Wednesday, January 28, 2015

Malindo Air susun semula jadual penerbangan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan Melaka


SYARIKAT penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) menjadualkan semula perkhidmatan penerbangan bagi laluan Kota Bharu - Pulau Pinang dan Kota Bharu  - Melaka berkuat kuasa 1 Februari 2015 serta laluan Kuala Lumpur - Kota Bharu berkuat kuasa 6 Februari 2015. 

Penerbangan OD1722 dari Pulau Pinang ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 11:45 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) pada jam 12:40, manakala penerbangan OD1721 dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 17:00 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 17:55. 

Penerbangan OD1723 dari Kota Bharu ke Melaka pula dijadualkan berlepas pada jam 13:00 pada setiap hari dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Melaka (LTM) pada jam 14:35, manakala penerbangan OD1724 dari Melaka ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 15:00 dan dijadualkan tiba di LTSIP jam 16:35. 

Sementara itu, penerbangan OD2302 dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dijadualkan berlepas pada jam 06:40 pada dan dijadualkan tiba di LTSIP pada jam 07:35, manakala penerbangan OD2301 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 08:15 dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 09:15.

Perkhidmatan penerbangan bagi sektor-sektor Kota Bharu - Pulau Pinang, Kota Bharu - Melaka, dan Kota Bharu - Kuala Lumpur ini ditawarkan dengan kekerapan sekali sehari atau tujuh kali seminggu. 

Selain itu, perkhidmatan penerbangan dari Subang Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan sebaliknya akan disusun semula kepada enam penerbangan sehari mulai 1 Februari 2015. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.malindoair.com.

No comments:

Post a Comment