KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malindo Airways (Malindo Air) akan memperkenal dua laluan baharu yang melibatkan Lapangan Terbang Melaka mulai 5 November 2014, iaitu laluan Pulau Pinang - Melaka dan Melaka - Pekan Baru (Sumatera, Indonesia).
Penerbangan bagi laluan Pulau Pinang - Melaka dan Melaka - Pekan Baru ditawarkan dengan kekerapan lima kali seminggu, iaitu setiap hari Ahad, Isnin, Rabu, Khamis, dan Jumaat.
Penerbangan OD1330 dari Pulau Pinang ke Melaka dijadualkan berlepas pada jam 10:05 dan dijadualkan tiba di Melaka pada jam 11:25, manakala penerbangan OD1331 dari Melaka ke Pulau Pinang dijadualkan berlepas pada jam 14:45 dan dijadualkan tiba di Pulau Pinang pada jam 16:05.
Sementara itu, penerbangan OD310 dari Melaka ke Pekan Baru dijadualkan berlepas pada jam 11:45 dan dijadualkan tiba di Pekan Baru pada jam 11:50 (waktu Indonesia), manakala penerbangan OD311 dari Pekan Baru ke Melaka dijadualkan berlepas pada jam 12:20 (waktu Indonesia) dan dijadualkan tiba di Melaka pada jam 14:25.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket secara dalam talian, sila layari laman sesawang www.malindoair.com.
No comments:
Post a Comment