Pintu masuk utama ke Terminal KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). |
KUALA LUMPUR: Kerajaan pada dasarnya tidak ada masalah untuk membenarkan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) beroperasi di Terminal KLIA 2.
Malaysia Airlines sebelum ini membuat permohonan untuk menggunakan Terminal KLIA 2 bagi penerbangan domestik, manakala bagi laluan serantau ia masih beroperasi di Terminal KLIA 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sumber Putrajaya memberitahu, keputusan itu akan dibuat pada masa terdekat ini. "Mesyuarat mengenai cadangan Malaysia Airlines telah diadakan pada Isnin lalu. Beberapa perkara mengenai permohonan itu sedang diteliti oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom)
"Ini termasuk isu-isu prosedur dan peraturan penerbangan. Namun keputusan mengenainya akan diputuskan tidak lama lagi," katanya kepada MalaysiaGazette.
Sumber itu berkata demikian ketika mengulas mengenai Malaysia Airlines untuk mempertimbangkan beroperasi di Terminal KLIA 2 berbanding Terminal KLIA 1 sekarang.
Cadangan syarikat penerbangan itu dikaitkan dengan kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang menyaksikan perbezaan sebanyak RM33.
Pada masa ini PSC di Terminal KLIA 2 bagi destinasi antarabangsa dan domestik masing-masing adalah RM32 dan RM6 berbanding RM65 dan RM9 di Terminal KLIA 1.
Tambahnya, cadangan perpindahan operasi domestik Malaysia Airlines di Terminal KLIA 2 itu bertujuan mengurangkan kos operasi syarikat penerbangan tersebut.
"Ia selari dengan fokus Malaysia Airlines yang sedang dalam pelan pemulihan," ujarnya.
Sumber: MalaysiaGazette | 13 Julai 2016
No comments:
Post a Comment