pacific and Emirates in the premium market, saying there are many subsegments and that the market is big enough for everybody.

Source: The Edge Financial Daily | 24 September 2018