Wednesday, April 15, 2015

Firefly tingkat kekerapan penerbangan laluan Pulau Pinang - Kota Bharu

KUALA LUMPUR: Firefly akan meningkatkan kekerapan penerbangan bagi laluan Pulau Pinang - Kota Bharu kepada dua kali sehari mulai 1 Mei hingga 24 Okt ini bagi memenuhi permintaan.

Penerbangan tambahan berkenaan akan menyaksikan jumlah penerbangan mingguan meningkat daripada tujuh kepada 14 manakala tempat duduk mingguan daripada 1,008 berbanding 2,448.

Dalam satu kenyataan Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata langkah berkenaan diambil seiring dengan inisiatif Tourism Malaysia untuk mempromosikan pelancongan domestik.

Maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan boleh didapati dengan melayari www.fireflyz.com.my atau menghubungi +6(03)78454543.

Sumber: BERNAMA | 15 April 2015

Monday, April 13, 2015

Firefly tambah kekerapan penerbangan laluan Kota Bharu - Pulau Pinang kepada dua kali sehari

SYARIKAT penerbangan Firefly menambah kekerapan penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Pulau Pinang dari sekali sehari kepada dua kali sehari berkuat kuasa mulai 1 Mei ini. 

Penerbangan FY1003 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 08:35 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 09:30, manakala penerbangan FY1004 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 17:10 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 18:05. 

Tiket-tiket penerbangan sudah boleh ditempah mulai hari ini melalui laman sesawang rasmi Firefly (www.fireflyz.com.my) dan juga semua kaunter jualan tiket Firefly yang sah. 

Sunday, April 12, 2015

Penduduk Bandar Maharani Bandar Diraja boleh ambil penerbangan terus ke Kota Bharu dari Melaka

CANTIK: Masjid Jamek Sultan Ibrahim merupakan antara mercu tanda dan tempat menarik utama di Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor. Foto ihsan: The Star Online
BANDAR Maharani Bandar Diraja (Bandar Maharani) merupakan bandar keempat terbesar di negeri Johor Darul Ta'zim selepas (bandar raya) Johor Bahru, Batu Pahat, dan Kluang dengan jumlah penduduk kira-kira 250,000 (bancian pada tahun 2010). 

Bandar diraja ini merupakan ibu daerah Muar dan dihubungkan dengan jaringan lebuh raya yang cekap terutamanya Lebuh Raya Utara - Selatan (melalui Plaza Tol Tangkak atau Plaza Tol Pagoh) dan Lebuh Raya Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (Lebuh AMJ). 

Penduduk Bandar Maharani  yang ingin ke Kota Bharu, Kelantan bolehlah mengambil penerbangan terus dari Lapangan Terbang Melaka (LTM) yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar diraja ini melalui Lebuh AMJ yang menjadi lebuh raya utama yang menghubungkan Bandar Raya Melaka Bersejarah dengan Bandar Maharani Bandar Diraja. 

Hal ini kerana syarikat penerbangan Malindo Air menawarkan perkhidmatan penerbangan harian atau tujuh kali seminggu bagi laluan Kota Bharu - Melaka ini sekali gus memudahkan pergerakan penumpang bagi kedua-dua hala. 

Dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus dari atau ke Melaka ini, anda tidak perlu lagi menaiki bas atau memandu sendiri yang mengambil masa lebih 10 jam untuk ke Kelantan dan sebaliknya. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.malindoair.com

Analisis: Rayani Air dijangka tidak akan beroperasi pada tahun ini

SYARIKAT penerbangan bermasalah, Rayani Air dijangka tidak akan beroperasi pada tahun ini kerana sehingga ke hari ini syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Shah Alam, Selangor ini masih gagal memperoleh Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). 

Pemberian lesen ASL bukanlah semudah untuk mendapat lesen perniagaan, sijil kelahiran, atau bernikah di Selatan Thailand. Hal ini kerana ia melibatkan syarat-syarat ketat oleh DCA untuk menjamin keselamatan penumpang

Dengan kata lain, Rayani Air gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh DCA untuk mendapat lesen tersebut. Antara syarat-syarat untuk memperoleh lesen ASL, sila klik pautan ini:- http://www.mot.gov.my/Services/Documents/Aviation/Lesen%20Perkhidmatan%20Udara%20%28ASL%29.pdf

Dalam pada itu, Rayani Air juga masih belum memiliki atau memuktamadkan pembelian pesawat terpakai milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang masih disimpan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Shah Alam, Selangor. 

Pesawat yang dimaksudkan adalah pesawat jenis B737-400 yang kini tidak lagi digunakan oleh MAS untuk operasi komersial setelah digantikan dengan pesawat B737-800. 

Mana mungkin Rayani Air boleh beroperasi pada Januari lepas seperti yang dilaporkan media arus perdana pada hujung tahun lepas kerana sehingga kini Rayani Air masih belum memiliki pesawat dan juga tidak mendapat lesen ASL? Jun ini? Juga tidak mungkin kerana pemberian lesen ASL bukanlah semudah itu tambah-tambah lagi Rayani Air tidak memiliki sebuah pesawat lagi. 

Berdasarkan data yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Umad Suhaili memiliki 51 peratus kepentingan di dalam syarikat penerbangan ini, manakala bakinya dimiliki oleh Datuk Karthiyani Govindan. Datuk Karthiyani merupakan isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air, iaitu Ravi Alagendrran. 

Bagaimana Rayani Air mendapat nama? Menurut salah seorang kakitangan Rayani Air, "Rayani" merupakan gabungan nama suami isteri, iaitu RAvi Alagendrran (CEO Rayani Air) dan Datuk KarthiYANI Govindan (pemegang saham kedua terbesar Rayani Air) dan tidak ada kaitan dengan syarikat penerbangan RyanAir yang beribu pejabat di Dublin, Republik Ireland di Eropah. 

Thursday, April 2, 2015

Laluan antarabangsa Medan - Kuala Terengganu mungkin ditamatkan - MB Terengganu

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk membatalkan perkhidmatan syarikat penerbangan tempatan, YOU Wings Airlines sekiranya masalah kekurangan sambutan bagi penerbangan secara terus dari Medan ke Kuala Terengganu tidak dapat diatasi segera.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sehingga kini hanya penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Medan sahaja dilihat mendapat sambutan.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri telah meminta YOU Wings mengatasi masalah itu dengan kadar segera agar kedua-dua pihak mendapat manfaat situasi menang-menang dalam hubungan kerjasama berkenaan.

“Kalau tidak berlaku sebegitu, maka kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan ini, jadi tidak perlulah penerbangan terus kalau hanya ‘buang duit’ sahaja jika Kuala Terengganu - Medan sahaja penuh tapi Medan - Kuala Terengganu tidak penuh.

Kita juga sedang melihat kemungkinan tidak perlu penerbangan terus. Kita mungkin juga akan berhubung dengan beberapa negeri termasuk Melaka. Jadi kita guna konsep, dari Medan -Kuala Lumpur - Kuala Terengganu atau Medan - Melaka - Kuala Terengganu contohnya.

Kita sekarang ini nak panggil orang dari luar, bukan nak eksport orang kita ke sana. Ini sudah salah kerana kita pula yang pergi belanja sedangkan kita nak minta orang belanja dengan kita. Jadi saya melihat perkara ini sedang berlaku. Kalau tidak menguntungkan, kerajaan negeri mungkin menamatkan perkhidmatan ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

YOU Wings Airlines secara kerjasama dengan Sriwijaya Air mengendalikan penerbangan bagi laluan dua hala Kuala Terengganu - Medan dan Medan - Kuala Terengganu sejak hujung tahun lalu.

YOU Wings yang merupakan syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa, pengendali pesawat Sriwijaya Air yang mana syarikat penerbangan Indonesia itu merupakan pemegang saham utama syarikat tersebut

Jelas Ahmad Razif, beliau juga sedang berbincang dengan beberapa pihak bagi mengatasi masalah itu, di samping mempergiatkan pelancongan domestik.

“Pelancongan merupakan antara fokus utama kita dan saya sendiri sudah minta agar pihak pelancongan negeri mempergiatkan usaha itu, termasuk memberi tumpuan pada pelancongan domestik yang dilihat dapat memberi pulangan yang cukup baik kepada Terengganu.

“Sekarang ini pun kita sedang rangka promosi secara agresif untuk pelancong datang ke Tasik Kenyir. Bermula Mei ini, kita akan memperhebatkan promosi kerana dijangka November ini, kita akan dapat pengiktirafan bebas cukai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Terengganu | 2 April 2015

Wednesday, April 1, 2015

Malindo Air tambah tujuh lagi pesawat B737-800 dalam masa terdekat

Chandran (dua, kiri) bersama Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Ishak Mohamed (kiri) dan Pengarah MRCB, Abdul Manaf Harun (kanan) melawat kaunter baharu Malindo Air, semalam.
SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air akan menambah tujuh pesawat Boeing 737-800 dalam masa terdekat bagi menampung pertambahan penumpangnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, pesawat baharu itu mampu menampung 162 penumpang terutamanya bagi laluan Asia Selatan seperti India, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

"Syarikat menyasarkan 4 juta pelancong akan menggunakan perkhidmatan penerbangan kami dalam tempoh setahun kerana peningkatan pelancong asing terutamanya dari India dan Bangladesh meningkat sehingga 1.5 juta setahun.

"Selain itu, kami juga sedang mengintai peluang untuk membuka laluan baharu ke China dan Indonesia," katanya ketika pelancaran kaunter tiket baharu Malindo Air di Nu Sentral, semalam.

Beliau berkata, pemilihan Nu Sentral sebagai kaunter tiket syarikat penerbangan itu kerana kedudukan strategik dan berdekatan dengan hab pengangkutan terbesar di Malaysia, Stesen Sentral Kuala Lumpur. 

Kaunter baharu itu dibuka bermula 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di Lot 46, aras LG (Lower Ground).

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 1 April 2015

Tigerair launches flights between Singapore and Ipoh

SINGAPORE: Tigerair will launch flights between Singapore and Ipoh in Malaysia from May 29 this year.

In a news release on Tuesday (Mar 31), the budget carrier said there will be four weekly flights between the cities. Ticket sales for the flights will commence on Apr 20.

The inaugural flight will depart Singapore at 4pm on May 29, landing in Ipoh at 5.20pm. The return flight will leave Ipoh at 6pm and reach Singapore at 7.20pm. After that, return flights to Ipoh will take place on Mondays, Wednesdays, Fridays and Sundays.

The service will be operated by an Airbus 320 aircraft and can carry 1,440 passengers per week, Tigerair added.Tigerair currently flies to Kuala Lumpur, Langkawi and Penang in Malaysia.
 
Source: Channel NewsAsia | 31 March 2015