SYARIKAT penerbangan Firefly bakal membuka semula laluan Pulau Pinang - Kuantan (PEN-KUA) yang digantung beberapa tahun lepas mulai 8 April ini dengan kekerapan empat kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, dan Jumaat.
Penerbangan FY2462 dari Pulau Pinang ke Kuantan dijadualkan berlepas pada jam 13:10 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Kuantan (LTSAS) pada jam 14:40, manakala penerbangan FY2463 dari Kuantan ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 15:05 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 16:35.
Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit sahaja menggunakan pesawat jenis ATR72-500. Laluan ini merupakan laluan kedua Firefly dari hab utaranya ke destinasi di Pantai Timur selepas laluan Pulau Pinang - Kota Bharu.
Tempahan tiket telah mula dibuka mulai hari ini (18 Mac 2019) untuk perjalanan dari 8 April 2019 sehingga 25 Oktober 2019. Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my.
Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment