Angkatan pesawat AirAsia di Terminal KLIA 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). |
Hal ini kerana berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada orang awam, ramai yang berharap agar AirAsia turut memperkenalkan laluan ini setelah memperkenalkan laluan Kota Bharu - Kota Kinabalu (sejak 16 November 2013) dan Kota Bharu - Kuching (sejak 21 Mac 2014) sebelum ini.
AirAsia tidak sepatutnya menjadikan kegagalan laluan Miri - Kuala Terengganu yang hanya mampu bertahan selama dua bulan 10 hari pada tahun lepas (dari 20 Mac - 31 Mei 2014) sebagai ukuran untuk tidak memperkenalkan laluan ini.
Hal ini kerana Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) tidak boleh disamakan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dari segi kekuatan dan saiz penguasaan pasaran lebih-lebih lagi LTSIP merupakan hab penerbangan bagi wilayah Pantai Timur.
Perkhidmatan penerbangan ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada penduduk wilayah Pantai Timur terutamanya Kelantan tetapi juga penduduk Bahagian Miri di Sarawak serta Negara Brunei Darussalam. Ia juga dapat merangsang industri pelancongan dua hala dengan perkhidmatan penerbangan terus ini.
Setakat ini, AirAsia ada menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Miri ke Semenanjung Malaysia, iaitu melibatkan destinasi Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang sahaja.
Oleh itu, syarikat penerbangan AirAsia diharap dapat menimbangkan cadangan ini, manakala laluan lain yang boleh diperkenalkan AirAsia dari Kota Bharu ialah Bangkok dan Bandar Raya Ho Chi Minh.
Nota: Sesiapa yang menyokong cadangan pembukaan laluan Kota Bharu - Miri ini, silalah "like" (menjadi ahli) bagi laman kempen ini: www.facebook.com/laluankbmiri.

No comments:
Post a Comment