Sunday, September 17, 2017

Scoot tingkatkan akses ke Pantai Timur Malaysia dengan laluan Singapura - Kuantan

SYARIKAT penerbangan Scoot yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura bercadang untuk meningkatkan akses ke Pantai Timur Semanenjung Malaysia dengan perkhidmatan penerbangan terus dari Singapura ke Kuantan mulai 2 Februari 2018 nanti. 

Scoot merupakan syarikat penerbangan kedua yang beroperasi bagi laluan Singapura - Kuantan selepas Penerbangan Firefly dan buat permulaan Scoot akan beroperasi bagi laluan ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat

Penerbangan TR470 dari Singapura ke Kuantan dijadualkan berlepas pada jam 18:45 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan (LTSAS) pada jam 19:55, manakala penerbangan TR471 dari Kuantan ke Singapura dijadualkan berlepas pada jam 20:35 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (Changi) pada jam 21:45. 

Perkhidmatan penerbangan terus ini akan mengambil masa kira-kira 70 minit sahaja menggunakan pesawat jenis A320-200, manakala jualan tiket telah dimulakan sejak 1 September 2017 yang lepas. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.flyscoot.com

Dalam pada itu, Scoot juga diharap dapat memperkenalkan laluan Singapura - Kota Bharu yang berpotensi untuk menarik penumpang dari hab Singapura ke Pulau Perhentian, Terengganu melalui Kota Bharu. Buat permulaan, Scoot boleh memperkenalkan laluan ini dengan kekerapan tiga kali seminggu pada sebelah siang hari

Kempen sokongan melalui Facebook telah dilancarkan pada 16 September 2017 bersempena Hari Malaysia bagi laluan Singapura - Kota Bharu dengan kempen We Want Scoot To Fly To Kota Bharu The Gateway Into Perhentian Islands (Kami Mahu Scoot Terbang Ke Kota Bharu Gerbang Ke Pulau Perhentian) melalui www.facebook.com/gettingtoperhentian

Sumber: Kota Bharu Airport (www.kotabharuairport.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment