|
Ketibaan penerbangan sulung AK6152 dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada 22 Disember 2020. Foto ihsan: Malaysia Airports Holdings Berhad |
KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Air Asia menambah dua lagi laluan domestik dari atau ke Kota Bharu, Kelantan mulai 22 Disember 2020 lepas. Dua laluan tersebut ialah Kota Bharu - Pulau Pinang dan Kota Bharu - Johor Bahru dengan kekerapan masing-masing sebanyak tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Laluan Kota Bharu - Pulau Pinang dan Kota Bharu - Johor Bahru menjadi laluan domestik kelima dan keenam Air Asia dari atau ke Kota Bharu selepas laluan-laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu, Kota Kinabalu - Kota Bharu, Kuching - Kota Bharu, dan Kota Bharu - Pulau Langkawi.
|
Ketibaan penerbangan sulung Air Asia dari Pulau Pinang diberikan sambutan tradisi semburan air di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP). Foto ihsan: Malaysia Airports Holdings Berhad |
Penerbangan AK6152 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 11:00 dan dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 12:00, manakala penerbangan AK6153 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 12:25 dan dijadualkan tiba di Pulau Pinang pada jam 13:20.
Sementara itu, penerbangan AK6203 dari Johor Bahru ke Kota Bharu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada jam 12:00 dan dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 13:15, manakala penerbangan AK6204 dari Kota Bharu ke Johor Bahru dijadualkan berlepas dari LTSIP pada jam 13:40 dan dijadualkan tiba di Johor Bahru pada jam 14:55.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang rasmi Air Asia, iaitu
www.airasia.com.
No comments:
Post a Comment