Monday, February 18, 2019

SCOOT TAWAR PERKHIDMATAN PENERBANGAN ANTARABANGSA DARI SINGAPURA KE KOTA BHARU MULAI 2 JULAI INI

Pesawat Scoot jenis A320-200 dengan 180 tempat duduk yang akan digunakan bagi laluan Singapura - Kota Bharu mulai 2 Julai 2019. 
SYARIKAT penerbangan tambang murah milik penuh Singapore Airlines Limited (SIA), iaitu Scoot Tigerair Pte. Ltd. (Scoot) bakal menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Singapura ke Kota Bharu mulai 2 Julai ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Selasa dan Jumaat.

Pihak Scoot ketika dihubungi pada pagi ini (18 Februari 2019) mengesahkan bahawa jualan tiket bagi laluan antarabangsa ini telah pun dibuka melalui laman sesawang rasminya, iaitu www.flyscoot.com.

Scoot bakal menjadi satu-satunya syarikat penerbangan asing yang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan. Ia juga merupakan satu-satunya pengendali perkhidmatan penerbangan antarabangsa bagi laluan Singapura - Kota Bharu (SIN-KBR), iaitu laluan antarabangsa kedua Scoot ke Pantai Timur selepas laluan Singapura - Kuantan (SIN-KUA) yang diperkenalkan sejak Februari tahun lepas. 

Jadual Penerbangan Pada Setiap Hari Ahad dan Selasa

Penerbangan TR410 dari Singapura ke Kota Bharu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada jam 14:45 dan dijadualkan tiba di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia pada jam 16:05, manakala penerbangan TR411 dari Kota Bharu ke Singapura dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia pada jam 17:05 dan dijadualkan tiba di Singapura pada jam 18:30. Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira satu jam 20 minit sahaja. 

Jadual Penerbangan Pada Setiap Hari Jumaat 

Penerbangan TR410 dari Singapura ke Kota Bharu dijadualkan berlepas dari Singapura pada jam 12:55 dan dijadualkan tiba di Kota Bharu pada jam 14:25, manakala penerbangan TR411 dari Kota Bharu ke Singapura dijadualkan berlepas pada jam 15:05 dan dijadualkan tiba di Singapura pada jam 16:20. 

Maklumat Lanjut dan Tempahan Tiket

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang rasmi Scoot melalui www.flyscoot.com atau mengikuti laman Facebook rasminya untuk mendapatkan tawaran terkini dari masa ke masa melalui alamat www.facebook.com/flyscoot

Ringkasan Jadual Penerbangan 

  • Penerbangan TR410 | SIN - KBR | 14:45 - 16:05 | Setiap Ahad dan Selasa | 
  • Penerbangan TR410 | SIN - KBR | 12:55 - 14:25 | Setiap Jumaat |
  • Penerbangan TR411 | KBR - SIN | 17:05 - 18:30 | Setiap Ahad dan Selasa |
  • Penerbangan TR411 | KBR - SIN | 15:05 - 16:20 | Setiap Jumaat |

Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com

No comments:

Post a Comment