Sunday, April 27, 2014

Genap dua tahun perkhidmatan penerbangan terus Kota Bharu – Johor Bahru oleh Firefly

Imbas kembali: Promosi pertama jualan tiket bagi laluan Kota Bharu - Johor Bahru pada 16 Mac 2012 oleh syarikat penerbangan Firefly Airlines.
KUALA LUMPUR: Pada 26 April 2014 (Sabtu) genaplah dua tahun laluan penerbangan domestik Kota Bharu (KBR) – Johor Bahru (JHB) dibuka oleh syarikat penerbangan Firefly Airlines.

Firefly Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan bagi laluan ini yang menghubungkan Pantai Timur dengan Wilayah Selatan dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu sejak 26 April 2012.

Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit sahaja dengan menggunakan pesawat jenis ATR72-500/600 yang boleh membawa seramai 72 orang penumpang dalam satu-satu penerbangan.

Penerbangan FY2231 dari Kota Bharu ke Johor Bahru berlepas pada jam 08:30 dan  dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru (LTAS) pada jam 10:10, manakala penerbangan FY2232 dari Johor Bahru ke Kota Bharu berlepas pada jam 10:40 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 12:20.

NOTA KAKI: Firefly Airlines menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Subang (Kuala Lumpur Raya), Pulau Pinang, dan Johor Bahru serta sebaliknya. Info: www.fireflyz.com.my

Friday, April 25, 2014

AirAsia dan AirAsia X akan mula operasi di KLIA2 pada 9 Mei

Pemandangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dijangka akan mula beroperasi secara rasmi pada awal Mei nanti. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia akan memindahkan semua operasinya ke lapangan terbang baharu KLIA2 pada Jumaat, 9 Mei.

Semua pelepasan yang dijadualkan dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) pada 8 Mei, akan beroperasi seperti biasa, kata AirAsia dalam satu kenyataan.

Penumpang dengan tempahan berlepas dari Kuala Lumpur pada hari berkenaan dinasihatkan untuk pergi ke LCCT untuk menaiki penerbangan mereka.


Semua penerbangan AirAsia X (D7) masih terus berlepas dari dan tiba di LCCT pada 8 Mei, termasuk penerbangan berlepas pada 9 Mei ke Perth, Osaka, Busan dan Jeddah masing-masing pada 12.05 tengah malam, 1.00 pagi, 1.15 pagi dan 2.35 pagi.


Bagaimanapun, sejumlah penerbangan AirAsia (AK) akan mendarat terus di KLIA2 pada 8 Mei, dan tidak di LCCT.


Penerbangan domestik yang tiba di KLIA2 pada 8 Mei termasuk yang berlepas dari Kuala Terengganu, Kota Bharu, Tawau, Bintulu, Alor Setar, Johor Bahru, Sibu,Miri, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.


Penerbangan antarabangsa yang tiba di KLIA2 pada 8 Mei termasuk yang berlepas dari Macau, Nanning, Kunming, Lombok, Bandar Raya Ho Chi Minh, Phuket, Bali, Shenzhen, Yangon, Guangzhou, Medan, Trichy, Kochi, Kolkata dan Chennai.


Dengan ruang bina yang lebih luas dan pengalaman baharu, kaunter-kaunter serahan bagasi AirAsia akan dibuka tiga jam sebelum masa pelepasan dijadualkan, dan akan ditutup sejam sebelum masa pelepasan dijadualkan bagi kedua-dua penerbangan antarabangsa dan domestik untuk memastikan semua penumpang mempunyai masa secukupnya menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran baharu dan tiba di pintu pelepasan pada masa diperlukan.


AirAsia amat menggalakkan semua penumpang agar melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web atau telefon mudah-alih sebelum tiba di lapangan terbang.


Oleh sebab semua kaunter imigresen dan keselamatan masih beroperasi di LCCT pada 2-8 Mei, penumpang tidak perlu bimbang mengenai sebarang masalah sewaktu melalui LCCT dalam masa perpindahan itu.

Sumber: mStar Online | 25 April 2014

Guinness World Record iktiraf Menara Kawalan KLIA2

Pemangku Menteri Pegangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien ketika meninjau Menara Kawalan Trafic Udara KLIA2 (Tower West) selepas majlis penyerahan menara kawalan itu dari Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Jabatan Pernerbangan Awam (DCA) pada Khamis. Foto: Bernama
SEPANG: Menara kawalan trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diiktiraf oleh Guinness World Record sebagai menara kawalan tertinggi di dunia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata menara berketinggian 141.3 meter dan mempunyai 33 tingkat itu mengatasi menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhune, Thailand yang berketinggian 132.2 meter.


"Tarikh pembinaan menara tersebut adalah pada 1 Mei 2012 dan siap 10 bulan selepas itu iaitu 1 Mac 2013 dan mula digunakan pada 4 April lepas iaitu sebulan awal bagi membolehkan Pengawal Trafik Udara membiasakan diri dengan operasi KLIA2," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penyerahan menara tersebut dari Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada DCA oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di bilik kawalan utama iaitu tingkat ke-33 menara berkenaan.


Pada majlis itu, Hishammuddin turut menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada wakil Guinness World Record serta Malaysia Book of Records selain menyaksikan pendaratan pertama membabitkan dua pesawat Malaysia Airlines MH604 dan MH402 di KLIA2.


Azharuddin berkata latihan pengawal trafik udara untuk KLIA2 telah dimulakan seawal Januari lalu termasuk latihan teori dan simulator dan buat masa ini seramai 120 pengawal telah bersedia untuk memulakan operasi di KLIA2 termasuk keseluruhan KLIA.


"Waktu operasi adalah 24 jam dan lapan orang pengawal trafik udara akan bertugas pada satu-satu masa di bilik kawalan utama. Sebanyak 58 perjawatan baharu juga telah diwujudkan untuk menampung tambahan posisi kerja di menara tersebut," katanya.


KLIA2, lapangan terbang dibina khas terbesar dunia untuk syarikat penerbangan tambang rendah itu dijadual beroperasi pada 2 Mei ini.


Apabila beroperasi kelak, KLIA2 dijangka mengendalikan sehingga 45 juta pengguna sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab penerbangan pesat berkembang di rantau ini.

Sumber: mStar Online | 25 April 2014

Thursday, April 24, 2014

Pesawat Firefly berpatah balik, selamat mendarat di Pulau Pinang


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Firefly menuju ke Kota Bharu, terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah teknikal.

Firefly Airlines berkata pesawat FY1002/ MH9948 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 6.55 pagi tadi, terpaksa berpatah balik kerana masalah gear pendaratan.

"Oleh kerana keselamatan adalah keutamaan Firefly Airlines, pesawat itu diarah berpatah balik ke Pulau Pinang.

"Ini adalah pendaratan biasa dan oleh kerana itu, pasukan bomba dan penyelamat lapangan terbang tidak dikerah," kata Firefly Airlines di dalam satu kenyataan.

Firefly Airlines berkata pesawat itu mendarat dengan selamat di Pulau Pinang pada pukul 7.30 pagi, hari ini.

"Kesemua 64 penumpang dan empat anak kapal yang berada di dalam pesawat telah diarahkan keluar dari pesawat.

"FY1002/MH9948 telah dijadualkan semula dan telah bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 8:50 pagi dan selamat tiba di Kota Bharu pada pukul 9:50 pagi." 

Sumber: Astro Awani | 24 April 2014

Pesawat Firefly dari Pulau Pinang ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik

PETALING JAYA: Sebuah pesawat Firefly berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas terpaksa berpatah balik hanya 15 minit selepas berlepas.

Pesawat FY1002/MH9948 dipercayai menuju Kota Bharu mengalami masalah teknikal. Kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi sama.

Sumber: mStar Online | 24 April 2014

Permainan wau di sekitar LTSIP membahayakan helikopter dan pesawat komersial

Tali wau terbelit pada helikopter boleh membawa bahaya.

KOTA BHARU: Permainan layang-layang atau wau di sekitar Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini boleh membawa padah apabila empat insiden sebelum ini mengakibatkan talinya terbelit pada kipas helikopter dan pesawat.

Sehubungan itu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kelantan meminta orang ramai supaya tidak bermain layang-layang atau wau di sekitar kawasan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pengurusnya, Su'aidi Yusoff, berkata layang-layang yang diterbangkan boleh mencapai ketinggian sehingga 300 meter dan ini boleh mengganggu laluan penerbangan masuk dan keluar pesawat dari lapangan terbang berkenaan.

"Jika mahu main layang-layang, kita minta jaraknya mestilah lima kilometer dari sempadan lapangan terbang supaya tidak dekat dengan laluan penerbangan," katanya dalam sidang akhbar di sini, Selasa.

Su'aidi berkata, Weststar Aviation Services Sdn Bhd dan Asia Pacific Flight Training (APFT) mengalami kerugian hampir RM300,000 berikutan tali layang-layang terbelit pada kipas helikopter dan pesawat mereka.

Mengikut Akta Penerbangan Awam 1969, adalah menjadi kesalahan bagi orang ramai bermain layang-layang di sekitar kawasan lapangan terbang.

Beliau berkata, DCA mengendalikan 1,148 penerbangan setiap bulan, selain 705 pergerakan and 1,674 jadual latihan penerbangan.

“Kawasan ini sentiasa sibuk dan jika kegiatan bermain layang-layang masih diteruskan, ia boleh menyebabkan berlaku bencana kepada pesawat yang menggunakan lapangan terbang ini," katanya.

Sumber: mStar Online | 23 April 2014

Wednesday, April 23, 2014

Penerbangan antarabangsa pertama ke Kuala Terengganu bermula

Pesawat yang membawa penumpang dari Singapura terus ke Kuala Terengganu selamat tiba di LTSM jam 10 pagi, semalam.
KUALA TERENGGANU: Pelancong yang mengunjungi negeri ini dijangka bertambah setelah syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menyediakan perkhidmatan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.

Penerbangan yang membawa lebih 50 pelancong dari negara Kota Singa itu tiba kira-kira jam 10 pagi, semalam, dan menjadi penerbangan antarabangsa pertama terus ke Terengganu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee, langkah yang diambil syarikat penerbangan murah itu secara tidak langsung turut menggamit lebih ramai pelancong dari negara berkenaan berkunjung ke negeri ini.

“Saya melihat ia sebagai permulaan baik (penerbangan terus dari Singapura ke LTSM) dan kita mengalu-alukan serta menyokong penuh langkah yang diambil ini kerana lebih memudahkan pelancong tanpa perlu menukar pengangkutan.

“Malah, kita juga sedang buat perundingan untuk turut mengadakan penerbangan terus dari dua lagi negara iaitu China dan Indonesia dalam masa terdekat ini,” katanya ketika menyambut ketibaan penerbangan antarabangsa pertama dari Singapura ke Terengganu di LTSM, di sini, semalam.

Menurut Mohd Jidin lagi, selepas melihat jumlah penumpang yang agak membanggakan dari Singapura itu, beliau yakin cadangan untuk penerbangan terus dari dua lagi negara akan turut memberi potensi yang lebih baik untuk sektor pelancongan.

“Bagi merealisasikan usaha untuk menambah penerbangan antarabangsa ke sini (Kuala Terengganu), kita juga sedang dalam proses untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada bagi memberi lebih keselesaan kepada pelancong yang datang nanti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komersial AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, syarikat komited dalam usaha memajukan lagi sektor pelancongan di negara ini sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, sekali gus memberi lebih peluang kepada pelancong untuk menikmati pelbagai tarikan yang ada di negeri ini.

“Laluan baharu Singapura dan Kuala Terengganu merupakan laluan pertama AirAsia dan kami satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Singapura terus ke Kuala Terengganu,” katanya.

Kata Spencer, pihaknya menyediakan laluan operasi sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis dan Sabtu.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 23 April 2014

Tuesday, April 22, 2014

AirAsia perkenal laluan antarabangsa Singapura - Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Perkhidmatan penerbangan terus Singapura - Kuala Terengganu diyakini akan menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong asing ke negeri itu terutama warga Singapura sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu Datuk Mohd Jidin Shafee berkata perkhidmatan tiga kali seminggu yang disediakan oleh syarikat tambang murah AirAsia itu mengambil masa kira-kira sejam, sekali gus berupaya menarik minat pelawat untuk ke bandar raya ini yang juga pintu masuk ke pulau-pulau peranginan seperti Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

"Untuk permulaan hari ini, 60 peratus penumpang dari Singapura memenuhi tempat duduk dan dalam pertemuan saya dengan mereka rata-rata mengalu-alukan penerbangan terus ini," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau sebelum itu menyambut ketibaan penerbangan sulung Singapura - Kuala Terengganu AirAsia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada Selasa. Hadir sama Ketua Komersial AirAsia Berhad Spencer Lee.

Menurut Mohd Jidin, warga Singapura paling ramai mengunjungi Terengganu diikuti China dan Eropah. Mereka lazimnya datang dengan pengangkutan darat atau penerbangan transit dari Kuala Lumpur terus ke pulau-pulau peranginan, katanya.

Beliau juga berkata Terengganu masih berunding dengan syarikat penerbangan dari Indonesia dan China bagi menyediakan perkhidmatan serupa ke Terengganu.

"Malah kita dalam cadangan untuk meminta perkhidmatan AirAsia iaitu selain membuat satu transit ke sini (Kuala Terengganu) dan kemudiannya terus ke Pulau Redang," katanya.

Sementara itu, Lee berkata syarikat penerbangan tersebut komited bekerjasama dengan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia terutama pada tahun ini yang juga Tahun Melawat Malaysia.

"Sasaran kita hanya untuk memenuhkan seberapa banyak kerusi dalam penerbangan tiga kali seminggu (Singapura-Kuala Terengganu) ini iaitu Selasa, Khamis dan Sabtu," katanya.

Sumber: Bernama | 22 April 2014

Monday, April 21, 2014

AirAsia perkenal laluan antarabangsa Singapura - Kota Bharu

KOTA BHARU - 21 April '14: Syarikat penerbangan AirAsia telah memulakan operasi penerbangan bagi laluan antarabangsa Singapura - Kota Bharu mulai hari ini. 

Penerbangan AK914 dari Singapura ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 09:10 dan dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 10:30, manakala penerbangan AK915 dari Kota Bharu ke Singapura dijadualkan berlepas pada jam 11:40 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada jam 13:00. 

AirAsia menawarkan penerbangan dengan kekerapan empat kali seminggu bagi laluan ini, iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat. Penerbangan terus antarabangsa ini mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit sahaja.

Lapangan Terbang Kota Bharu merupakan pusat transit dan pintu masuk utama pelancong untuk ke Pulau Perhentian dan juga selatan Thailand yang menawarkan akses penerbangan yang fleksibel dari segi kekerapan penerbangan dan sambungan ke destinasi-destinasi lain secara terus seperti Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, dan Kuching.

Dengan pengenalan laluan antarabangsa ini diharap dapat merancakkan industri pelancongan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di samping meningkatkan akses negeri Kelantan dengan destinasi antarabangsa lain melalui Singapura.

Monday, April 14, 2014

AirAsia perkenal tiga laluan antarabangsa dari Johor Bahru

KUALA LUMPUR: AirAsia melancarkan tiga laluan antarabangsa terbaharu dari habnya di Johor Bahru, menghubungkan wilayah selatan Semenanjung ke Yogyakarta dan Lombok di Indonesia, dan Ho Chi Minh City di Vietnam, bagi menyediakan lebih pilihan destinasi kepada penduduk Johor Bahru.
AirAsia, dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pengenalan laluan antarabangsa itu bagi meningkatkan kemudahan serta penjimatan, kerana dengan penyambungan terus terkini itu, penumpang tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk ke destinasi-destinasi tersebut.
AirAsia menawarkan tambang asas dari serendah RM0 (tidak termasuk surcaj bahan api, cukai lapangan terbang dan lain-lain fi bagi perjalanan sehala sahaja), dengan tempoh tempahan dari 15 hingga 20 April, 2014 bagi perjalanan dari 11 Julai hingga 30 April 2015 bagi laluan baharu itu.
Ketua Komersial AirAsia Spencer Lee berkata Johor Bahru merupakan satu daripada hab penting bagi syarikat dan berpotensi untuk pembangunan laluan penerbangan dan permintaan tinggi untuk hubungan udara antarabangsa.
Tiga laluan terbaharu AirAsia dari Johor Bahru menghubungkan Yogyakarta empat kali seminggu, Lombok tiga kali seminggu dan empat seminggu ke Ho Chi Minh City.

Sumber: mStar Online | Niaga | 14 April 2014

Thursday, April 10, 2014

Firefly suspends Kota Bharu – Bangkok service

SUBANG: Firefly airlines has issued a statement today stating that its new route between Kota Bharu and Bangkok will be suspended indefinitely due to the political situation in Bangkok.

For more information and current updates, visit www.fireflyz.com.my or contact Firefly’s Call Centre at +603-7845 4543 or email customer_care@fireflyz.com.my .

FlyFirefly Sdn. Bhd.

Firefly, Malaysia’s leading short haul premium carrier began its operations in April 2007. Currently, it operates a fleet of 12 ATR 72-500 and 2 ATR 72-600 turboprops out of Penang and Subang, connecting secondary destinations within the Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle as well as providing air linkages between Malaysia and Singapore. Firefly provides incredible value as well as convenient flight timings and excellent service to its passengers. On the ATR 72-500 and ATR 72-600 passengers are allowed 20kg check-in baggage allowance, provided complimentary in-flight refreshment, assigned seating and convenient city airports. Firefly has received numerous awards and recognition. The most recent was on April 24, 2012 when Firefly was accorded Putra Most Promising Brand of the Year by Putra Brand Awards. Five months prior to this, on November 15, 2011, Firefly was conferred “Superbrand” status. Other awards received include the 2010 Frost & Sullivan Value Airline of the Year award and the Green Initiative of the Year 2010 award by Leaders in Aviation in conjunction with the Doha Aviation Summit. Firefly is also recognised as the Best Brand in Aviation for the Brand Laureate. Firefly connects with the world through Facebook, Twitter and Instagram.

Source: Firefly's Media Release | 10 April 2014

Sunday, April 6, 2014

MAHB penuhi hampir semua kehendak AirAsia untuk beroperasi di Terminal KLIA2

Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan LCCT sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.
KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beropearsi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu, KLIA2.
Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad berkata, syarikat penerbangan tambang rendah yang enggan berpindah ke KLIA2 dengan memberi pelbagai alasan, termasuk keselamatan - merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di KLIA2.
Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB adalah spa dan muzium, katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.
Berikutan operasi penerbangan di KLIA2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei, AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.
Azmi berkata pemindahan ke KLIA2 sudah dipersetujui semua pihak, termasuk Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis serta pihak berkuasa kesihatan.
AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia, dijangka menggunakan 80 peratus lapangan terbang baharu di Sepang.
Rabu lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan LCCT akan ditutup pada 9 Mei, namun AirAsia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan tidak bersetuju berpindah ke lapangan terbang baharu itu kecuali beberapa kehendaknya ditangani. Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.
Menurut Azmi, MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan "kami sangat berpuas hati".
Berharga RM4 bilion, beliau berkata KLIA2, yang akan mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), "bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah."
Mengenai kebimbangan yang dibangkitkann oleh AirAsia dari segi keselamatan di KLIA2, Azmi berkata, KLIA2 lebih selamat berbanding LCCT memandangkan ia akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA -- penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan IT bersepadu.
Beliau berkata AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual.
"Kita tidak boleh membandingkan KLIA2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional. 
"Namun berdasarkan kapasiti penumpang yang besar yang dijangka dikendalikan oleh KLIA2, agak mustahil untuk beroperasi secara manual seperti dulu," katanya dan menambah sistem SITA memberikan kemudahan dari segi kesinambungan perniagaan dan fleksibiliti di kaunter-kaunter di KLIA2.
Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir, Azmi berkata, kemudahan itu penting untuk penumpang terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal, warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanakIa juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.
Beliau berkata, caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna. Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas, kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.
Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini. Beliau berkata, MAHB sentiasa menerima maklum balas daripada orang ramai supaya semua syarikat penerbangan menggunakan jambatan udara untuk keselesaan penumpang.
"Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna, dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.
"Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki, itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak, kami tetap sediakan (servis jambatan udara)," katanya sambil menambah, MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.
Sumber: Bernama | 6 April 2014

Saturday, April 5, 2014

AirAsia perlu pindah ke Terminal KLIA2 9 Mei ini - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menjawab soalan media ketika mengadakan sidang media berkenaan lawatan rasmi tiga hari beliau ke Vietnam, Sabtu.

HANOI: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia perlu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) seperti yang telah dijadualkan iaitu pada 9 Mei.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun kerajaan menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia mendengar dan berbincang dengan mereka sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung perpindahan itu.

"Sebagai sebuah kerajaan kita perlu meneliti apa sebab kalau ada perkara yang mereka (AirAsia) fikir keberatan untuk berpindah tetapi yang saya mahu tekankan adalah dialog mereka dengan pihak kerajaan iaitu MAHB untuk mencari penyelesaian di atas kepentingan bersama.

"Kalau mereka buat kenyataan enggan berpindah, itu dilihat macam 'arrogant statement' (kenyataan berbaur angkuh) tapi kalau mereka kata mereka ada sebab dan mereka mahu berunding dengan kerajaan, saya fikir cara seperti itu adalah lebih sesuai lagi," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemain-pemain industri Malaysia dan Vietnam, di sini Sabtu.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam yang berakhir hari ini. Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan syarikat penerbangan itu baru-baru ini yang enggan berpindah ke KLIA2 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), ekoran kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan operasi penerbangan di KLIA2.

Perdana Menteri berkata sepatutnya syarikat itu perlu mengemukakan sebarang kemusykilan dan masalah mereka tentang perpindahan itu pada peringkat awal dan bukannya pada peringkat yang mana KLIA2 sudah siap.

"Sekarang KLIA2 dah hampir siap, kita tidak boleh berpatah balik dan mereka (AirAsia) tidak boleh mengatakan 'kita tidak mahu berpindah' kerana mereka perlu berpindah ke sana," katanya.

Najib berkata kerajaan telah pun melantik jururunding bebas iaitu Ikram Premier Consulting untuk menilai tahap keselamatan KLIA2, dan apabila jururunding berkenaan telah membuat keputusan secara objektif, maka semua pihak perlu menerima.

Sumber: mStar Online | 5 April 2014

KLIA voted 2nd Best Airport

Kuala Lumpur International Airport

KUALA LUMPUR: The Kuala Lumpur International Airport (KLIA) has been voted as the second best airport in Skytrax 2014 World Airport Awards, said Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).


Its managing director Tan Sri Bashir Ahmad said the award, which was announced on March 26 at the Passenger Terminal Expo in Barcelona, Spain, was not the first award received by the airport.
 
"KLIA has been consistently receiving accolades from Skytrax since 2010, which is a testimony of our relentless efforts to enhance our customers’ experience and satisfaction when using KLIA," he said in a statement today.
 
He said with KLIA2 replacing the low-cost carrier terminal, MAHB will soon have much bigger and better facilities and it will be well positioned to support the robust growth of traffic into Malaysia. 
 
"We are optimistic that we will continue to perform well as KLIA2 will only offer better services, comfort level and experience which will be an added value to our customers," he added.
 
The World Airport Awards are based on 12.85 million customer nominations across 110 nationalities of air travellers, and it covered 410 airports worldwide.
 
The survey evaluates customer satisfaction across 39 key performance indicators for airport service and product -- from check-in, arrivals, transfers, shopping, security and immigration, through to departure at the gate.

Source: Bernama | 4 April 2014

Firefly to ride on regional tie-up

EXPANSION: Strategic partnership with Southeast Asian airline will complement its turboprop ops

MALAYSIAN Airline System Bhd’s wholly-owned subsidiary, Firefly, is set to enter into a strategic partnership with a Southeast Asian airline this year  to expand its  network and increase profitability.
FlyFirefly Sdn Bhd chief executive officer Ignatius Ong yesterday did not name the regional airline, but said the potential partner operates jets and would complement Firefly’s turbo-propeller operations.
It is not a code-sharing agreement but one which will bring more traffic into Malaysia and help us grow as an airline with added revenues as we continue to suppport our parent company Malaysia Airlines (MAS),” he told Business Times here.
Firefly was launched seven years ago  in Penang as a full-service community airline and began  operations with F-50 planes.  Today, it boasts a fleet of 14 ATR72-500 and ATR72-600 planes and counts Subang and Penang as its primary hubs, while Johor Bahru and Kota Bharu serve as secondary hubs.
Ong said the proposed strategic partnership agreement would see Firefly and its partner airline cross-sell each other’s routes and enable Firefly passengers to purchase tickets to destinations  not served by the airline.
“Apart from organic growth, our role  is to grow smart partnerships with people, and this will be our first foray with a foreign partner,” he said, adding that Firefly will continue to serve as an airline “made by Malaysia for Malaysians”, with safety being its utmost priority.
Other plans for growth include entering secondary airports in Indonesia, such as Palembang and Padang, to tap into medical tourism and  serving more Thai airports like Krabi and Hua Hin.
Indochina airports are also being viewed for potential growth.”Ong did not divulge Firefly’s contribution to MAS’ group revenue except to say it was “less than 10 per cent”.
On how the airline would  help MAS get back on its feet, Ong said: “We will continue  to work with the MAS network on aligning  frequencies. This will be done by adding our own frequencies and timing to suit the various market segments. This will enable MAS to free up its aircraft forother lucrative destinations.”
Ong also said  Firefly will continue to serve as a template on how MAS can run profitably by maximising its  existing assets  and having a  lean work culture.
“All this can be done, as proven by Firefly, without compromising on Malaysian hospitality, security and  customers’ comfort,” he added. On increasing Firefly’s ancillary revenue, Ong said  it is looking at more novel sources,  such as working with convenience store operator Circle K,  to sell their products to passengers before they board the aircraft at the Subang Skypark Terminal.
“We have also started talking to the various state tourism authorities about forming strategic partnerships. Some states have been very supportive of our marketing efforts,” he said.
Source: New Straits Times | Business | 2 April 2014

Malindo Air berhasrat terbang dari Ipoh ke beberapa destinasi

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Malindo Air akan menjadi syarikat penerbangan terbaharu yang terbang ke Ipoh. 

Katanya syarikat penerbangan itu juga akan melakukan penerbangan dari Ipoh ke beberapa destinasi lain. "Malindo secara tidak rasmi menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan penerbangan mereka ke beberapa destinasi," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Pemangku Raja Perak di Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
  
Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk mengatasi isu landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang masih belum boleh digunakan oleh pesawat besar selepas dinaik taraf. 

"Kita sebenarnya merancang menjadikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai pusat MRO (Maintainance Repair and Operation) dan pusat simulasi helikopter Asia Pasifik yang telah hampir dimeterai perjanjiannya dan tiba-tiba timbul berita masalah berhubung landasan, ini sangat mengecewakan saya," katanya.

Landasan LTSAS dinaik taraf dengan kos RM15.22 juta bagi membolehkan pesawat besar mendarat, namun masalah timbul apabila berlaku sembilan lubang benam pada landasan berkenaan selepas kerja pemanjangan dan pelebaran siap. 

Sumber: Bernama | 4 April 2014

Wednesday, April 2, 2014

AirAsia perlu berpindah, LCCT kosong selepas 9 Mei


KUALA LUMPUR: AirAsia perlu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum 9 Mei kerana penutupan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) akan dibuat pada tarikh tersebut, tegas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi (gambar). 
 
Beliau berkata, LCCT akan berada dalam keadaan 'kosong' selepas tarikh berkenaan dan tidak relevan bagi syarikat penerbangan beroperasi tanpa kaunter imigresen dan kastam yang akan turut berpindah.

"Tiada apa-apa lagi di LCCT selepas ini," katanya selepas perasmian Persidangan dan Pameran Lapangan Terbang Terkemuka Dunia pada malam Selasa.

Ketika ditanya adakah perkara itu diketahui oleh AirAsia, beliau menjawab," ya kami telah memberitahu mereka."

Berhubung pembukaan KLIA2, Ab. Aziz memberitahu, lapangan terbang hybrid berkenaan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan iaitu 2 Mei.

"Kami akan mengadakan hari terbuka kepada orang ramai pada 27 April bagi membolehkan mereka memasuki lapangan terbang itu dan melawat landasan dan kawasan tertentu," katanya.

Empat penerbangan dijangka akan melakukan penerbangan dari KLIA2 iaitu Cebu Pacific, Malindo Air, Tiger Airways dan Mandala Airlines pada 2 Mei.

Ab. Aziz selain itu turut menafikan bahawa terdapat kos tambahan dalam pembinaan KLIA2. "Seperti yang telah diberitahu, pengiraan kos keseluruhan belum dimuktamadkan lagi ketika ini, mengikut taklimat yang diberikan oleh Malayssia Airport Holding Berhad (MAHB) kosnya masih RM4 bilion," jelasnya.

Sumber: mStar Online | 2 April 2014

Terminal KLIA2 akan mula operasi 2 Mei 2014

Abdul Aziz (kanan) melihat skrin Gateway@Klia2 pada Persidangan dan Pameran Lapangan Terbang Bandar Terkemuka Dunia 2014 di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR: Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang beroperasi sejak 2006 akan ditutup kepada umum pada 9 Mei depan iaitu seminggu selepas terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mula beroperasi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, operasi KLIA2 yang akan dimulakan pada 2 Mei nanti tidak akan ditunda lagi dan setakat ini semua perancangan berjalan lancar.

“Buat masa ini semuanya berjalan seperti yang dijadualkan dan kami yakin bahawa operasi KLIA2 akan beroperasi pada 2 Mei nanti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di LCCT untuk menghentikan operasi dari terminal berkenaan dan mereka sepatutnya sudah berpindah ke KLIA2 pada tarikh berkenaan.

Ini kerana semua agensi yang ditempatkan di lapangan terbang termasuk kastam dan imigresen akan dipindahkan ke KLIA2,” katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Dunia Bandar Lapangan Terbang 2014 di sini, semalam.

Menurutnya, KLIA2 dijangka menerima pesawat pertama pada 2 Mei ini iaitu sekitar jam 12.30 pagi dari Cebu Pacific Airways.


“Selain Cebu Pacific Airways yang berpangkalan di Filipina, KLIA2 juga akan memulakan operasi dengan tiga syarikat tambang murah iaitu Tigerair Mandala yang berpangkalan di Indonesia, Tiger Air yang berpangkalan di Singapura dan syarikat penerbangan hibrid tempatan Malindo Air,” katanya.

Sementara itu, AirAsia dan AirAsia X dalam kenyataannya berkata, syarikat itu tidak akan memindahkan operasinya ke terminal KLIA2 walaupun selepas tarikh 9 Mei 2014 berikutan terdapat beberapa isu yang belum diselesaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar berkata, pihaknya tetap akan meneruskan operasi di LCCT walaupun selepas pengumuman mengenai penutupan LCCT pada tarikh berkenaan.

“Kami bersedia berpindah ke KLIA2, namun ia hanya akan dilaksanakan selepas isu yang timbul ini dapat diselesaikan.

“Hasil kajian yang dibuat untuk kesediaan terminal berkenaan mendapati terdapat tekanan pada landasan yang mengundang risiko dan secara tidak langsung boleh mengakibatkan gangguan operasi.

“Selain itu, proses Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT) yang perlu dilaksanakan dalam tempoh dua bulan juga dianggap tidak realistik,” katanya sambil menambah, AirAsia akan membuat pengumuman sekiranya sudah bersedia berpindah ke KLIA2.

Sumber: myMetro Online | 2 April 2014

Tuesday, April 1, 2014

LCCT to close on May 9

KUALA LUMPUR: The Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) will be closed by May 9, 2014 to facilitate the opening of the Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2), said Deputy Transport Minister Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

He said KLIA2 was on track to be opened by May 2 with four airlines starting operations at the new airport.


"These airlines include Philippine-based Cebu Pacific, Indonesia-based Tigerair Mandala, Singapore-based Tiger Air and local hybrid airline, Malindo Air," he told reporters at Airport Cities World Conference and Exhibition 2014 here Tuesday.


He said the first flight would be at 12.30am by the low-cost carrier Cebu Pacific.
Aziz also said passenger targeted growth into Malaysia this year was 9.7 per cent and he was confident that it would be achievable despite the Malaysia Airlines flight MH370 incident.

The two-day event is the global platform that provides thought leadership, best practice, innovation and high-level debate and discussion around the creation and development of airport cities.


Source: Bernama | 1 April 2014

MAS tetap di hati rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Jikalau sesuatu kejadian itu ditakdirkan berlaku, maka ia akan tetap berlaku walaupun langkah berjaga-jaga diambil.
Begitu jugalah dengan tragedi penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Namun masih ada di kalangan kita yang terbawa-bawa dengan emosi dan kepentingan politik lalu melontarkan kemarahan dan teori-teori yang dilihat tidak rasional.

Bukankah pada masa ini, kita perlu lebih menonjolkan semangat nasionalisme dan mempertahankan negara yang berdepan dengan satu cabaran yang tidak pernah dialami negara-negara lain?

Malah ada juga yang memburuk-burukkan perkhidmatan syarikat penerbangan negara, MAS, yang sebenarnya merupakan antara satu syarikat penerbangan yang tersohor di dunia.

JANGAN HANYA MENUNDING JARI

Bagi seorang bekas pramugari V Priscilla Jayakanes, 34, rakyat Malaysia tidak sepatutnya membuat andaian atau kesimpulan tersendiri mengenai perkhidmatan dan keselamatan yang sedia ada dengan hanya mengambil kira tragedi MH370. 

"Sebenarnya, semua syarikat penerbangan mempunyai cara yang sama dalam mengendalikan latihan dan hanya akan mengambil atau merekrut kapten yang berpengalaman sahaja," katanya.

"Tidak wajar sekiranya kita hanya menuding jari terhadap syarikat penerbangan negara padahal punca sebenar masih belum diketahui.

"Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja, mungkin di rumah atau semasa dalam perjalanan bersama orang tersayang. Adakah kita akan tinggalkan rumah itu atau tidak mahu menaiki kereta dengan orang yang sama?

"Sudah tentu kita akan meneruskan rutin harian seperti biasa dengan keyakinan, kepercayaan serta keberanian. Ini adalah lumrah kehidupan manusia... tetapi apabila bercakap tentang keyakinan terhadap syarikat penerbangan, kenapa kita perlu berfikir cara untuk mengembalikan keyakinan? Saya rasa rakyat perlu berfikiran matang dan rasional," katanya.

TETAP MENYOKONG PENERBANGAN KEBANGGAAN NEGARA

Priscilla, yang mempunyai pengalaman bertugas sebagai pramugari selama 11 tahun, berkata tragedi ini tidak sama sekali menggugat keyakinannya untuk menggunakan perkhidmatan MAS di masa akan datang dan akan tetap menyokong syarikat penerbangan negara.

Begitu juga dengan seorang pensyarah universiti Kenneth Lee Tze Wui, 29, yang berkata sokongan padu akan terus diberikan kepada syarikat penerbangan negara yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Bagi penyelaras kerugian insurans, Vishnu Morgan, 31, yang kerap mengunakan perkhidmatan MAS sekurang-kurangnya tiga kali setahun, beliau akan tetap meneruskan penerbangan dengan syarikat itu yang menjadi satu daripada syarikat penerbangan terbaik di dunia.

Bagi Nor Saifullah Ramada Syahruddin, 28, biarpun insiden ini menjejaskan imej MAS namun rakyat Malaysia seharusnya terus memberi sokongan padu kepada produk negara.

"Tidak dinafikan insiden MH370 ini memberi impak besar kepada syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa itu namun kita sebagai rakyat Malaysia jalankan tanggungjawab kita untuk membantu meningkatkan reputasi MAS," katanya.

Sambil menyifatkan perkhidmatan MAS adalah antara yang terbaik, beliau berkata meskipun banyak spekulasi yang ditimbulkan oleh media asing namun perkara ini berlaku di luar jangkaan.

"Saya berharap pihak-pihak tertentu jangan mempolitikkan isu ini kerana ia melibatkan hati dan perasaan banyak pihak," katanya sambil menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga penumpang MH370.

ISU PELETAKAN JAWATAN CEO MAS

Bukan sekadar mempolitikkan insiden MH370 sahaja, malah baru-baru ini, ada pihak yang mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya supaya melepaskan jawatan berikutan kejadian luar biasa yang membingungkan banyak pihak dan pakar penerbangan.

Menyentuh hal berkenaan, Vishnu menyeru supaya jangan begitu cepat menyalahkan pemimpin tetapi lebih melihat kepada sistem itu sendiri.

"Lagipun menyeru beliau (Ahmad Jauhari) supaya meletakkan jawatan di peringkat ini bukanlah idea yang bijak. Dan dengan CEO baru bermakna kita perlu mula semula tetapi ini bukan masanya," katanya.

Priscilla pula berpendapat sesiapapun tidak berhak untuk menggesa Ahmad Jauhari meletak jawatan kerana hanya beliau (Jauhari) yang mengetahui lebih baik mengenai usaha dan cabaran yang dilalui sepanjang tragedi ini.

Penerbangan MH370, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di "selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit oleh firma telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Misi pencarian pelbagai negara dikerahkan di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, yang melencong daripada laluan asal penerbangannya.

Sumber: Bernama | 1 April 2014