Thursday, July 17, 2014

AirAsia sees return to Europe and to start new routes from new points like Kota Bharu - Bandung

FARNBOROUGH, London: AirAsia hopes to return to Europe and expand its presence in the region amid the order of 50 A330-900 neo aircraft.

Group chief executive officer Tan Sri Tony Fernandes said the A330 neo would make it possible for the airline to re-enter London and also expand its presence to other European countries like Rome.

"I love to fly back to London and with A330 neo it would make it more possible," he told reporters after a signing ceremony with Airbus on the order of 50 A330 neo, here today.

AirAsia, via AirAsia X, had previously flown to Paris and London, offeringconnections from its Australian routes, but it halted serving these routes in 2012.

Fernandes said the A330 neo aircraft gives much better fuel economy and would make AirAsia X stronger, expand the routes via its Bangalore hub to Europe and Africa, as well as, connect Japan to South America.

He said AirAsia would accelerate growth in India by adding more planes toserve new routes as soon as discussion with the Indian government conclude.

Fernandes said AirAsia would focus on Indonesia, Thailand, the Philippines, South India for further growth and continue to start routes from new points like Penang - Chennai and Kota Bharu - Bandung.

As for AirAsia X, Fernandes said the growth focus would be on China, Japan, South Korea, Australia, the Middle East and India, while A330 neo could connect more routes from its hubs to around the world.

Meanwhile, AirAsia X chief executive officer Azran Osman-Rani said the airline's core strategy was to connect Southeast Asia and to become thelargest airline flying from Malaysia to China, Taiwan, South Korea, Japan and Australia.

He said AirAsia X hoped its investment in Indonesia would be able to take off by the end of this year and be fully operational next year.

Source: Bernama | 16 July 2014

AirAsia ingin kembali ke Eropah dan perkenal laluan antarabangsa Kota Bharu - Bandung

FARNBOROUGH (London): AirAsia berharap untuk kembali semula ke Eropah dan mengembangkan operasinya di rantau itu susulan tempahan sebanyak 50 pesawat A330-900neo.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata pesawat A330neo itu akan membolehkan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut memasuki semula London dan juga mengembangkan operasinya ke negara Eropah lain.

"Saya suka untuk terbang kembali ke London dan dengan A330neo kemungkinannya adalah besar," katanya kepada pemberita selepas majlis permeterian dengan Airbus bagi tempahan 50 pesawat A330neo, di sini, Rabu.

AirAsia, menerusi AirAsia X, sebelum ini terbang ke Paris dan London, menawarkan penerbangan sambungan daripada laluannya di Australia, tetapi menamatkan laluan-laluan ini pada 2012.

Fernandes berkata pesawat A330neo memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik dan akan menjadikan AirAsia X lebih kukuh, mengembangkan laluan menerusi habnya di Bangalore ke Eropah dan Afrika, serta, menghubungkan Jepun ke Amerika Selatan.

Beliau berkata AirAsia akan mempercepatkan pertumbuhan di India dengan menambah lebih banyak pesawat untuk menampung permintaan di laluan baharu itu sebaik sahaja perbincangan dengan kerajaan India dimuktamadkan.

Menurutnya, AirAsia akan menumpukan kepada Indonesia, Thailand, Filipina dan India Selatan bagi pertumbuhan seterusnya dan memulakan laluan baharu dari destinasi baharu seperti Pulau Pinang - Chennai dan Kota Bharu - Bandung.

Bagi AirAsia X, Fernandes berkata tumpuan pertumbuhan ialah kepada China, Jepun, Korea Selatan, Australia, Timur Tengah dan India, manakala A330neo akan menghubungkan lebih banyak laluan daripada habnya ke seluruh dunia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata strategi teras syarikat penerbangan tersebut adalah untuk menghubungkan Asia Tenggara dan menjadi syarikat penerbangan terbesar yang menawarkan perkhidmatan penerbangan dari Malaysia ke China, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Australia.

Beliau berkata AirAsia X berharap pelaburannya di Indonesia akan bermula pada akhir tahun ini dan beroperasi sepenuhnya tahun depan.

Sumber: mStar Online | 16 Jul. 2014
Kempen khas: Jika anda menyokong cadangan pembukaan laluan antarabangsa Kota Bharu - Bandung ini, silalah 'like' (menjadi ahli) bagi laman kempen dan promosi ini: www.facebook.com/laluankbbandung.

Wednesday, July 2, 2014

Lapangan Terbang Melaka dicadang dijadikan pusat permainan layang-layang

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong (tengah) bersama pemimpin DAP yang lain melakukan lawatan ke LTAM, di sini semalam.
BATU BERENDAM: Pemimpin DAP menyindir kerajaan negeri dengan menyatakan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) lebih baik dijadikan pusat permainan layang-layang kerana sekurang-kurangnya aktiviti itu mampu menarik kedatangan pelancong.

Perkara itu dijelaskan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ekoran tiada satu pun pesawat komersial yang mendarat di lapangan terbang itu sejak 15 Mac lalu meskipun kerajaan negeri sudah membelanjakan sebanyak RM240 juta untuk menaiktaraf dan memanjang landasan.

Menurutnya, meskipun kerajaan negeri ada menjawab soalan bertulis ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dengan menyatakan LTAM tetap beroperasi apabila dijadikan sebagai pusat latihan penerbangan oleh beberapa syarikat dan agensi.

Sambil menjelaskan jawapan berkenaan sebagai tidak relevan, Poay Tiong mendakwa ia sebagai satu bukti nyata langkah kurang bijak yang dibuat oleh kerajaan negeri.

“Jawapan ini tidak relevan kerana sebelum ini pun LTAM memang digunakan untuk latihan tetapi kemudiannya kerajaan negeri pada masa itu membuat keputusan untuk memanjangkan landasan untuk menarik lebih banyak syarikat penerbangan menggunakannya untuk tujuan komersial.

“Tetapi malangnya, selepas mengeluarkan belanja berjumlah RM240 juta, daripada sebelumnya ada penerbangan tapi hari ini langsung tiada kapal terbang komersial yang beroperasi di sini,” katanya ketika melakukan lawatan ke LTAM di sini, semalam.

Beliau turut mendakwa, projek berkenaan sebagai satu projek gajah putih apabila kerajaan negeri ketika itu pada mulanya membuat keputusan tanpa mengambil kira keadaan sebenar sehingga mengeluarkan belanja besar bagi menambah landasan dan menaiktarafnya.

“Akhirnya terpaksa menanggung kerugian dalam setahun sehingga RM3 juta. Tahun ini kita jangka kerugiannya akan lebih besar lagi kerana tiada langsung syarikat yang beroperasi.

“Seperti mana yang dijelaskan oleh kerajaan negeri di dalam Persidangan Dun lalu, pada tahun 2012 LTAM mencatatkan pendapatan cuma berjumlah RM856,594 manakala perbelanjaan sehingga RM3.6 juta. Pada 2013 pula, pendapatan yang diperoleh cuma RM729,089 manakala perbelanjaan sehingga RM4.1 juta,” katanya.

Poay Tiong berkata, biarpun beberapa bulan lalu ada syarikat penerbangan dari China berminat untuk mendarat di LTAM tetapi sehingga hari ini masih tiada sebarang perkembangan.

“Baru-baru ini juga kerajaan negeri ada mengadakan rundingan dengan AirAsia dengan Firefly dan kemungkinan besar mereka akan menggunakan LTAM tahun ini.

“Tetapi berdasarkan rekod lepas Firefy memang pernah beroperasi di sini namun akhirnya tiada sambutan sampai kerajaan negeri terpaksa tubuhkan Melaka Air dengan menyewa kapal terbang daripada Firefly namun kesudahannya juga gagal.

AirAsia pula dari mula kerajaan negeri hendak panjangkan landasan di sini, mereka ada kata akan beroperasi di sini tetapi sudah empat tahun syarikat terbabit tak sampai-sampai,” katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri harus melihat bagaimana langkah hendak mengatasi masalah tersebut.

Sebab itu saya merasakan lagi elok kerajaan negeri buka untuk rakyat Melaka bermain layang-layang sekurang-kurang mampu menarik kehadiran pengunjung sebagai satu produk pelancongan. Saya rasa hari Ahad paling sesuai kerana LTAM tidak digunakan untuk latihan.

“Dengan perbelanjaan sebanyak RM240 juta untuk menaiktaraf LTAM, adalah lebih elok wang berkenaan digunakan untuk bina rumah kos rendah dan jumlah itu boleh bina 240 unit rumah kos rendah untuk kebaikan rakyat.

Mereka sebelum ini hina Kerajaan Negeri Kelantan tetapi negeri mereka hina itu sekurang-kurangnya lapangan terbang mereka ada 16 penerbangan komersial sehari biarpun tidak berstatus antarabangsa,"katanya.
 
Sumber: Sinar Harian | Edisi Melaka & Negeri Sembilan | 2 Jul. 2014

MAS tidak akan ditutup, rakyat turut boleh membantu - tegas kerajaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) tidak akan ditutup meskipun sedang berdepan pelbagai cabaran terutama kerugian yang turut disebabkan kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, rakyat Malaysia turut boleh membantu kepada pemulihan MAS dengan membeli tiket yang disediakan ke pelbagai destinasi pada harga diskaun sehingga 40 ke 50 peratus bagi setiap perjalanan.

Kesan daripada insiden MH370 akan memakan tempoh yang lama untuk dilupakan namun bagi jangka masa pendek, sokongan daripada rakyat adalah salah satu jalan keluar buat MAS, katanya ketika menjawab soalan lisan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman di Dewan Negara hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia | Ekonomi | 30 Jun 2014 | Terbitan 1 Jul. 2014