Rangkaian perkhidmatan udara Penerbangan Firefly. |
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Firefly akan menambah kekerapan penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Pulau Pinang daripada sekali sehari kepada dua kali sehari mulai 15 September 2017 ini.
Penerbangan FY1003 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 08:15 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 09:10, manakala penerbangan FY1004 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 19:45 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 20:40.
Sementara itu, jadual penerbangan sedia ada dengan penerbangan FY1002 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu yang dijadualkan berlepas pada jam 07:00 dan dijadualkan tiba di LTSIP pada jam 07:55, manakala penerbangan FY1005 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 18:30 dan dijadualkan tiba di PIA pada jam 19:25.
Berikut merupakan jadual penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Pulau Pinang dari 15 September 2017 (waktu berlepas di dalam kurungan):-
- FY1002 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu (07:00)
- FY1003 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang (08:15)
- FY1004 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu (19:45)
- FY1005 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang (18:30)
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket sila layari laman sesawang rasmi Firefly, iaitu www.fireflyz.com.my.
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment