AirAsia Bhd (AirAsia) memperluas jaringan rangkaian di Malaysia Timur,
terutama di Sarawak dengan pengumuman pelancaran penerbangan terus tiga
kali seminggu dari Kuching ke Kota Bharu, yang akan mula beroperasi 22
Mac ini.
Ia adalah laluan domestik AirAsia yang kelapan dari Kuching dan AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Kuching secara terus ke Pantai Timur Semenanjung.
Penerbangan terus tiga kali seminggu itu akan beroperasi setiap
Selasa, Khamis, dan Sabtu dengan waktu berlepas dari Kuching pada jam 7
pagi dan tiba di Kota Bharu pada jam 8.55 pagi, sementara penerbangan
dari Kota Bharu pula akan berlepas pada jam 9.20 pagi dan tiba di
Kuching pada jam 11.20 pagi.
Tempat duduk percuma
Sempena pembukaan laluan itu, AirAsia menawarkan tempat duduk percuma yang boleh di tempah menerusi laman www.airasia.com dari 20 Januari hingga 2 Februari 2014.
Penumpang hanya perlu membayar cukai dan surcaj yang bermula dari RM29 sehala. Tempoh perjalanan untuk tempahan tempat duduk itu bermula daripada 22 Mac 2014 hingga 31 Januari 2015.
Selain laman sesawang, tempat duduk percuma juga boleh ditempah menerusi applikasi mudah alih AirAsia yang tersedia bagi iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan kini platform telefon mudah alih Windows. Ketua Komersial AirAsia, Kenny Wong, berkata syarikat komited dalam menghubungkan komuniti, terutama untuk mendekatkan jurang antara Timur Malaysia dan Semenanjung Malaysia.
November lalu, kami melancarkan penerbangan terus Kota Kinabalu - Kota Bharu dan menerima sambutan yang memberangsangkan. Ini menunjukkan adanya permintaan bagi menghubungkan Sabah dan Sarawak secara terus ke Pantai Timur Semenanjung dan kami berbangga mengumumkan laluan secara terus Kuching ke Kota Bharu ini yang kami jangka akan mendapat sambutan baik, katanya.
Tahun Melawat Malaysia
Katanya, tambahan pula dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang sedang berlangsung, penerbangan terus ini memberi peluang kepada pelancong antarabangsa dari kedua-dua bandar berkenaan untuk terus meneroka pelbagai tarikan menarik yang ada di Malaysia.
Menerusi penerbangan yang singkat ini mereka boleh mengalami kepelbagaian budaya, makanan tempatan dan keramahan rakyat Malaysia.
AirAsia berbangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi bagi laluan ini yang juga akan menyumbang kepada usaha menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014, katanya.
Sumber: Berita Harian Online | 20 Januari 2014
No comments:
Post a Comment