Saturday, February 9, 2019

Malindo Air sambung semula laluan Kota Bharu - Bandar Raya Melaka mulai 1 Mac ini

SYARIKAT penerbangan Malindo Air/Batik Air Malaysia akan menyambung semula laluan Kota Bharu - Bandar Raya Melaka (KBR-MKZ) mulai 1 Mac ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Rabu dan Jumaat. 

Penerbangan OD1300 dari Kota Bharu ke Bandar Raya Melaka dijadualkan berlepas pada jam 11:55 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Melaka (LTM) pada jam 13:30, manakala penerbangan OD1301 dari Bandar Raya Melaka ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 13:50 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 15:15. 

Sebelum ini Malindo Air pernah beroperasi bagi laluan ini dari 21 November 2014 sehingga 30 September 2015 dengan kekerapan empat kali seminggu. Namun, laluan ini digantung berkuat kuasa 1 Oktober 2015 disebabkan masalah kekurangan pesawat komersial yang dihadapi Malindo Air. 

Jualan tiket bagi pembukaan semula laluan ini telah dimulakan pada 8 Februari 2019 dengan tawaran kadar tambang serendah RM138.14 sehala (diiklankan dengan tawaran RM139.00 sehala). Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.malindoair.com

Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment