LONDON: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menegaskan bahawa 39 buah lapangan terbang sudah mencukupi untuk menampung keperluan penduduk di Malaysia.
Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, adalah penting untuk menilai pertumbuhan di lapangan-lapangan terbang sedia ada berbanding membina lebih banyak lapangan terbang kerana ia melibatkan banyak pembinaan infrastruktur dan keadaan itu tidak bersesuaian untuk negara kecil seperti Malaysia.
Beliau berkata, usaha sewajarnya ditumpukan untuk memperluaskan kapasiti lapangan terbang sedia ada bagi memenuhi permintaan yang tinggi terutama di Kota Kinabalu, Kelantan dan Langkawi.
“Secara dasarnya, Malaysia sudah mempunyai banyak lapangan terbang jika dibandingkan dengan negara-negara lain dan apa yang menjadi fokus kita adalah di mana lokasi yang menjadi tumpuan pelancong berbanding apa yang dilihat oleh syarikat penerbangan.
“Bagaimanapun, tumpuan sepatutnya kepada lapangan terbang yang lebih besar. MAHB telah pun beroperasi di setiap negeri kecuali Negeri Sembilan dan Perlis manakala lebih banyak lapangan terbang di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui di Pameran Udara Antarabangsa Farnborough 2016 di sini hari ini.
Tiga hari lalu, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi akaun Instagram miliknya menyifatkan MAHB perlu membina lebih banyak Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sekiranya tidak mahu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dikenali sebagai LCCT.
Malah, Fernandes berkata, pihaknya mempunyai perancangan untuk membina lapangan terbang baharu di Labu, Negeri Sembilan dengan kos berjumlah RM2 bilion dan mengunjurkan RM1 bilion untuk LCCT baharu berdekatan KLIA.
Dalam pada itu, Badlisham memberitahu, MAHB akan bekerjasama dengan kumpulan AirAsia untuk mempromosikan pelancongan kos rendah tetapi dalam masa yang sama menegaskan akan mengekalkan nama asal KLIA 2.
“Saya juga telah membincangkan perkara ini dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar pada hujung Ramadan lalu dan selepas pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kami bersetuju untuk kekal dengan nama sedia ada.
“Sehubungan itu, adalah penting bagi kita untuk mencari pendekatan terbaik dalam menggalakkan pelancongan kos rendah termasuk hab di Malaysia,” katanya.
Ketika ditanya mengenai caj perkhidmatan penumpang (PSC), beliau berkata, caj berkenaan hanya boleh ditentukan oleh kerajaan.
“Kami telah pun melaluinya sejak 2008. Namun, fokus kami adalah mengendalikan lapangan terbang berdasarkan caj yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia | Korporat | 13 Julai 2016 | Terbitan 14 Julai 2016
No comments:
Post a Comment