SYARIKAT penerbangan Firefly kini memperkenalkan perkhidmatan penerbangan sambungan dari Kota Bharu ke Alor Setar, Johor Bahru, Langkawi dan Singapura melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Shah Alam, Selangor.
Perkhidmatan penerbangan sambungan ini melibatkan jualan tiket secara tunggal ke empat destinasi ini tanpa perlu membuat beberapa tempahan tiket dalam satu-satu masa walaupun ia melibatkan penerbangan sambungan atau trasit.
Firefly adalah sebuah syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan dari satu destinasi ke satu destinasi (point-to-point carrier) yang tidak menyediakan perkhidmatan penerbangan secara langsung ke destinasi terakhir yang dibeli. Oleh itu, para penumpang perlu mendaftar keluar dari penerbangan pertama tersebut dan mengambil bagasi terlebih dahulu, sebelum mendaftar masuk semula untuk penerbangan yang seterusnya.
Sebagai contoh, penumpang dari Kota Bharu ke Alor Setar melalui Subang perlu mendaftar masuk di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu seperti biasa dan apabila tiba di LTSAAS, penumpang tersebut perlu mengambil bagasi di tempat tuntutan bagasi dan mendaftar masuk bagasi sekali lagi di kaunter daftar daftar masuk bagasi di LTSAAS untuk penerbangan ke Alor Setar. Jika tidak ada bagasi yang perlu didaftar masuk, mereka hanya perlu memasuki semula balai perlepasan melalui pintu masuk yang sah untuk penerbangan yang seterusnya.
Sekiranya penumpang terlepas penerbangan kedua disebabkan kelewatan penerbangan pertama, pihak Firefly akan menukar waktu atau tarikh penerbangan kedua tersebut secara percuma kepada penerbangan yang seterusnya (tertakluk kepada terma) dengan syarat penerbangan kedua tersebut juga dengan Firefly. Jarak masa setiap penerbangan melebihi minimum dua jam dan ke atas.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.fireflyz.com.my atau e-melkan kepada customer_care@fireflyz.com.my untuk penjelasan lanjut tentang perkhidmatan penerbangan sambungan ini.
Sumber: Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment