SYARIKAT penerbangan AirAsia menawarkan perkhidmatan penerbangan tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan depan bagi laluan Kota Bharu – Kota Kinabalu (KBR-BKI) dan Kota Bharu – Kuching (KBR-KCH) dari 31 Mei sehingga 16 Jun 2019.
Perkhidmatan penerbangan tambahan ini adalah tambahan kepada perkhidmatan berjadual yang ditawarkan pada setiap hari SELASA, KHAMIS, dan SABTU bagi kedua-dua laluan yang telah beroperasi sejak lebih lima tahun yang lalu.
Tarikh-tarikh penerbangan tambahan bagi laluan Kota Bharu – Kota Kinabalu dan Kota Bharu – Kuching adalah seperti berikut: -
- 31 Mei 2019 (Jumaat)
- 02 Jun 2019 (Ahad)
- 03 Jun 2019 (Isnin)
- 07 Jun 2019 (Jumaat)
- 09 Jun 2019 (Ahad)
- 10 Jun 2019 (Isnin)
- 14 Jun 2019 (Jumaat)
- 16 Jun 2019 (Ahad)
Anak-anak Kelantan, Terengganu, dan warga selatan Thailand yang menetap di Malaysia Timur terutamanya di bandar-bandar raya Kota Kinabalu dan Kuching bolehlah memanfaatkan tawaran ini untuk pulang berhari raya bersama keluarga dan sanak-saudara serta sahabat-handai di kampung halaman dengan perkhidmatan penerbangan terus Kota Bharu – Kota Kinabalu dan Kota Bharu – Kuching ini.
Dalam pada itu, sama seperti tahun-tahun sebelumnya syarikat penerbangan AirAsia juga menawarkan perkhidmatan penerbangan tambahan bagi laluan Kota Bharu – Kuala Lumpur (KBR-KUL). Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang www.airasia.com.
Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment