Laluan Kota Bharu - Pulau Langkawi (KBR-LGK) dijangka dapat memulakan perkhidmatan mulai 19 Disember 2020 (Sabtu), manakala dua lagi laluan mulai 22 Disember 2020 (Selasa).
Perubahan ini disebabkan penularan wabak koronavirus 2019 (COVID-19) yang memaksa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Kelantan dan Pulau Pinang serta beberapa daerah di negeri Johor dan Kedah sehingga 6 Disember ini yang berkemungkinan besar akan disambung lagi sehingga hujung bulan Disember sekiranya keadaan tidak banyak berubah.
Setakat ini, jadual dan kekerapan penerbangan seminggu tidak berubah. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.airasia.com.
Kota Bharu Airport | 30 November 2020