Lapangan Terbang 'Antarabangsa' Melaka (LTM) yang sebenarnya tidak diiktiraf sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa oleh Kerajaan Persekutuan. |
Hal ini kerana LTM bukanlah sebuah lapangan terbang yang sibuk dan maju bahkan merupakan lapangan terbang yang paling tidak maju di Semenanjung Malaysia dari segi jumlah pengendalian pesawat komersial, penumpang, dan juga kargo.
Mengapakah perlu diberi perhatian sangat bagi lapangan terbang ini? Pelancongan kesihatan? Pelancongan kesihatan merupan alasan klise Kerajaan Negeri Melaka sejak sekian lama tetapi hakikatnya setakat ini berapa ramai sangatkah pesakit dari Sumatera yang terbang ke Melaka untuk berbuat demikian?
Jika benarlah besar jumlahnya, udah pasti beberapa syarikat penerbangan dari Indonesia yang pernah menawarkan perkhidmatan bagi laluan Pekanbaru - Melaka akan menambah kekerapan mereka. Apa yang berlaku, mereka menamatkan perkhidmatan tersebut setelah beberapa bulan diperkenalkan.
RM240 juta sudah dibazirkan
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9: 2006 - 2010), Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM240 juta untuk projek naik taraf LTM yang melibatkan pemanjangan landasan, pembinaan bangunan terminal dan menara kawalan baharu, serta kemudahan navigasi penerbangan.
Setelah RM240 juta dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan, LTM masih gagal untuk menarik minat syarikat penerbangan tempatan dan serantau untuk beroperasi dari lapangan terbang ini.
Secara perbandingan, di bawah RMK9 projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) hanya diberikan peruntukan sejumlah RM45.5 juta sahaja.
Tidak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongket
Pada ketika ini, hanya syarikat penerbangan Malindo Air yang beroperasi di LTM yang menawarkan perkhidmatan ke Pulau Pinang dan Pekanbaru pada setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat sahaja dengan menggunakan pesawat jenis ATR72-600 dengan kapasiti 72 tempat duduk. Dengan kata lain, tiada operasi penerbangan komersial pada hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Melaka tidak perlulah beri alasan itu ini supaya landasan lapangan terbang ini dipanjangkan. Hakikatnya, operasi pesawat berkipas pun tidak lepas.
Berdasarkan statistik penumpang tahunan dari 2005 - 2014, paling tinggi LTM mengendalikan 34,355 orang penumpang setahun pada tahun 2012, manakala pada tahun 2014 LTM mengendalikan 14,178 orang penumpang sahaja berbanding 1.8 juta penumpang yang dikendalikan LTSIP dalam tempoh yang sama.

Tiada keperluan pemanjangan landasan
Landasan LTM sedia ada dengan kepanjangan 2,135 meter (m) sudah cukup untuk menampung pendaratan dan pelepasan pesawat jenis ATR72, B737-400, dan juga A320-200 yang biasa digunakan oleh syarikat penerbangan Firefly dan Malindo Air (ATR72) dan juga AirAsia (A320-200).
Pemanjangan landasan LTM daripada 2,135 m kepada 2,508 m dengan melibatkan kos melebihi RM200 juta merupakan suatu pembaziran besar kerana LTM bukanlah sebuah lapangan terbang yang berpotensi untuk menjadi hab penerbangan antarabangsa.
Jadi atas alasan apa untuk panjangkan landasan LTM? Maju sangatkah LTM? Sibuk sangatkah LTM? Bukankah pemanjangan landasan LTSIP dari 2,400 m kepada 3,800 m yang sepatutnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan?
Sumber: Kota Bharu Airport Blog | www.kotabharuairport.blogspot.my