Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Lee Lik Hsin (tengah) bersama krew kabin yang digelar Scootees menggayakan uniform baharu susulan peggabungan Scoot dan Tigerair. |
SINGAPURA: Scoot, syarikat penerbangan tambang rendah Singapura yang bergabung secara rasmi dengan Tigerair hari ini memperkenalkan lima laluan baharu termasuk ke Kuantan, Pahang dan Kuching, Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Lee Lik Hsin berkata, penambahan dua destinasi itu akan menjadikan jumlah destinasi ke Malaysia kepada enam selepas Ipoh, Perak; Langkawi, Kedah; Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Katanya, tiga lagi laluan baharu adalah Palembang, Indonesia; Harbin, China dan satu laluan perjalanan jarak jauh ke Honolulu, Amerika Syarikat,
"Lima laluan baharu ini dijangka bermula operasi selewat-lewatnya akhir 2017 bagi laluan ke Harbin, Honolulu dan Kuching sementara Kuantan dan Palembang (awal 2018).
"Menerusi penggabungan ini, Scoot kini menawarkan penerbangan ke 65 destinasi meliputi 18 negara," katanya pada majlis pelancaran lima destinasi baharu di sini hari ini.
Sumber: Utusan Online | Bisnes | 25 Julai 2017
No comments:
Post a Comment