Monday, January 4, 2010

25-04-2009: Lapangan Terbang Baru Dibina Di Mukah

25 April, 2009 17:59 PM
Lapangan Terbang Baru Dibina Di Mukah

MUKAH, 25 April (Bernama) -- Sebuah lapangan terbang baru akan dibina di Mukah sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan infrastruktur jangka panjang.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan persekutuan telah pun meluluskan projek itu dan memberikan geran RM200 juta untuk memulakannya.

Beliau bercakap sebelum upacara pecah tanah pusat pentadbiran baru negeri di sini, yang juga akan menempatkan ibu pejabat Score (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak).

Taib berkata lapangan terbang itu yang mampu menempatkan pesawat 737 akan dibina oleh sebuah kontraktor kejuruteraan awam dan bangunan Bumiputera, Juara Cahaya Sdn Bhd.

Sementara itu, beliau berkata sejumlah RM60 bilion dalam pelaburan modal diperlukan untuk membawa kemudahan infrastruktur yang diperlukan ke dalam Score bagi tempoh 20 tahun akan datang.

"Kita boleh, mengikut giliran, menarik lebih RM300 billion pelaburan swasta untuk menggunakan sepenuhnya sebahagian besar daripada sumber asli Score yang jika tidak, sama sekali tidak akan digunakan disebabkan pembangunan yang tidak diselaraskan," katanya.

Taib turut mengumumkan rancangan untuk membina empat lagi kilang pulpa dan kertas di Baram, Balleh, Mukah serta kemungkinan Betong, bagi memanfaatkan sumber dari lebih 100,000 hektar hutan yang ditanam.

SOURCE (Sumber): Bernama: 25-04-2009




No comments:

Post a Comment