KUALA LUMPUR: Firefly, anak syarikat milik penuh
Malaysia Airlines, mencatatkan sejarah hari ini dengan menjadi syarikat
penerbangan pertama yang menyedia hubungan udara secara terus
menghubungkan selatan dan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Para penumpang yang menaiki penerbangan pertama syarikat penerbangan
komuniti itu pagi ini dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota
Bharu telah diberikan sambutan setibanya mereka di Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai, Johor Bahru.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius M.C. Ong berkata
penerbangan terus, tiga kali seminggu, dengan perjalanan mengambil masa
satu jam dan 40 minit, menyediakan keselesaan kepada para pengembara. "Kami menawarkan penyelesaian terbaik untuk pengembara riadah dan
perniagaan yang perlu tiba ke destinasi masing-masing dengan cepat dan
selamat," kata beliau dalam satu kenyataan, Khamis.
Selain daripada itu, beliau berkata kemudahan daftar masuk web
Firefly juga merupakan daya penarik kepada para pengembara kerana ini
membolehkan mereka mendaftar masuk dengan selesa dari rumah ataupun
pejabat dan mencetak sendiri pas pelepasan mereka.
"Banyak masa boleh dijimatkan dengan tidak perlu beratur daftar masuk
dan ini membolehkan penumpang menghabiskan lebih banyak masa di
destinasi mereka," tambah Ong. Bagi mempromosikan laluan ini dan laluan lain di rangkaian Firefly,
syarikat penerbangan itu pada masa ini mengadakan promosi dalam talian
untuk tempahan sehingga 6 Mei, 2012 untuk perjalanan dari 7 Mei hingga
30 Jun, 2012. Syarikat penerbangan itu turut menyertai Pameran Matta di Kota Bharu Mall mulai esok hingga 29 April.
SOURCE: BERNAMA | 26 April 2012 |
SOURCE: BERNAMA | 26 April 2012 |
No comments:
Post a Comment