KUANTAN: Sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk kerja menaik taraf fasa pertama Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di sini yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerja menaik taraf yang melibatkan dua fasa itu bertujuan menjadikan LTSAS sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa.
"Kita berharap dengan menaik taraf lapangan terbang ini, kita (Pahang) akan menerima lebih banyak kapal terbang antarabangsa yang mendarat di sini.
"Sekarang pun sudah ada kapal terbang antarabangsa yang mendarat seperti dari Singapura, Taiwan dan China dan setiap tahun kira-kira 30 kapal terbang mendarat di sini dan diharapkan selepas ini jumlahnya meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Kuantan di LTSAS di sini hari ini.
Sumber: Kosmo | 25 Julai 2014
No comments:
Post a Comment