Sunday, July 7, 2019

Scoot begins Singapore – Kota Bharu direct flights

The inaugural flight from Singapore had landed at Kota Bharu Sultan Ismail Petra Airport at 04:05 pm, 2 July 2019. Photo credit: Malaysia Airports Holdings Berhad
Scoot begins three times weekly flights to Kota Bharu from Singapore

KOTA BHARU: Scoot, the low-cost arm of Singapore Airlines Ltd (SIA), began direct flights between Singapore and Kota Bharu last Tuesday (2 July 2019), making the Kelantan capital its seventh destination in Malaysia after Kuala Lumpur, Penang, Langkawi, Ipoh, Kuching and Kuantan.

It is also the second destination in East Coast region after thrice weekly Singapore - Kuantan service which was commenced since 2 February 2018. 

Scoot took to the skies in June 2012 and merged with Tigerair Singapore in July 2017, retaining the Scoot brand and positioning it well for a new chapter of growth. 

Being the sole operator of direct flights from Singapore to Kota Bharu, the new route will provide Scoot with a unique edge. Kota Bharu is not only the main gateway into Kelantan state, the cradle of Malay culture but also for Perhentian Islands, i.e. one of the most beautiful islands in the world.

Scoot will fly three times a week to Kota Bharu, on Sunday, Tuesday, and Friday.  

In celebration of the launch, from 9 to 11 July 2019, enjoy attractive one-way, tax-inclusive, promotional fares on flights from Kota Bharu to Singapore from as low as MYR59 for Economy FLY, travel by 25 October 2019. Promotional fares are subject to availability, so book your holiday now at www.FlyScoot.com or the Scoot mobile app!

Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

Saturday, July 6, 2019

Laluan Kota Bharu – Alor Setar dan Kota Bharu – Pulau Langkawi bakal dibuka seawal bulan Ogos depan

Gambar hiasan: Kabin pesawat jenis DHC-6-400 Twin Otter dengan 19 tempat duduk.
MENURUT maklumat yang diperoleh daripada sumber yang rapat dengan industri penerbangan, terdapat dua lagi laluan domestik yang bakal dibuka dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan, iaitu ke bandar raya Alor Setar dan Pulau Langkawi, Kedah. 

Dua laluan baharu ini dijangka dapat mula beroperasi seawal bulan Ogos depan dengan menggunakan pesawat jenis Viking Air DHC-6 Twin Otter (Twin Otter) yang dilengkapi dengan 19 tempat duduk

Laluan-laluan Kota Bharu – Alor Setar (KBR-AOR) dan Kota Bharu – Pulau Langkawi (KBR-LGK) kelak bakal mengukuhkan kedudukan LTSIP sebagai hab penerbangan utama di Pantai Timur. Pada ketika ini, terdapat lima buah syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSIP, iaitu Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia Berhad (AirAsia), FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly), Malindo Airways Sdn. Bhd. (Malindo Air), dan Scoot Tigerair Pte. Ltd. (Scoot).  

Laluan baharu ini dijangka mendapat sambutan ramai kerana ia dapat menjimatkan waktu perjalanan dari Kota Bharu ke Alor Setar dan Pulau Langkawi yang pada ketika ini perlu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor terlebih dahulu sebagai pusat transit. 

Butiran lanjut dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi. Maklumat terkini tentang laluan baharu ini akan dikemas kini di laman Facebook Laluan Penerbangan Kota Bharu – Alor Setar (www.facebook.com/laluankbas) dan Facebook Laluan Penerbangan Kota Bharu – Pulau Langkawi (www.facebook.com/laluankblangkawi) dari masa ke masa. 

Satu lagi laluan yang sedang dalam perancangan untuk dibuka oleh syarikat penerbangan yang sama ialah Kota Bharu – Kuantan sekali gus menjadikan LTSIP sebagai hab operasi utamanya di Pantai Timur. 

Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

Thursday, July 4, 2019

Scoot tawar penerbangan terus Singapura – Kota Bharu

Penumpang penerbangan sulung Scoot dari Singapura disambut sebaik tiba di balai ketibaan, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 
KOTA BHARU: Sebuah syarikat penerbangan tambang murah milik Singapura menjadikan Kota Bharu sebagai destinasi ketujuh di Malaysia.

Sebelum ini Scoot mengadakan penerbangan terus dari Singapura ke Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan berkata, Kota Bharu menjadi pilihan ketujuh bagi melaksanakan operasi di Malaysia.

Kata beliau pihaknya menyediakan tiga penerbangan pergi balik antara Singapura dan Kota Bharu setiap minggu iaitu pada hari Ahad, Selasa, dan Jumaat.

“Penumpang dari Kota Bharu boleh menjimatkan lebih dua jam masa perjalanan dengan terbang secara terus ke Singapura tanpa perlu berhenti di Kuala Lumpur.

“Kami memilih ibu negeri Kelantan kerana keindahan alam semula jadinya,” ujarnya ketika ditemui selepas pendaratan sulung penerbangan tersebut di sini kelmarin.

Ketibaan penumpang pesawat itu disambut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Dato’ Hassan Mohamood.

Seramai 130 penumpang menyertai penerbangan sulung Scoot dari Singapura menggunakan pesawat A320. 

Sumber: Harakah Daily | 4 Julai 2019

Tuesday, July 2, 2019

130 penumpang sertai penerbangan sulung Scoot ke Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan hari menerima penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, Scoot di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini petang ini.

Penerbangan pesawat Airbus A320 yang tiba pada 4.05 petang dengan 130 penumpang itu disambut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat Kebudayaan Masyarakat Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Turut sama menyambut ialah Pengurus Besar Pelancongan Wilayah Timur Hafiz Hazin, Pengurus Besar Pemasaran Penerbangan Malaysia Airport Holdings Bhd Mohamed Sallauddin Mat Sah, Ketua Penolong Setiausaha Pelancongan dan Kebudayaan Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar, serta Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Seni dan Budaya Malaysia Negeri Kelantan Mohd Aidil Hafizie Daud. 

Hassan berkata penerbangan sulung itu cukup bermakna kerana ia menjadi penanda aras kepada LTSIP menjadi lapangan terbang antarabangsa tidak lama lagi.

"Kita juga sedang menunggu penerbangan dari Kota Bharu – Vietnam dan Kota Bharu – Bangkok yang dijadual hujung tahun ini," katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan pesawat A320 Scoot di LTSIP.

Scoot adalah syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines Group yang mula beroperasi mulai 2012.

Ia mengendali tiga penerbangan pergi dan balik seminggu dari Singapura ke Kota Bharu dan sebaliknya.

Sementara itu Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan dalam kenyataan media hari ini berkata pihaknya berbangga menjadi satu-satunya pengendali antarabangsa yang menawarkan penerbangan terus antara Kota Bharu dan Singapura.

"Kami memilih ibu negeri Kelantan sebagai destinasi terbaru (destinasi ketujuh) di Malaysia kerana pesona dunia lama dan keindahan alam semula jadinya dan kami yakin pelancong akan menikmati suasana kampung nelayan dengan pantai indah yang dihiasi pepohon kelapa serta sawah yang luas terbentan," katanya.

Sumber: Bernama | 2 Julai 2019

Scoot buka laluan Kota Bharu – Singapura

Hassan meraikan 130 penumpang yang tiba dengan penerbangan sulung Scoot dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 
KOTA BHARU: Buat julung kalinya, Syarikat penerbangan tambang rendah milik penuh Singapore Airlines Group, Scoot memulakan perkhidmatan penerbangan terus laluan Kota Bharu – Singapura sebanyak tiga kali seminggu bermula hari ini. 

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan berkata, penerbangan dari dua destinasi itu akan mengambil masa 90 minit tanpa perlu membuat transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti sebelum ini. 

Katanya, penerbangan terus itu menjadikan bandar ini destinasi ketujuh perkhidmatan Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. 

“Bermula hari ini, Scoot akan membuat penerbangan tiga kali seminggu pada hari Selasa, Ahad, dan Jumaat. 

Dengan penyediaan perkhidmatan ini, penumpang sama ada yang mahu mengunjungi Kota Bharu atau Singapura secara terus mampu menjimatkan masa lebih dua jam kerana tidak perlu membuat transit di Kuala Lumpur lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu, hari ini menerima ketibaan pertama penumpang penerbangan Scoot dari Singapura. 

Penerbangan yang membawa 130 penumpang itu tiba 4.05 petang tadi disambut paluan gendang dan hulubalang serta jelitawan berpakaian Melayu klasik di balai ketibaan. 

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Hassan Mohamood; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia negeri, Mohd Aidil Afizie Daud; Pengurus Besar Pelancongan Wilayah Timur, Hafiz Hazin dan Pengurus Besar Pemasaran Penerbangan Malaysia Airport Holdings, Mohamed Sallauddin Mat Sah. 

Sementara itu, Hassan berkata, penerbangan langsung dari luar negara itu ke negeri ini bakal merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini khususnya bagi menghadapi Tahun Melawat Kelantan 2020. 

“Kita sebenarnya sudah lama menunggu saat ini, malah kita rancang lebih banyak penerbangan langsung dari Kelantan ke luar negara. 

“Antaranya, kita menanti adanya penerbangan terus dari Kelantan ke negara lain seperti Vietnam dan Bangkok,” katanya.

Sumber: My Metro/Harian Metro | 2 Julai 2019

Penerbangan sulung Scoot dari Singapura ke Kelantan

Ketibaan pesawat A320 penerbangan sulung Scoot dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Scoot, sebuah syarikat tambang rendah dari Singapura di bawah Singapore Airlines Group memulakan penerbangan terus yang pertama dari negara itu ke Kota Bharu hari ini. 

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan berkata, bandar ini menjadi destinasi ketujuh Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. 

Beliau berkata, pihaknya menyediakan tiga penerbangan pergi balik antara Singapura dan Kota Bharu pada setiap minggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan Jumaat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Hassan Mohamood menyambut penumpang yang tiba dengan penerbangan sulung Scoot dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu hari ini.
“Penumpang dari Kota Bharu kini boleh menjimatkan lebih dua jam masa perjalanan dengan terbang secara terus ke Singapura tanpa perlu berhenti di Kuala Lumpur, kami memilih ibu negeri Kelantan ini kerana pesona dunia lama dan keindahan alam semula jadinya

“Dari Singapura para penumpang boleh menjelajah ke lebih 60 destinasi di 17 buah negara dalam rangkaian Scoot termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney, Trivandrum, Wuhan, Kunming dan lain-lain lagi.

Pelancong Portugal yang tiba dengan penerbangan sulung Scoot dari Singapura kelihatan gembira di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu hari ini
“Kami sangat teruja menjadi satu-satunya pengendali antarabangsa yang menawarkan penerbangan terus antara Kota Bharu dan Singapura, kami berharap dapat membantu melonjakkan industri pelancongan tempatan dan lebih pilihan untuk orang ramai meneroka dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Seramai 130 penumpang penerbangan sulung Scoot dari Singapura dengan kapal terbang A320 mendarat pada pukul 4.05 petang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ketibaan pesawat A320 penerbangan sulung Scoot dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu hari ini.
Ketibaan para penumpang telah disambut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Hassan Mohamood.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Pemasaran Penerbangan, Malaysia Airport Holding Berhad, Mohamed Sallauddin Mat Sah; Pengurus Besar Pelancongan Wilayah Timur, Hafiz Hazin; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia negeri, Mohd Aidil Afizie Daud; Ketua Penolong Setiausaha Pelancongan dan Kebudayaan, Pusat Penerangan Pelancongan negeri, Nik Mahmud Nik Jaafar dan wakil Scoot iaitu Pengurus Kanan Jualan Singapura dan Malaysia, Ng Saing Huat.

Selain pancuran tembakan air sebaik kapal terbang tiba di landasan, penumpang turut disambut dengan paluan gendang Kelantan oleh kumpulan kebudayaan.

Sementara itu, sempena pelancaran penerbangan ini, Scoot menawarkan tambang sehala istimewa dari Kota Bharu ke Singapura serendah RM59 termasuk cukai bagi kelas ekonomi bagi penerbangan sebelum 25 Oktober ini.

Tawaran promosi ini dibuka mulai 9 sehingga 11 Julai ini dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui www.FlyScoot.com atau melalui aplikasi Scoot!. 

Sumber: Utusan Online | 2 Julai 2019

Kota Bharu Welcomes Scoot’s First Direct Flight From Singapore

KOTA BHARU: Scoot commenced its first direct flight to Kota Bharu from Singapore, making it the seventh destination in Malaysia after Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi and Penang.

Customers on the maiden flight were welcomed with a special water cannon salute ceremony, as the A320 aircraft landed at the Sultan Ismail Petra Airport (KBR) at about 4.05 PM on Tuesday.

Scoot, the low-cost arm of the Singapore Airlines Group, is the exclusive international flight operator flying direct to Kota Bharu, offering customers value-added airfares, and also considerable time-savings. Customers from Kota Bharu can now save over two hours of travel time by flying directly to Singapore without having to layover in Kuala Lumpur. From Singapore, Scoot’s network connects customers to over 60 destinations across 17 countries including Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney and newly launched destinations such as Trivandrum, Wuhan and Kunming among others.

Scoot’s Acting Chief Commercial Officer Mr Calvin Chan said, “At Scoot, we make every effort to provide affordable travel to new destinations for our customers through our extensive network and attractive airfares. We are excited to be the only international operator to offer direct flights between Kota Bharu and Singapore, it is a showcase of our commitment to the Malaysian market. The capital city of Kelantan was chosen as our latest destination in Malaysia for its old-world charm and natural beauty, and we are confident that travellers will enjoy exploring the rustic fishing villages, palm-fringed beaches and sprawling paddy fields that Kelantan has to offer. Additionally, we hope that this new addition to Scoot’s network will help boost local tourism and provide more options for people to explore the world.”

According to the Group Chief Executive Officer of Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin, “We are proud to welcome Scoot as the new airline partner at our Kota Bharu Airport (KBR). This is the airline’s second destination in the East Coast with the first being Kuantan Airport whereby its flight route began in February 2018. This Singapore-Kota Bharu route will not only provide more business opportunities to bloom, but it will also allow a good growth of tourism in the state that is well known for its delectable local delicacies and colourful range of cultural offerings. Scoot will be the fifth airline to operate at KBR and we are confident that this partnership will further boost the connectivity for the region in the long run.”

In celebration of the launch, from 9 to 11 July 2019, enjoy attractive one-way, tax-inclusive, promotional fares on flights from Kota Bharu to Singapore from as low as MYR59 for Economy FLY, travel by 25 October 2019. Promotional fares are subject to availability, so book your holiday now at www.FlyScoot.com or the Scoot mobile app!

Flight Schedule for Kota Bharu-Singapore services* (Effective 2 July 2019): - 

Kota Bharu – Singapore
Flight No.DepartureArrivalFrequency
TR41117051830Tues, Sun
TR41115051620Fri
Singapore – Kota Bharu
Flight No.DepartureArrivalFrequency
TR41014451605Tues, Sun
TR41012551425Fri
*All times local. Schedule is subject to change and regulatory approval

Source: Scoot Tigerair Pte. Ltd. (Scoot) 

Scoot tawar penerbangan terus Kota Bharu – Singapura

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu, hari ini menerima ketibaan pertama penumpang penerbangan Scoot dari Singapura. 
KOTA BHARU: Syarikat penerbangan tambang rendah milik penuh Singapore Airlines Group, Scoot memulakan perkhidmatan penerbangan terus laluan Kota Bharu-Singapura sebanyak tiga kali seminggu bermula hari ini. 

Pemangku Ketua Pegawai Komersial Scoot, Calvin Chan, berkata penerbangan dari dua destinasi itu akan mengambil masa sejam 30 minit, tanpa perlu membuat persinggahan atau transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti sebelum ini. 

Katanya, penerbangan terus itu menjadikan bandar ini destinasi ketujuh perkhidmatan Scoot di Malaysia selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. 

“Bermula hari ini, Scoot akan membuat penerbangan tiga kali seminggu pada hari Selasa, Ahad dan Jumaat dengan tempahan boleh di buat melalui aplikasi Scoot atau laman sesawang www.FlyScoot.com

“Dengan penyediaan perkhidmatan ini, penumpang sama ada yang mahu mengunjungi Kota Bharu atau Singapura secara terus mampu menjimatkan masa lebih dua jam kerana tidak perlu transit di Kuala Lumpur lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. 

Sempena dengan pembukaan perkhidmatan penerbangan ini, bermula 9 hingga 11 Julai, Scoot menyediakan tambang sehala istimewa dari Kota Bharu ke Singapura serendah RM59, termasuk cukai bagi kelas ekonomi bagi penerbangan sebelum 25 Oktober tahun ini. 

Terdahulu, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Kota Bharu, hari ini menerima ketibaan pertama penumpang penerbangan Scoot dari Singapura. 

Penerbangan yang membawa seramai 130 penumpang itu tiba kira-kira jam 4.05 petang dengan disambut meriah paluan gendang dan hulubalang serta jelitawan berpakaian Melayu klasik di balai ketibaan. 

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Datuk Hassan Mohamood; Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia negeri, Mohd Aidil Afizie Daud; Pengurus Besar Pelancongan Wilayah Timur, Hafiz Hazin dan Pengurus Besar Pemasaran Penerbangan Malaysia Airport Holdings, Mohamed Sallauddin Mat Sah. 

Sementara itu, Hassan berkata, penerbangan langsung dari luar negara itu ke negeri ini bakal merancakkan aktiviti pelancongan di negeri ini, khususnya bagi menghadapi Tahun Melawat Kelantan 2020. 

“Kita sebenarnya sudah lama menunggu saat ini, malah kita rancang lebih banyak penerbangan langsung dari Kelantan ke luar negara. 

“Kita menanti adanya penerbangan terus dari Kelantan ke negara lain seperti Vietnam dan Bangkok,” katanya. 

Sumber: Berita Harian Online | 2 Julai 2019

130 fly in to Kota Bharu on Scoot's inaugural flight from Singapore

KOTA BHARU: Some 130 passengers from Singapore flew into Kota Bharu today in an inaugural flight by the republic’s low cost-carrier, Scoot.

The aircraft, Airbus A320, touched down at the Sultan Ismail Petra Airport at 4.05 pm, with Kelantan Social Unity, Culture, Heritage and Tourism Committee chairman Datuk Hassan Mohamood on hand to welcome the passengers.

Hassan said the inaugural flight by Scoot served as a benchmark towards Sultan Ismail Petra Airport becoming an international airport.

"We are also waiting for the arrival of direct flights between Kota Bharu and Vietnam and Kota Bharu and Bangkok, scheduled end of the year,” he told a media conference after welcoming the arrival of the Scoot flight.

The airline has three direct flights between Singapore and Kota Bharu a week.

Source: Bernama | 2 July 2019