Friday, May 9, 2014

LCCT akhiri perkhidmatan pagi ini

SEPANG: Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menutup perkhidmatannya setelah lapan tahun beroperasi di sini, dengan pelepasan pesawat AirAsiaX D7 170, ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 2.35 pagi ini.

Sebelum itu, pesawat AirAsia AK 63, melakukan penerbangan terakhir untuk malam tadi dari terminal berkenaan ke Kolkata, India pada pukul 10.30 malam.    

Penutupan perkhidmatan LCCT pada hari ini selaras dengan pembukaan terminal baru, KLIA2 pada 2 Mei lalu memandangkan terminal penerbangan tambang murah itu tidak lagi mampu menampung jumlah penumpang yang mencecah 22 juta orang pada tahun lalu, berbanding kapasitinya sebanyak 15 juta penumpang setahun.

AirAsia memulakan operasinya semalam di KLIA2 dengan pendaratan pesawat pertamanya dari Ho Chi Minh, Vietnam pada pukul 3.50 petang.

Dengan kos pembinaan dalam lingkungan RM4 bilion, terminal KLIA2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun dengan AirAsia dijangka menyumbang kira-kira 80 peratus daripada trafik KLIA2.

Klia2 terletak 1.5 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berbanding 11 kilometer jarak antara terminal utama dan LCCT.

Selepas penutupan LCCT, pihak Malaysia Airports Holdings Bhd memaklumkan bahawa terminal itu akan dijadikan Terminal Kargo Udara.

Dirasmikan oleh Perdana Menteri kelima ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Mac 2006 dengan kapasiti asal 10 juta penumpang setahun, LCCT kemudian diperbesar untuk menampung kapasati 15 juta penumpang setahun pada 2009.

Selain syarikat kumpulan AirAsia yang terdiri daripada AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest, tiga syarikat penerbangan lain turut telah menggunakan perkhidmatan di LCCT iaitu Tiger Air, Lion Air dan Cebu Pacific.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd Aireen Omar berkata malam terakhir di LCCT dilalui dengan perasaan sedih kerana terminal ini banyak berjasa kepada mereka dalam AirAsia.

"Banyak kenangan manis AirAsia di LCCT sejak ia memulakan operasi pada 26 Mac 2006. "Bermacam-macam kenangan manis yang dilalui di sini dengan pelbagai pelancaran yang baik, laluan baharu dan banyak penyambungan penerbangan antarabangsa yang diwujudkan," katanya kepada media.

Aireen berkata: "Kami telah menjadikan LCCT sebagai nadi lapangan penerbangan tambang murah yang terkemuka di rantau ini dan saya dapat merasakan sentuhan perasaan amat sedih kami di sini malam ini." 

Ditanya sama ada AirAsia merancang mengambil lebih banyak kakitangan selepas berpindah ke KLIA2 memandangkan dari segi kapasitinya lapangan terbang itu tiga kali ganda lebih besar daripada LCCT, beliau berkata syarikat itu akan meningkatkan proses  perkhidmatannya tanpa perlu menambah kakitangan buat masa ini.

"Kami mahu memastikan produktiviti kakitangan terus meningkat dan mengharapkan mereka lebih cekap dan mampu melakukan pelbagai tugas pada tahap keupayaan yang tinggi," katanya.

Aireen berkata cara ini adalah lebih baik untuk usaha pelaburan dan pertumbuhan masa depan perniagaan yang lebih sihat.

Sumber: Bernama | 9 April 2014

Penerbangan AirAsia X ke Jeddah akhiri perkhidmatan LCCT



Penerbangan terakhir pesawat AirAsia berlepas dari LCCT pada hari terakhir operasi AirAsia di LCCT di Sepang, malam Khamis. Mulai 9 Mei AirAsia akan memindahkan semua operasi dari LCCT ke Terminal KLIA2, iaitu terminal tambang murah terbesar dunia. Foto: Bernama
SEPANG: Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) menutup perkhidmatannya setelah lapan tahun beroperasi di sini, dengan pelepasan pesawat AirAsiaX D7 170, ke Jeddah, Arab Saudi pada pukul 2.35 pagi Jumaat.

Sebelum itu, pesawat AirAsia AK 63, melakukan penerbangan terakhir untuk malam Khamis dari terminal berkenaan ke Kolkata, India pada pukul 10.30 malam.

Penutupan perkhidmatan LCCT pada hari ini selaras dengan pembukaan terminal baharu, KLIA2 pada 2 Mei lalu memandangkan terminal penerbangan tambang murah itu tidak lagi mampu menampung jumlah penumpang yang mencecah 22 juta orang pada tahun lalu, berbanding kapasitinya sebanyak 15 juta penumpang setahun.

AirAsia memulakan operasinya semalam di KLIA2 dengan pendaratan pesawat pertamanya dari Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam pada pukul 3.50 petang.

Dengan kos pembinaan dalam lingkungan RM4 bilion, Terminal KLIA2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun dengan AirAsia dijangka menyumbang kira-kira 80 peratus daripada trafik KLIA2.

KLIA2 terletak 1.5 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berbanding 11 kilometer jarak antara terminal utama dan LCCT.

Selepas penutupan LCCT, pihak Malaysia Airports Holdings Bhd memaklumkan bahawa terminal itu akan dijadikan terminal kargo udara. 

Dirasmikan oleh Perdana Menteri kelima ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Mac 2006 dengan kapasiti asal 10 juta penumpang setahun, LCCT kemudian diperbesar untuk menampung kapasati 15 juta penumpang setahun pada 2009.

Selain syarikat kumpulan AirAsia yang terdiri daripada AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest, tiga syarikat penerbangan lain turut telah menggunakan perkhidmatan di LCCT iaitu Tiger Air, Lion Air dan Cebu Pacific.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata, malam terakhir di LCCT dilalui dengan perasaan sedih kerana terminal ini banyak berjasa kepada mereka dalam AirAsia.

"Banyak kenangan manis AirAsia di LCCT sejak ia memulakan operasi pada 26 Mac 2006. "Bermacam-macam kenangan manis yang dilalui di sini dengan pelbagai pelancaran yang baik, laluan baharu dan banyak penyambungan penerbangan antarabangsa yang diwujudkan," katanya kepada media.

Aireen berkata: "Kami telah menjadikan LCCT sebagai nadi lapangan penerbangan tambang murah yang terkemuka di rantau ini dan saya dapat merasakan sentuhan perasaan amat sedih kami di sini malam ini."

Ditanya sama ada AirAsia merancang mengambil lebih banyak kakitangan selepas berpindah ke KLIA2 memandangkan dari segi kapasitinya lapangan terbang itu tiga kali ganda lebih besar daripada LCCT, beliau berkata, syarikat itu akan meningkatkan proses perkhidmatannya tanpa perlu menambah kakitangan buat masa ini.

"Kami mahu memastikan produktiviti kakitangan terus meningkat dan mengharapkan mereka lebih cekap dan mampu melakukan pelbagai tugas pada tahap keupayaan yang tinggi," katanya.

Aireen berkata, cara ini adalah lebih baik untuk usaha pelaburan dan pertumbuhan masa depan perniagaan yang lebih sihat.

Sumber: mStar Online | 9 Mei 2014

Friday, May 2, 2014

AirAsia passengers advised to clear all travel formalities early from May 9

Part of the passengers for Cebu Pacific Air queueing to check in before departing to Manila during the KLIA2 commercial opening.
PETALING JAYA: AirAsia passengers have been advised to arrive three hours before departure and clear all travel formalities soonest possible when its starts operating at KLIA2 from May 9.

“The new airport covers an area much larger than the current one and it takes more time to get from one point to another.

Guests are advised to self-check-in online via web or mobile (phone) before arriving at the airport,” the airline said in a statement.

Both AirAsia and AirAsia X’s baggage drop counters at KLIA2 will open three hours before departure and close an hour before departure for all international and domestic flights.

The airline said this was to allow guests enough time to familiarise themselves with the new airport environment and be at the departure gates on time.

“AirAsia ground staff will be available to assist guests and ensure a smooth transition to the new airport.“The airline will also continue to enforce the ‘one cabin baggage policy’ to ensure smooth boarding and disembarkation at KLIA2,” it added.

Meanwhile, AirAsia and AirAsia X will still be flying from LCCT until May 8. However, several domestic and international AirAsia flights will be landing directly at KLIA2 on May 8.

“Guests can refer to airasia.com/klia2 for the full list of flights that will arrive at KLIA2 on May 8. “Affected guests will be informed via e-mail and text messages, so all guests are encouraged to keep their AirAsia member profiles updated,” said AirAsia.

On May 8, all AirAsia X flights will still depart from and arrive at LCCT. These include four early morning flights departing on May 9 to Perth (12.05am), Osaka (1am), Busan (1.15am) and Jeddah (2.35am).

Source: The Star Online | 2 May 2014

KLIA2 opens for business, Malindo Air first customer

Staff of Malindo Air welcoming passengers at KLIA2 Friday.
SEPANG: Malindo Air flight OD1027 from Kota Kinabalu, carrying 110 passengers, made a historic touch down at the spanking new RM4bil KLIA2 here.

Being the first aircraft to land at the world's largest purpose-built low-cost terminal at 12.10am Friday, Flight OD1027 was given a grand welcome with water cannons spraying the aircraft.


With KLIA2 officially commencing operations, Deputy Transport Minister Datuk Ab Aziz Kaprawi said everything had been running smoothly and according to schedule.
"This is a historic moment with the arrival of the first airplane in the new airport," he said.

The first flight to take off from KLIA2, which was scheduled at 1.20am, was the Manila-bound Cebu Pacific Airways flight 5J502.


However, Malaysia Airports managing director Tan Sri Bashir Ahmad said the flight was delayed as the aircraft arrived late from Manila.


As Flight 5J502 only arrived at 2am, it was then scheduled to depart at 3.15am.
Bashir gave the assurance that "the whole airport is safe."

Anchor tenant AirAsia is expected to move its operations from the low-cost terminal by May 9. Airlines now operating out of KLIA2 are Malindo Air, Cebu Pacific Airways, Lion Air and Tiger Air.


Over 7,000 passengers are expected to fly in and out of the airport daily for the initial phase of the operations.


This number is expected to increase to 50,000 from May 9 onwards with AirAsia's move to the new airport.

Source: The Star Online | 2 May 2014

KLIA2 takes off

SEPANG: The Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2), the world's largest purpose-built low-cost terminal for low cost carriers officially commenced operations today with the arrival of Malindo Air Flight OD1027 from Kota Kinabalu at 12.05am.

The first aircraft scheduled to take off from the airport will be a Cebu Pacific Airways flight (Flight 5J502) to Manila with estimated time of departure at 3.15am also today.


Present at the airport to witness the historic moment were Deputy Transport Minister Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) chairman Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, MAHB Managing Director Tan Sri Bashir Ahmad and Department of Civil Aviation (DCA) Director General Datuk Azharuddin Abdul Rahman.


'Goodie bags' were distributed to the 110 passengers of the Malindo Air flight will also be given to the 147 passengers who will be on the Cebu Pacific Airways flight.


Earlier at 10.20pm (yesterday), the check-in process began and proceeded without any hitches.
The first passenger to check in, Gemma Camarinta, 39, who was travelling to her hometown in Bohol, Philippines said she was happy and excited to be part of the historical event.

A frequent user of the previous Low Cost Carrier Terminal (LCCT) here, she said the new hub was more comfortable, and easier to reach where one could use the Express Rail Link (ERL) straight to the terminal.


Another passenger, Ace Perez, 30, said compared to the LCCT, klia2 was much more better because it was spacious, comfortable and clean.


"I like the route because it is easy to be reached from the highway. I am happy with this new building compared to LCCT because there I had to walk very far to get to the aircraft," he said.


Meanwhile, MAHB in a statement said airlines starting to operate from klia2 today were Malindo Air, Cebu Pacific Airways, Lion Air and TigerAir while AirAsia will move to klia2 by May 9.


MAHB expects 7,000 passenger traffic movements daily for the initial phase of operations, and 50,000 passenger traffic movements from May 9 onwards.


Gateway@KLIA2, which duals as a public transportation hub that has a fully gated car park which can accomodate 6,000 vehicles, ERL, taxi and bus service, and retail mall of 350,000 sq ft with over 200 outlets also commercially opened for public today, according to the statement.


MAHB said the LCCT will cease operations after May 9, and for the convenience of passengers, complimentary shuttle bus service between klia2 and LCCT will be provided from May 1 until May 15, and is available every 15-20 minutes.


The immigration, security and customs counters at LCCT will also continue to operate until May 9, and passengers are advised to contact their respective airlines to confirm details of their flights to avoid any inconveniences.


The KLIA2 is designed to handle 45 million passengers a year, replacing the LCCT which had a capacity for only 15 million passengers a year.


At a press conference after the arrival of the Malindo Air flight, Abdul Aziz said the opening of the terminal went very smoothly and as planned.


"We have proven that everything would proceed as scheduled as we hand announced before. We are proud as this (KLIA2) has become the latest Malaysian icon," he said.


Abdul Aziz said the cost of the terminal was within the RM4 billion budget which had been allocated earlier, and that a total of 22 million passengers were expected to use the terminal this year.


He said the government was optimistic that more airlines would want to set up their operations there in the future.


Source: Bernama | 2 May 2014

Operasi Terminal KLIA2 bermula secara rasmi

Ruang utama lobi dan kawasan daftar masuk mula dibanjiri penumpang dan orang ramai di Terminal KLIA2 di Sepang semalam. Foto: Bernama
SEPANG: Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), terminal tambang murah terbesar dunia, memulakan operasi secara rasmi dengan ketibaan pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu, Sabah, pada 12.05 tengah malam semalam.

Pesawat pertama dijadual berlepas daripada lapangan terbang tersebut adalah pesawat Cebu Pacific Airways 5J502 ke Manila, Filipina, pada kira-kira 3.15 pagi.

Sebanyak 110 penumpang tiba dengan penerbangan  Malindo Air manakala 147 penumpang akan berlepas dengan penerbangan Cebu Pacific Airways.

Terminal KLIA2, yang mempunyai kapasiti mengendalikan 45 juta penumpang setahun, akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Peristiwa yang membuka lembaran baharu dalam sejarah pengangkutan udara negara itu turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Turut hadir Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharudin Abdul Rahman.

Abdul Aziz turut menyambut ketibaan dan pelepasan penumpang serta mengagihkan beg cenderahati kepada setiap penumpang.

Terdahulu, pada jam 10.20 malam, proses pendaftaran masuk penumpang bermula dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Penumpang pertama yang mendaftar masuk pada hari pertama operasi KLIA2 ialah seorang pembantu rumah warga Filipina, Gemma Camarinta, 39, yang mahu pulang ke kampungnya di Bohol, Filipina.

Katanya beliau teruja untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah itu. Gemma, yang sering menggunakan LCCT untuk balik ke kampungnya, berkata KLIA2 lebih selesa dan mudah untuk sampai dengan menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) terus ke terminal.

Seorang lagi penumpang, Ace Perez, 30 berkata KLIA2 adalah jauh lebih baik dari segi ruang, keselesaan dan bersih berbanding terminal LCCT.

"Saya suka laluan ke KLIA2 kerana lebih senang sampai daripada lebuh raya. Saya gembira dengan bangunan baharu ini kerana di LCCT, saya terpaksa berjalan jauh untuk menaiki pesawat," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas ketibaan pesawat pertama itu, Abdul Aziz berkata pembukaan terminal itu berjalan lancar seperti dirancang.

"Kami telah membuktikan semua berjalan mengikut jadual seperti diumumkan sebelum ini. Kami bangga terminal ini menjadi ikon terbaharu negara," katanya.

Beliau berkata kos pembinaan KLIA2 dalam lingkungan RM4 bilion seperti diperuntukkan sebelum ini dan sejumlah 22 juta penumpang dijangka menggunakan terminal ini pada tahun ini.

Abdul Aziz berkata kerajaan optimis lebih banyak syarikat penerbangan akan menubuhkan operasi masing-masing di sini pada masa depan.

Sementara itu, MAHB dalam kenyataan berkata syarikat penerbangan yang memulakan operasi dari KLIA2 hari ini ialah Malindo Air, Cebu Pacific Airways, Lion Air dan TigerAir manakala AirAsia akan berpindah ke sini sebelum 9 Mei ini.

Menurutnya, pada peringkat permulaan operasi, sejumlah 7,000 penumpang akan menggunakan klia2 setiap hari dan akan mencecah 50,000 penumpang selepas 9 Mei ini.

MAHB berkata LCCT akan menghentikan operasi selepas 9 Mei dan bagi keselesaan penumpang, perkhidmatan bas ulang-alik antara klia2 dan LCCT akan disediakan secara percuma mulai 1 hingga 15 Mei ini dengan kekerapan perjalanan setiap 15 hingga 20 minit.

Kaunter imigresen, keselamatan dan kastam di LCCT akan meneruskan perkhidmatan masing-masing sehingga 9 Mei ini dan penumpang dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengesahkan butiran penerbangan bagi mengelak sebarang kesulitan.

Sumber: Bernama | 2 Mei 2014

Terminal KLIA2 beroperasi secara rasmi

SEPANG: Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) memulakan operasinya secara rasmi dengan pendaratan pertama pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu kira-kira pukul 12.10 tengah malam Khamis.

Sementara itu penerbangan Cebu Pacific 5J502 ke Manila, Filipina menjadi pesawat pertama yang dijadual berlepas dari KLIA2 pada pukul 3.15 pagi Jumaat.
Seramai 147 penumpang akan berlepas dengan penerbangan Cebu Pacific Airways.

Peristiwa bersejarah pembukaan mercu tanda baharu negara itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi; Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ab Aziz berkata pendaratan pertama pesawat Malindo Air itu membuktikan keselamatan KLIA2 berada pada tahap yang terbaik. "Kita telah buktikan bahawa lapangan terbang ini selamat untuk mendarat," katanya di sini.

Terdahulu ketika pesawat Malindo dari Kota Kinabalu yang membawa 110 penumpang itu disembur dengan air sebagai simbolik ketibaannya.

Pesawat Malindo Air OD1027 dari Kota Kinabalu disembur dengan air sebagai simbolik ketibaan di Ter,minal KLIA2.
Bermula 2 Mei, selain Malindo Air tiga lagi syarikat penerbangan yang memulakan operasi masing-masing di KLIA2 ialah Cebu Pacific Airways, Lion Air dan Tiger Air.

Selain itu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dijadual beroperasi di KLIA2 bermula 9 Mei ini. Terminal KLIA2, yang mempunyai kapasiti mengendalikan 45 juta penumpang setahun, akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu MAHB dalam kenyataan berkata, pada peringkat permulaan operasi, sejumlah 7,000 penumpang akan menggunakan KLIA2 setiap hari dan jumlah itu akan mencecah sehingga 50,000 penumpang selepas 9 Mei ini.

Sumber: mStar Online | 2 Mei 2014