Terminal KLIA 1, Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). |
Tiga laluan tersebut ialah Kuala Lumpur - London-Heathrow (KUL-LHR), Kuala Lumpur - Amsterdam (KUL-AMS), dan Kuala Lumpur - Istanbul-Ataturk (KUL-IST).
Sebelum itu, syarikat penerbangan Lufthansa dari Jerman telah menamatkan perkhidmatan bagi laluan Kuala Lumpur - Frankfurt berkuat kuasa 28 Februari 2016.
Malaysia Airlines (MAS) dan British Airways (BA) masing-masing menawarkan perkhidmatan penerbangan terus ke London dengan menggunakan pesawat jenis A380-800 dan B787, manakala KLM Royal Dutch Airlines dan Turkish Airlines masing-masing mengadakan penerbangan terus ke Amsterdam dan Istanbul.
Dalam pada itu, menerusi kerjasama perkongsian kod di antara MAS dengan Emirates, penumpang dari Kuala Lumpur mempunyai akses ke destinasi lain di Eropah melalui Dubai, iaitu ke Frankfurt, Rome, Madrid, Barcelona, dan banyak lagi.
Setakat ini, hanya tinggal dua benua benua yang tidak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur, iaitu Amerika Utara dan Amerika Selatan (Amerika Latin).
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment