KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bertindak memperkemaskan perniagaannya dengan penubuhan dua anak syarikat bagi merebut peluang hasil daripada perkembangan industri berkaitan penerbangan.
Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata di peringkat antarabangsa, pengendali lapangan terbang itu akan menubuhkan Malaysia Airports International menjelang akhir suku ini.
"Kami akan meletakkan semua aset-aset antarabangsa di bawah anak syarikat ini dan mencari lebih banyak peluang di luar negara sama ada dengan mengambil alih kepentingan dalam syarikat lain atau menyediakan sendiri perkhidmatan terbabit," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual, baru-baru ini.
Badlisham berkata satu lagi anak syarikat iaitu KLIA Aeropolis Sdn Bhd akan mengendalikan portfolio penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pembangunan tanah MAHB.
"Ia melibatkan pengendalian semua aset pembangunan tanah selain perniagaan sokongan penerbangan dan logistik dan dijangka menjadi kenyataan paling lewat menjelang suku pertama atau kedua tahun ini," katanya.
Susulan itu, kata Badlisham, MAHB akan memiliki tiga segmen perniagaan - operasi lapangan terbang di Malaysia, perniagaan aeropolis (bandar raya lapangan terbang) dan perniagaan antarabangsa.
MAHB tersenarai antara pengendali lapangan terbang terbesar dunia dari segi pengurusan bilangan penumpang, termasuk operasi dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki.
Pada masa sama, ia turut menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang dan teknikal bagi pembangunan, pengoperasian, penyelenggaraan dan pengurusan lapangan terbang antarabangsa di luar negara.
"Kesemua itu akan disusun pada tahun ini. MAHB akan menyaksikan tempoh yang cemerlang di masa-masa akan datang," katanya.
Badlisham turut menyuarakan rasa optimis bahawa Malaysia berada dalam kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang-peluang baharu dalam perniagaan penerbangan sama ada pembuatan, MRO mahu pun perkhidmatan.
"Banyak syarikat - sama ada baharu atau yang mahu berkembang, memberi tumpuan terhadap Asia-Pasifik. Mereka mencari lokasi bagi sektor-sektor tertentu.
"Di Subang misalnya, kami mencari kalangan penggiat peringkat 1 dan 2. Bukan sahaja lokasinya yang berhampiran dengan lapangan terbang tetapi juga ekosistem penggiat lain yang disokong. Penggiat peringkat 2 akan membekal kepada syarikat peringkat 1 yang kemudiannya berperanan menyalurkan bekalan kepada pengeluar utama di peringkat serantau dan global," katanya.
MAHB juga terbabit dalam Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa 2030 yang diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi memacu perkembangan industri berkenaan.
"Kami mahu menjadikan Malaysia sebagai hab aeroangksa untuk rantau Asia-Pasifik. Apa yang penting adalah bagaimana untuk membangunkan semula Subang serta memajukan KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur).
"MAHB bukan setakat pengendali lapangan terbang di Malaysia tetapi turut dipertanggungjawabkan memajukan tanah di sekitar lapangan terbang terbabit," katanya.
Ini termasuk kawasan seluas 25 hektar di Subang yang merupakan fasa terakhir bagi tujuan pembangunan semula dan dilihat paling sesuai sebagai sokongan kepada industri penerbangan.
Sehubungan itu, kata Badlisham, usaha mendapatkan pelaburan yang tepat adalah amat penting bukan sahaja bagi memenuhi keperluan pelanggan sedia ada tetapi juga merebut peluang besar di sekitar rantau ini susulan peningkatan penghantaran menerusi penerbangan di sini yang dijangka berlipat ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang.
"Banyak penggiat industri aeroangkasa yang sukakan Malaysia kerana tanah yang ada serta program pembangunan industri yang disediakan. Namun, apa yang mereka mahu lihat adalah pelaksanaannya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata MAHB juga masih menunggu laporan pihak Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang diberi tugasan oleh pihaknya untuk melakukan kajian infrastruktur dan operasi syarikat itu.
"Tugas itu memakan masa lapan bulan. Sebarang syor daripada kajian itu akan dikemukakan pada bulan ini," katanya.
Jelas Badlisham, MAHB sememangnya berusaha untuk menseimbangkan antara unjuran pertumbuhan IATA dan perkembangan infrastruktur.
Malah, MAHB telah memperuntukkan sejumlah setengah bilion ringgit bagi tujuan automasi lapangan terbang bagi tempoh 12 bulan akan datang.
"Kami dalam usaha menyiapkan usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang menelan kos kira-kira RM80 juta pada Ogos ini. Sejumlah RM500 juta lagi akan dibelanjakan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi melonjakkan kapasiti penumpang tahunan kepada 12 juta orang berbanding 6.5 juta orang ketika ini.
"Projek selama dua tahun itu akan dimulakan pada akhir tahun ini.
"Selain itu, usaha pembesaran itu turut dilakukan di Lapangan Terbang Kota Bharu yang menelan kos kira-kira RM470 juta bagi tempoh tiga tahun akan datang. Banyak projek lain juga telah dijalankan. Malaysia tidak pernah ketinggalan dari segi perancangan untuk mempertingkatkan aspek infrastrukturnya," katanya.
Menurut Badlisham, usaha menaik taraf dan pengembangan itu tidak hanya membabitkan aspek infrastruktur fizikal tetapi juga kemudahan lain yang merangkumi agensi lain bagi mempertingkatkan sumber-sumbernya seperti Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pihak polis.
Sumber: Bernama | Ekonomi | 13 Februari 2018

No comments:
Post a Comment