Saturday, May 14, 2016

KLIA masih tawar penerbangan terus ke Eropah

Terminal KLIA 1, Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
KUALA LUMPUR: Setelah Malaysia Airlines menggantung beberapa laluan ke Eropah, iaitu Frankfurt (sejak 1 Jul. 2015), Istanbul-Ataturk (26 Ogos 2015), Amsterdam (25 Jan. 2016), dan Paris-Charles-de-Gaulle (25 Jan. 2016), kini hanya terdapat tiga laluan penerbangan terus ke Eropah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga laluan tersebut ialah Kuala Lumpur - London-Heathrow (KUL-LHR), Kuala Lumpur - Amsterdam (KUL-AMS), dan Kuala Lumpur  - Istanbul-Ataturk (KUL-IST).

Sebelum itu, syarikat penerbangan Lufthansa dari Jerman telah menamatkan perkhidmatan bagi laluan Kuala Lumpur - Frankfurt berkuat kuasa 28 Februari 2016.

Malaysia Airlines (MAS) dan British Airways (BA) masing-masing menawarkan perkhidmatan penerbangan terus ke London dengan menggunakan pesawat jenis A380-800 dan B787, manakala KLM Royal Dutch Airlines dan Turkish Airlines masing-masing mengadakan penerbangan terus ke Amsterdam dan Istanbul. 

Dalam pada itu, menerusi kerjasama perkongsian kod di antara MAS dengan Emirates, penumpang dari Kuala Lumpur mempunyai akses ke destinasi lain di Eropah melalui Dubai, iaitu ke Frankfurt, Rome, Madrid, Barcelona, dan banyak lagi.

Setakat ini, hanya tinggal dua benua benua yang tidak ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur, iaitu Amerika Utara dan Amerika Selatan (Amerika Latin). 

Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment