Sunday, October 23, 2016

Firefly gantung laluan KB - JB, kurangkan kekerapan penerbangan laluan KB - Subang dan KB - P.Pinang mulai 30 Okt 2016

SYARIKAT penerbangan Firefly akan menggantung laluan Kota Bharu - Johor Bahru yang diperkenalkan sejak April 2012 mulai 30 Oktober ini, manakala laluan Kota Bharu - Subang dan Kota Bharu - Pulau Pinang dikurangkan kekerapan penerbangan harian mulai tarikh yang sama. 

Berdasarkan semakan yang dibuat melalui laman sesawang Firefly (www.fireflyz.com.my), mulai 30 Oktober 2016 kekerapan penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Subang akan dikurangkan menjadi sehingga lima, tujuh, dan lapan penerbangan sahaja sehari. 

Laluan Kota Bharu - Pulau Pinang pula akan dikurangkan daripada dua kali sehari kepada sekali sehari dan penerbangan yang bakal ditawarkan kelak hanya pada sebelah pagi sahaja bagi kedua-dua arah. 

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment