Gegantung di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk mempromosikan laluan ini pada hujung tahun lepas. Foto: Wan Putra Quddus |
AirAsia menjadi satu-satunya syarikat penerbangan tempatan yang beroperasi bagi laluan ini yang menghubungkan negeri Sabah dengan negeri Kelantan sekali gus menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) sebagai gerbang Pantai Timur Malaysia.
Sejak diperkenalkan setahun yang lalu, jadual penerbangan bagi laluan ini tidak banyak berubah dan masih kekal dengan kekerapan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis, dan Sabtu.
Penerbangan AK5345 dari Kota Kinabalu ke Kota Bharu dijadualkan berlepas dari Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 08:20 dan dijadualkan tiba di LTSIP pada jam 11:00, manakala penerbangan AK5346 dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu dijadualkan berlepas pada jam 11:25 dan dijadualkan tiba di KKIA pada jam 14:10.
Perkhidmatan penerbangan terus ini mengambil masa kira-kira dua jam 40 minit sahaja. Selain Kota Bharu, KKIA juga menawarkan perkhidmatan penerbangan terus ke tiga lagi destinasi di Semenanjung Malaysia, iaitu Kuala Lumpur (KUL), Johor Bahru (JHB), dan Pulau Pinang (PEN).
Pada awal tahun ini, AirAsia memperkenalkan lima laluan baharu yang menghubungkan Malaysia Timur dengan Malaysia Barat, iaitu Miri - Kuala Terengganu (mulai 20 Mac), Miri - Pulau Pinang (21 Mac), Kuching - Langkawi (21 Mac), Kuching - Kota Bharu (21 Mac), dan Johor Bahru - Tawau (18 April).
Namun, yang kekal sehingga sekarang adalah laluan-laluan Miri - Pulau Pinang, Kuching - Kota Bharu, dan Johor Bahru - Tawau sahaja. Laluan Miri - Kuala Terengganu misalnya hanya mampu bertahan selama dua bulan 10 hari sahaja sebelum ditamatkan oleh AirAsia atas faktor komersial (bilangan penumpang yang teramat sedikit).
Berdasarkan maklumat tidak rasmi yang kami terima, AirAsia bercadang untuk memperkenal laluan Miri - Kota Bharu pada suku pertama 2015 nanti dengan harapan dapat menarik pelancong dari negara Brunei Darussalam ke Kota Bharu, Kelantan melalui Lapangan Terbang Miri.
Ia juga dapat memberi manfaat kepada anak-anak Kelantan yang menetap di Miri, Sarawak untuk berulang-alik dari Miri ke Kota Bharu dan sebaliknya.
KEMPEN SOKONGAN: Jika anda menyokong cadangan pembukaan laluan penerbangan Kota Bharu - Miri ini, silalah "like" (menjadi ahli) bagi laman kempen dan promosi ini: www.facebook.com/laluankbmiri.
No comments:
Post a Comment