KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) akan dinaik taraf di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11: 2016 - 2020).
Menjawab soalan Dato' Kamarudin bin Jaffar, Ahli Parlimen Tumpat di Dewan Rakyat pada 11 November 2014 mengenai LTSIP dan Lapangan Terbang Melaka (LTM), Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan berkata Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengiktiraf LTM sebagai lapangan terbang antarabangsa.
Bagi LTSIP pula, walaupun ia hanyalah sebuah lapangan terbang domestik tetapi ia dibenarkan untuk mengendalikan penerbangan antarabangsa jika ada permintaan. Dengan kata lain, LTSIP tidak ada masalah untuk mengendalikan penerbangan antarabangsa.
Seterusnya mengenai cadangan naik taraf LTSIP, Ab. Aziz berkata Kementerian Pengangkutan akan berusaha untuk menaikkan taraf dan membesarkan LTSIP dan cadangan projek ini akan dipohon di bawah RMK-11.
Nota: Sebuah laman Facebook khas telah ditubuhkan dan dilancarkan pada 16 November 2014 untuk mengumpul seramai mungkin sokongan daripada rakyat Kelantan yang menyokong cadangan menaik taraf LTSIP kepada sebuah lapangan terbang antarabangsa. Silalah "like" (menjadi ahli) sebagai tanda sokongan: www.facebook.com/naiktarafltsip.
KATA KUNCI: LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA KOTA BHARU | LTSIP | NAIK TARAF LTSIP | RMK-11
No comments:
Post a Comment