KOTA BHARU: Syarikat penerbangan Malindo Air mengadakan laluan baharu terus dari Kota Bharu ke Surat Thani, Thailand dua kali seminggu bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman penerbangan antarabangsa itu diadakan pada hari Isnin dan Selasa.
“Semoga laluan baharu tersebut akan terus merancakkan sektor pelancongan antara Kelantan dan Thailand,” katanya selepas menyambut ketibaan pelancong dari Surat Thani di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.
Seramai 50 pelancong kebanyakannya warga negara Eropah serta Amerika Latin menyertai penerbangan sulung ATR 72 Malindo Air antara kedua-dua laluan.
Hadir sama menyambut ketibaan pelancong, Pengurus Malaysia Airports Sdn Bhd Kelantan, Abdul Halim Othman; Pengurus Stesyen Malindo Air, Mohd Nazri Abdullah dan Ketua Penolong Setiausaha Pusat Penerangan Pelancongan Negeri, Mohd Sabilly Mohd Ramli.
Sumber: Harakah Daily | 17 September 2018
No comments:
Post a Comment