KOTA BHARU, 26 April (Bernama) --
Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta)
akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf
kepada lapangan terbang antarabangsa bagi penerbangan tambang murah.
Pengerusi Matta Datuk Mohd Khalid Harun berkata cadangan itu akan
dikemukakan secepat mungkin berikutan pergerakan trafik udara di
lapangan terbang tersebut adalah yang kedua tertinggi di Malaysia
selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Lapangan terbang ini juga berada di kawasan yang strategik kerana
berdekatan dengan Thailand, Myanmar dan beberapa negara Asean lain serta
mampu menjadi hab penerbangan yang baru di Pantai Timur," katanya
kepada pemberita selepas majlis perasmian Matta Fair 2012 di sini, pada
Khamis.
Mohd Khalid berkata pengusaha pelancongan di Kelantan dan negeri lain
mahukan lapangan terbang ini dinaik taraf sebagai lapangan terbang
antarabangsa, yang melonjakkan industri pelancongan di negeri ini dan
Malaysia.
SOURCE: BERNAMA | 26 April 2012 |
SOURCE: BERNAMA | 26 April 2012 |
No comments:
Post a Comment