Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra |
Menurut Dato' Sri Mutapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), projek ini masih dalam proses pemilihan kontraktor yang dijangka mengambil masa sebulan sebelum kerja-kerja dapat dimulakan.
"Kita menjangkakan projek berkenaan dapat dimulakan awal tahun hadapan dan mungkin mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk siap," katanya.
Projek pembesaran dan naik LTSIP melibatkan pembesaran bangunan terminal sedia ada untuk menampung penumpang daripada 1.5 juta kepada 4 juta penumpang setahun, iaitu menyamai kapasti pengendalian penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), Pulau Langkawi, Kedah.
Projek yang menelan kos kira-kira RM500 juta ini telah diluluskan Kerajaan Persekutuan melalui Belanjawan Negara 2016 lagi dan ia sudah beberapa kali tertangguh pelaksanaanya disebabkan beberapa isu dan termasuklah dua kali pertukaran Kerajaan Persekutuan pada Mei 2018 dan Februari 2020.
Kota Bharu Airport | 30 November 2020
No comments:
Post a Comment