Thursday, March 4, 2021

Projek pembesaran LTSIP bermula April ini

Dato' Seri Mustapa Mohamed
KOTA BHARU
: Selepas berpuluh-puluh tahun merayu dan menunggu akhirnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa akan memulakan projek pembesaran dan naik taraf bermula April ini.

Sedangkan sebelum ini komitmen membesarkan lapangan terbang itu dilulus ketika zaman Barisan Nasional (BN), namun tidak menjadi kenyataan.

Malah pada 7 Mac 2019 kerajaan Pakatan Harapan (PH) pula menyenaraikan lapangan tersebut akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang serantau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata projek naik taraf lapangan terbang itu mencecah kos RM440 juta.

Katanya LTSIP merupakan lapangan terbang domestik paling sibuk di negara ini. “Pada tahun 2019 lapangan terbang tersebut mengendalikan 1.8 juta penumpang. Sedangkan kapasiti LTSIP sekarang hanya mampu menampung 1.5 juta penumpang sahaja,” katanya pada satu kenyataan di sini semalam.

Oleh itu, kata beliau LTSIP perlu dibesarkan dan dinaik taraf bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat.

Menurutnya kerajaan bersetuju melantik WCT Bhd sebagai kontraktor projek tersebut dan projek berkenaan dijadual siap pada pertengahan 2024.

“Komponen utama projek tersebut melibatkan pembinaan bangunan terminal baharu yang berkonsepkan reka dan bina (design and build) dengan pengasingan balai ketibaan dan pelepasan.

“Apabila siap kelak bangunan terminal baharu ini mampu mengendalikan empat juta orang penumpang setahun,” ujarnya.

Selain itu projek terbabit juga melibatkan pembinaan tempat letak kereta bertingkat, manakala jambatan udara (aerobridge) akan ditambah sebanyak lima lagi menjadikan jumlah keseluruhannya lapan.

Sumber: Harakah Daily | 1 Mac 2021

Saturday, February 27, 2021

Sultan Ismail Petra Airport expansion works begins April — Mustapa

KOTA BHARU: The expansion and upgrading of the Sultan Ismail Petra Airport (LTSIP) near here will commence in April at a cost of over RM400 million.

Minister in the Prime Minister’s Department (Economy) Datuk Seri Mustapa Mohamed said the project was necessary to accommodate the growing number of passengers.

He said LTSIP’s maximum capacity was 1.5 million passengers a year, but in 2019 it had to handle 1.8 million passengers.

“The government has agreed to appoint WCT Bhd as the contractor of this project with a cost of RM440 million.

“On-site work is scheduled to begin in April and the project is expected to be completed in mid-2024,” he said in a statement here today.

Mustapa said the main component of the project involves the construction of a new terminal building with separate arrival and departure halls.

Once ready, the new terminal will be able to handle four million passengers a year, besides also having a multi-storey car park.

“Five more aerobridges will be added to make it eight in total, while there will be more vehicle entry and exit points as well,” he said.

“This will be one of the largest projects in Kelantan that will help improve domestic air connectivity,” Mustapa added.

Source: Bernama | 27 February 2021

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP bermula April 2021 dan dijangka siap pertengahan 2024

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
KOTA BHARU: Projek pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang sebelum ini sudah beberapa kali tertangguh akan dimulakan pada  April ini. 

LTSIP yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu merupakan salah satu lapangan terbang domestik yang paling sibuk di negara ini. Pada tahun 2019, lapangan terbang ini mengendalikan 1.8 juta penumpang, manakala kapasiti LTSIP pada masa kini cuma mampu menampung 1.5 juta penumpang setahun sahaja. 

Menurut Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), LTSIP perlu dibesarkan dan dinaik taraf bagi menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat lebih-lebih lagi pasca-COVID-19 nanti. 

Menurut beliau Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melantik WCT Holdings Berhad (WCT) sebagai kontraktor utama projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP dengan kos sebanyak RM440 juta. Syarikat ini dijangka mula memasuki tapak projek pada April 2021. 

Komponen utama projek ini melibatkan pembinaan bangunan terminal baharu secara reka dan bentuk (design and build) di tapak bangunan terminal lama dengan pengasingan balai ketibaaan dan perlepasan. 

Mengikut perancangan, projek ini dijangka dapat disiapkan pada pertengahan tahun 2024. Apabila siap kelak, bangunan terminal baharu ini mampu menampung sehingga empat (4) juta penumpang setahun

Projek ini juga melibatkan pembinaan kompleks parkir kereta bertingkat, manakala titi udara (aerobridge) akan ditambah lima (5) lagi menjadikan jumlah keseluruhannya lapan (8) titi udara selepas ini. Jalan keluar dan masuk ke lapangan terbang juga akan ditambah baik. Kesemua ini akan meningkatkan tahap keselesaan pengguna lapangan terbang tersibuk di Pantai Timur ini. 

Menurut Dato' Sri Mustapa Mohamed lagi, projek lapangan terbang ini akan menjadi salah satu projek terbesar Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan. Beliau menambah bahawa projek ini akan meningkatkan kesalinghubungan di antara negeri ini dengan negeri-negeri lain di seluruh negara. 

Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com 

Saturday, January 2, 2021

Berdepan cabaran COVID-19, Air Asia dan Firefly ubah model perniagaan

Laluan penerbangan syarikat penerbangan Firefly dari dua hab utamanya, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang. 
KUALA LUMPUR: Berdepan dengan cabaran di tengah-tengah penularan wabak Koronavirus 2019 (COVID-19), beberapa syarikat penerbangan tempatan terutamanya Air Asia dan Firefly mula mengubah strategi model perniagaan mereka masing-masing. 

Air Asia misalnya lebih awal membuat perubahan seawal suku keempat 2020 dengan merombak dan mempelbagaikan model perniagaan mereka yang kini turut terlibat dalam perkhidmatan penghantaran makanan dengan jenama Air Asia Food dan perniagaan berasaskan kafe dan kedai barangan cenderamata (Santan). Laman sesawang rasmi Air Asia juga dirombak dan kini menjadi laman sesawang berkongsepkan platform gaya hidup digital. 

Disebabkan sektor penerbangan antarabangsa terjejas teruk sejak penularan COVID-19, Air Asia juga telah mengubah model perniagaan mereka dengan menumpukan kepada sektor penerbangan domestik dengan membuka lebih banyak laluan baharu. 

Pada hujung tahun lepas misalnya, Air Asia telah membuka empat laluan domestik baharu dengan mengembangkan hab mininya di sebelah Pantai Timur, iaitu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu, Kelantan. Empat laluan baharu tersebut ialah Kota Bharu - Pulau Langkawi, Kota Bharu - Pulau Pinang, Kota Bharu - Johor Bahru, dan Pulau Langkawi - Ipoh

Air Asia kini terbang ke enam destinasi dari atau ke Kota Bharu, Kelantan, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Langkawi, Pulau Pinang, dan Johor Bahru. 

Penerbangan Firefly pula akan kembali beroperasi dengan menggunakan pesawat jet jenis Boeing 737-800 (B737-800) mulai 25 Januari ini dengan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) sebagai hab operasi utamanya bagi pesawat B737-800. Tiga laluan baharu bakal diperkenalkan, iaitu Pulau Pinang - Johor Bahru (3 kali sehari) dan Pulau Pinang - Kuching (sekali sehari) mulai 25 Januari 2021; dan Pulau Pinang - Kota Kinabalu (2 kali sehari) mulai 1 Februari 2021.

Operasi jet Firefly dijangka akan terus dikembangkan terutamanya melibatkan sektor yang bukan melibatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala Penerbangan Malaysia dijangka akan terus beroperasi bagi laluan domestik utama dan memberi tumpuan kepada laluan antarabangsa.