Wednesday, May 25, 2016

Malindo Air wujudkan semula perkhidmatan harian laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu dan Miri

KUALA LUMPUR: Malindo Air telah mewujudkan semula perkhidmatan untuk laluan di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) - Kota Bharu dan Miri.

Tempahan dibuka untuk penerbangan dua kali sehari ke Kota Bharu dan penerbangan sekali sehari ke Miri yang akan bermula serentak pada 1 Julai, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini.

Tambang promosi untuk sektor Kuala Lumpur - Kota Bharu bermula daripada RM69 untuk kelas ekonomi dan RM409 untuk bisnes, sehala dan termasuk semua.

Untuk penerbangan Kuala Lumpur - Miri, tambangnya RM79 untuk kelas ekonomi dan RM669 untuk kelas bisnes, sehala dan termasuk semua.

Tambang promosi itu termasuk faedah seperti elaun bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan hidangan ringan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, orang ramai boleh layari www.malindoair.com, atau Pusat Khidmat Pelanggan di customer_care@malindoair.com atau hubungi +603-7841 5388 mulai jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Sumber: Bernama | 25 Mei 2016

No comments:

Post a Comment