Wednesday, December 23, 2020

Air Asia kini terbang dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dan Johor Bahru

Ketibaan penerbangan sulung AK6152 dari Pulau Pinang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada 22 Disember 2020. Foto ihsan: Malaysia Airports Holdings Berhad
KOTA BHARU
: Syarikat penerbangan Air Asia menambah dua lagi laluan domestik dari atau ke Kota Bharu, Kelantan mulai 22 Disember 2020 lepas. Dua laluan tersebut ialah Kota Bharu - Pulau Pinang dan Kota Bharu - Johor Bahru dengan kekerapan masing-masing sebanyak tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu. 

Laluan Kota Bharu - Pulau Pinang dan Kota Bharu - Johor Bahru menjadi laluan domestik kelima dan keenam Air Asia dari atau ke Kota Bharu selepas laluan-laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu, Kota Kinabalu - Kota Bharu, Kuching - Kota Bharu, dan Kota Bharu - Pulau Langkawi. 
Ketibaan penerbangan sulung Air Asia dari Pulau Pinang diberikan sambutan tradisi semburan air di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP). Foto ihsan: Malaysia Airports Holdings Berhad
Penerbangan AK6152 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 11:00 dan dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 12:00
, manakala penerbangan AK6153 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 12:25 dan dijadualkan tiba di Pulau Pinang pada jam 13:20. 

Sementara itu, penerbangan AK6203 dari Johor Bahru ke Kota Bharu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) pada jam 12:00 dan dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 13:15, manakala penerbangan AK6204 dari Kota Bharu ke Johor Bahru dijadualkan berlepas dari LTSIP pada jam 13:40 dan dijadualkan tiba di Johor Bahru pada jam 14:55.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang rasmi Air Asia, iaitu www.airasia.com

No comments:

Post a Comment