Wednesday, May 25, 2016

Malindo Air sambung semula laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu mulai 1 Julai ini

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malindo Air akan menyambung semula laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu yang digantung sejak 23 November tahun lalu dengan kekerapan dua kali sehari bermula 1 Julai ini. 

Penerbangan OD2302 dan OD2304 dari Terminal KLIA 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masing-masing dijadualkan berlepas pada jam 06:45 dan 12:10, manakala penerbangan OD2303 dan OD2305 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur masing-masing dijadualkan berlepas pada jam 08:20 dan 13:55. 

Tambang promosi bermula daripada RM9.00 sehala untuk kelas ekonomi, manakala untuk kelas perniagaan tambang promosi bermula daripada RM159.00 sehala. Tambang promosi itu termasuk faedah seperti elaun bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan hidangan ringan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh layari laman sesawang www.malindoair.com, atau e-mel kepada customer_care@malindoair.com atau hubungi +603-7841 5388 mulai jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment