Lapangan Terang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) yang menjadi pintu masuk utama ke Kelantan dan wilayah Pantai Timur. |
Tujuh destinasi tersebut ialah Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Johor Bahru, Kota Kinabalu, dan Kuching.
Air Asia menjadi syarikat penerbangan utama yang beroperasi di LTSIP dengan menawarkan enam destinasi, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Pulau Langkawi. Dengan kata lain, Air Asia menghubungkan LTSIP dengan keenam-enam lapangan terbang antarabangsa di Malaysia, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).
Penerbangan Firefly pula menawarkan tiga destinasi, iaitu Subang (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, dan Johor Bahru. Sementara itu, Penerbangan Malaysia dan Malindo Air masing-masing menawarkan satu destinasi, iaitu Kuala Lumpur dan Subang sahaja.
Kini lebih banyak penerbangan domestik telah disambung semula sejak minggu kedua bulan Disember yang lepas. Dalam masa yang sama, syarikat penerbangan Air Asia telah membuka tiga lagi laluan domestik baharu dari atau ke Kota Bharu sejak 19 dan 22 Disember 2020 lepas, iaitu ke Pulau Langkawi, Pulau Pinang, dan Johor Bahru.
Berikut merupakan tujuh (7) destinasi utama di seluruh Malaysia yang dihubungkan secara terus dari LTSIP berserta dengan syarikat penerbangan yang beroperasi dan kekerapan penerbangan: -
- Kuala Lumpur (KUL) - Air Asia dan Penerbangan Malaysia (penerbangan harian)
- Kuala Lumpur-Subang (SZB) - Penerbangan Firefly dan Malindo Air (penerbangan harian)
- Pulau Pinang (PEN) - Air Asia (setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu) dan Penerbangan Firefly (penerbangan harian)
- Kota Kinabalu (BKI) - Air Asia (setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu)
- Kuching (KCH) - Air Asia (setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu)
- Johor Bahru (JHB) - Air Asia dan Penerbangan Firefly (setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu)
- Pulau Langkawi (LGK) - Air Asia (setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu)