KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air bersedia
melancarkan perkhidmatan harian antara Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia pada 19 Disember
2014 ini.
Penerbangan itu akan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 1 tengah
hari dan tiba di Bandung pada 2.05 petang, manakala penerbangan pulang
dari Bandung akan berlepas pada 2.45 petang dan tiba di KLIA pada jam
5.50 petang. .
Tambang promosi istimewa bermula daripada RM99, termasuk untuk
perjalanan sehala bagi kelas ekonomi dan RM599 untuk perjalanan sehala
kelas bisnes.
Berkuat kuasa 26 Oktober 2014, Malindo Air juga akan memulakan perkhidmatan harian ke Kota Bharu dari Terminal 2, KLIA.
No comments:
Post a Comment