Logo baharu syarikat penerbangan AirAsia yang telah dilancarkan pada 8 Oktober 2020 yang lalu. |
KUALA LUMPUR: Menurut artikel yang diterbitkan di routesonline.com bertarikh 20 Oktober 2020, syarikat penerbangan AirAsia dilaporkan sedang merancang untuk membuka tiga laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan pada hujung tahun ini.
Tiga laluan tersebut ialah Kota
Bharu – Johor Bahru, Kota Bharu – Pulau Langkawi, dan Kota Bharu – Pulau Pinang
dengan kekerapan masing-masing sehingga tiga kali seminggu. Penerbangan tiga kali
seminggu ini dijangka ditawarkan pada setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Ketika laporan ini ditulis, syarikat penerbangan AirAsia masih belum membuat pengumuman rasmi dan dijangkakan jualan tiket akan mula dibuka tidak lama lagi.
Pada ketika ini, AirAsia menawarkan
perkhidmatan penerbangan harian dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan penerbangan
tiga kali seminggu dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu dan Kuching.
LOGO DAN SLOGAN IKLAN BAHARU
Pengurusan AirAsia telah
melancarkan logo baharu syarikat penerbangan ini pada 8 Oktober 2020 yang
lepas. Dalam masa yang sama, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia
ini juga telah menukar slogan iklan (tagline) mereka daripada “Now
Everyone Can Fly” (Kini Sesiapapun Boleh Terbang) kepada “For Everyone”
(Untuk Semua).
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang rasmi AirAsia, iaitu www.airasia.com.
No comments:
Post a Comment