KOTA BHARU: Para penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang tidak mempunyai akses internet bolehlah mendapatkan tiket penerbangan MAS melalui kaunter jualan tiket Firefly di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan.
Hal ini kerana kaunter jualan tiket MAS yang terletak di ruang legar utama LTSIP telah ditutup beberapa bulan lepas dan urusan penjualan tiket MAS kini dipusatkan melalui kaunter jualan tiket Firefly di lapangan terbang tersibuk di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ini.
Firefly merupakan anak syarikat milik penuh MAS yang mempunyai kerjasama perkongsian kod dengan MAS.
MAS menawarkan penerbangan lima (5) kali sehari bagi laluan Kota Bharu - Kuala Lumpur, iaitu pada hari Ahad, Isnin, Khamis, dan Jumaat, manakala empat (4) kali sehari pada hari Selasa, Rabu, dan Sabtu menggunakan pesawat jenis B737-800 dengan 166 tempat duduk.
Tiket MAS boleh dibeli melalui kaunter jualan tiket Firefly sekurang-kurangnya enam jam sebelum penerbangan. Untuk tempahan tiket secara dalam talian pula, sila layari laman sesawang www.malaysiaairlines.com.
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment