Wednesday, February 25, 2015

Malindo Air tawar harga tiket serendah RM57.00 bagi laluan Kota Bharu - Ipoh

Tawaran harga tiket serendah RM57.00 bagi laluan Kota Bharu - Ipoh yang boleh didapati melalui laman sesawang Malindo Air.
SYARIKAT penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) telah melancarkan penerbangan sulung dari Ipoh ke Kota Bharu dan dari Kota Bharu ke Ipoh pada 14 Februari lepas.

Namun begitu, perkhidmatan penerbangan berjadual bagi laluan ini telah digantung selama dua minggu dari 15 Februari sehingga 2 Mac 2015 atas faktor komersial. 

Laluan penerbangan ini akan diaktifkan semula mulai 3 Mac 2015 dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. 

Bagi laluan baharu ini, Malindo Air menawarkan promosi harga tiket serendah RM57.00 sehala bagi kedua-dua hala.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.malindoair.com

Saturday, February 14, 2015

Malindo Air tawar penerbangan harian bagi laluan Kota Bharu - Melaka

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) menawarkan perkhidmatan penerbangan harian bagi laluan Kota Bharu - Melaka berkuat kuasa 1 Februari lepas. 

Perkhidmatan penerbangan harian ini merupakan peningkatan kekerapan penerbangan kepada tujuh kali seminggu berbanding empat kali seminggu sebelumnya sejak 21 November tahun lepas.

Peningkatan kekerapan ini didorong oleh pertambahan permintaan daripada pengguna yang memerlukan penerbangan harian untuk memudahkan urusan perniagaan dan percutian lebih-lebih lagi Kelantan dan Melaka merupakan antara destinasi pelancongan utama di negara ini. 

Penerbangan OD1723 dari Kota Bharu ke Melaka dijadualkan berlepas pada jam 13:00 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Melaka pada jam 14:35, manakala penerbangan OD1724 dari Melaka ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 15:00 dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu pada jam 16:35. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, silalah layari laman sesawang www.malindoair.com

Malindo Air rintis semula laluan Kota Bharu - Ipoh, permintaan tinggi ke Alor Setar dan Pulau Langkawi

KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) telah merintis semula laluan Kota Bharu - Ipoh dengan pelancaran perkhidmatan penerbangan sulung dari Ipoh ke Kota Bharu dan dari Kota Bharu ke Ipoh hari ini. 

Penerbangan sulung OD1725 dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh (LTSAS) telah berlepas pada jam 13:43 dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 14:22. Penerbangan ini mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja berbanding 1 jam 10 minit mengikut jadual masa (timing) asal. 

Penerbangan sulung OD1726 dari Kota Bharu ke Ipoh pula, telah berlepas pada jam 15:18 melalui landasan nombor 10 dan telah selamat mendarat di Ipoh pada jam 16:03. 

Sebelum ini, syarikat penerbangan Silver Fly pernah menawarkan perkhidmatan bagi laluan ini mulai Mac 2010 tetapi dihentikan perkhidmatannya tidak lama selepas itu setelah syarikat penerbangan ini menutup operasi. 

Selain laluan Kota Bharu - Ipoh, terdapat permintaan yang lagi tinggi bagi perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Alor Setar dan Pulau Langkawi. Permintaan ini disuarakan anak-anak perantau Kelantan yang menetap di negeri Kedah dan Perlis yang mahukan perkhidmatan penerbangan terus diadakan. 

Perkhidmatan penerbangan terus Kota Bharu - Alor Setar juga akan dapat memudahkan pergerakan pelajar kedua-dua dua hala terutamanya yang mengikuti pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). 

Laluan ini bukan sahaja dapat menampung permintaan bagi pasaran negeri Kedah tetapi juga negeri Perlis yang tidak mempunyai kemudahan lapangan terbang. Penduduk Perlis biasanya menggunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur. 

Manakala perkhidmatan penerbangan Kota Bharu - Pulau Langkawi dapat menampung permintaan daripada pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya yang ingin ke Pulau Perhentian melalui Kota Bharu. 

Satu lagi fakta yang tidak boleh disangkal lagi adalah orang Kelantan sememangnya suka melancong sama ada di dalam mahupun di luar negara lebih-lebih lagi Pulau Langkawi yang menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di negara ini, selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan,  Pahang, Sabah, dan Sarawak. 

Perkhidmatan penerbangan terus ke Pulau Langkawi bukan sahaja dapat merancakkan industri pelancongan Kedah tetapi juga Kelantan dan Terengganu melalui Pulau Perhentian. 

Oleh itu, Malindo Air diharap dapat memperkenalkan laluan-laluan Kota Bharu - Alor Setar dan Kota Bharu - Pulau Langkawi pada tahun ini.

Nota: Silalah "like" (menjadi ahli) bagi laman kempen ini sebagai tanda sokongan anda ke atas cadangan pembukaan laluan penerbangan Kota Bharu - Alor Setar dan Kota Bharu - Pulau Langkawi:- 

AirAsia diminta perkenal laluan Kota Bharu - Miri

Angkatan pesawat AirAsia di Terminal KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
KOTA BHARU: AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia diharap dapat memperkenalkan laluan Kota Bharu - Miri pada tahun ini. 

Hal ini kerana berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada orang awam, ramai yang berharap agar AirAsia turut memperkenalkan laluan ini setelah memperkenalkan laluan Kota Bharu - Kota Kinabalu (sejak 16 November 2013) dan Kota Bharu - Kuching (sejak 21 Mac 2014) sebelum ini. 

AirAsia tidak sepatutnya menjadikan kegagalan laluan Miri - Kuala Terengganu yang hanya mampu bertahan selama dua bulan 10 hari pada tahun lepas (dari 20 Mac - 31 Mei 2014) sebagai ukuran untuk tidak memperkenalkan laluan ini. 

Hal ini kerana Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) tidak boleh disamakan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dari segi kekuatan dan saiz penguasaan pasaran lebih-lebih lagi LTSIP merupakan hab penerbangan bagi wilayah Pantai Timur. 

Perkhidmatan penerbangan ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penduduk wilayah Pantai Timur terutamanya Kelantan tetapi juga penduduk Bahagian Miri di Sarawak serta Negara Brunei Darussalam. Ia juga dapat merangsang industri pelancongan dua hala dengan perkhidmatan penerbangan terus ini.

Setakat ini, AirAsia ada menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Miri ke Semenanjung Malaysia, iaitu melibatkan destinasi Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang sahaja.

Oleh itu, syarikat penerbangan AirAsia diharap dapat menimbangkan cadangan ini, manakala laluan lain yang boleh diperkenalkan AirAsia dari Kota Bharu ialah Bangkok dan Bandar Raya Ho Chi Minh.

Nota: Sesiapa yang menyokong cadangan pembukaan laluan Kota Bharu - Miri ini, silalah "like" (menjadi ahli) bagi laman kempen ini: www.facebook.com/laluankbmiri

Friday, February 6, 2015

MAHB will continue to expand airport facilities including KBIA

Managing director Datuk Badlisham Ghazali (pic) said that upgrading works included those at the Kota Bharu International Airport (KBIA), Kota Kinabalu International Airport (KKIA) and Kuching International Airport (KIA).
KUCHING: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) said it will continue to upgrade facilities at the airports it manages and operates to meet customers’ needs.

Managing director Datuk Badlisham Ghazali (pic) said that upgrading works included those at the Kota Bharu International Airport (KBIA), Kota Kinabalu International Airport (KKIA) and Kuching International Airport (KIA).

“We do not wait until it hits maximum capacity. We will upgrade, that is our job,” he told reporters after launching MAHB’s Green Day 2015 at the KIA yesterday.

Badlisham said KKIA and KIA were able to cater to increased flight frequencies, especially KKIA, which had undergone expansion.

He said MAHB was also assisting other agencies like the Tourism Ministry and Malaysian Tourism to promote more international flights to KIA and KKIA.

He said flight frequencies would, however, depend on demand from businesses, tourists and leisure and entertainment travellers.

For the airlines, if there was an increase in demand they would certainly increase their flight frequencies, he added.

He said KIA, which can receive 5.23 million visitors annually, was currently recording 4.1 million visitor arrivals.

Badlisham said the Green Day initiative aimed to inculcate environmental awareness among employees while promoting staff camaraderie.

“We must be cautious of the environment especially in flood-prone areas, where our airports are sited at river and sea banks,” he said.

Source: Bernama | 5 February 2015 

KOTA BHARU INTERNATIONAL AIRPORT (KBIA) | KOTA KINABALU INTERNATIONAL AIRPORT (KKIA) | KUCHING INTERNATIONAL AIRPORT (KIA) | MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD (MAHB) | REGIONAL AIRPORTS UPGRADING

MAHB teruskan usaha naik taraf lapangan terbang termasuk KBIA

KUCHING: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan meneruskan usaha menaik naik taraf kemudahan di lapangan terbang yang dikendalikannya bagi memenuhi keperluan penumpang. 

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata antara lapangan terbang yang terbabit kerja-kerja menaik taraf ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu (KBIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

"Kami tidak akan tunggu sehingga ia mencapai kapasiti maksimum. Kami akan naik taraf, itu tugas kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Hari Hijau MAHB 2015 di KIA di sini, hari ini.
 
Badlisham berkata, dari segi KIA, lapangan terbang itu yang berkemampuan menampung 5.23 juta ketibaan pelawat setahun kini menerima 4.1 juta ketibaan.

Sumber: Bernama | 5 Februari 2015 

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA BHARU (KBIA) | LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUCHING (KIA) | LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU (KKIA) | MAL:AYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD (MAHB) | NAIK TARAF LAPANGAN TERBANG