SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membuka kaunter di semua lapangan terbang sebagai pemudahcara dalam menyelesaikan isu sekatan ke luar negara pada April ini.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, usaha itu melibatkan kerjasama Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Ia berikutan kesesakan di kaunter imigresen berpunca daripada masalah sekatan ke luar negara di kaunter.
“Kita berharap langkah sebegini dapat menyelesaikan kesesakan di kaunter,” katanya dalam sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
Dalam pada itu, Mustafar berkata, masalah berhubung pagar automatik (autogate) di lapangan terbang telah diselesaikan dan proses penambahbaikan kemudahan berkenaan sedang giat dilakukan.

Sumber: Utusan Online | 24 Feb. 2017
No comments:
Post a Comment