Saturday, October 25, 2014

Syarikat penerbangan tempatan diharap perkenal laluan Kota Bharu - Langkawi

SYARIKAT penerbangan tempatan terutamanya Firefly Airlines (Firefly) dan juga Malindo Airways (Malindo Air) yang mempunyai angkatan pesawat ATR72-500 dan ATR72-600 diharap perkenalkan laluan Kota Bharu (KBR) - Pulau Langkawi (LGK) untuk menampung permintaan daripada pelancong domestik dan antarabangsa yang semakin meningkat. 

Setakat ini, belum ada mana-mana syarikat penerbangan tempatan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan terus bagi sektor ini. Dalam masa yang sama, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) merupakan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa (LTAB) di Malaysia yang masih ada penerbangan terus ke atau dari Kota Bharu, Kelantan. 

Setakat ini, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) sudah dihubungkan dengan lima daripada enam buah LTAB di Malaysia dengan perkhidmatan penerbangan terus, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru (SIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA). 

Gerbang ke Pulau Perhentian
Pembukaan laluan ini akan memudahkan para pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian tanpa perlu transit terlebih dahulu di Pulau Pinang (PEN), Subang Kuala Lumpur (SZB), atau Kuala Lumpur (KUL) untuk mengambil penerbangan ke Kota Bharu dan sebaliknya. Pulau Perhentian menjadi pulau tarikan utama di Pantai Timur Malaysia dan LTSIP secara tradisinya menjadi pintu masuk utama untuk ke Pulau Perhentian kerana jaraknya yang paling dekat dengat jeti utama untuk ke pulau tersebut. 

Kekerapan Penerbangan
Syarikat penerbangan tempatan boleh menawarkan penerbangan bagi laluan ini dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu dengan mengambil kira kedua-dua negeri ini, iaitu Kelantan dan Kedah bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu. Pembukaan laluan ini juga akan dapat memberi manfaat kepada penduduk negeri Terengganu dan wilayah Narathiwat di selatan Thailand tanpa perlu mengambil penerbangan melalui Kuala Lumpur (KUL), Subang Kuala Lumpur (SZB), atau Pulau Pinang (PEN) untuk ke Pulau Langkawi. 

Kempen Sokongan
Sebuah laman Facebook khas telah ditubuhkan untuk mengumpul sokongan daripada orang awam yang menyokong penuh cadangan pembukaan laluan penerbangan ini dan penubuhan laman Facebook ini diharap akan dapat menyakinkan syarikat penerbangan tempatan untuk membuka laluan penerbangan ini. Jika anda menyokong cadangan pembukaan laluan penerbangan domestik ini, silalah "like" (menjadi ahli) bagi laman sesawang Facebook ini: www.facebook.com/laluankblangkawi

LALUAN PENERBANGAN KOTA BHARU - LANGKAWI | FIREFLY AIRLINES | MALINDO AIRWAYS | PENERBANGAN TERUS KOTA BHARU - LANGKAWI | PULAU LANGKAWI | PULAU BEBAS CUKAI | PULAU PERHENTIAN | KELANTAN | KEDAH | TERENGGANU | NARATHIWAT | SELATAN THAILAND

No comments:

Post a Comment