Scoot sedang mengadakan Jualan Got To Go dari 21 – 23 Mei 2019. |
SYARIKAT penerbangan Scoot Tigerair Pte. Ltd. (Scoot) dari Singapura sedang menawarkan promosi tambang melalui Jualan GTG (Got To Go Sale/GTG Sale) untuk lebih 50 destinasi dari atau ke Singapura termasuk laluan baharu Singapura – Kota Bharu (SIN-KBR). Jualan ini bermula dari 21 – 23 Mei 2019.
Tambang dari Kota Bharu ke Singapura misalnya ditawarkan dari RM69.00 sehala, manakala tambang dari Singapura ke Kota Bharu ditawarkan dari RM184.85 sehala bagi perjalanan dari 2 Julai sehingga 25 Oktober 2019*.
Laluan baharu Singapura – Kota Bharu ini akan mula beroperasi dari 2 Julai 2019 dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Selasa, dan Jumaat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Scoot, iaitu www.flyscoot.com atau ikuti laman sesawang Facebook syarikat penerbangan ini melalui pautan berikut:- www.facebook.com/flyscoot atau www.facebook.com/flyscootmy.
Nota: *Setakat ini tempahan tiket hanya dibuka untuk perjalanan dari 2 Julai sehingga 25 Oktober 2019 sahaja. Tempahan untuk perjalanan selepas 25 Oktober 2019 dijangka dibuka untuk jualan tidak lama lagi.
Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com