SYARIKAT penerbangan Firefly menawarkan perkhidmatan penerbangan tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada awal bulan depan bagi laluan Kota Bharu – Subang (Kuala Lumpur).
Penerbangan tambahan tersebut ditawarkan pada tarikh-tarikh seperti berikut: -
- 31 Mei 2019 (Jumaat)
- 01 Jun 2019 (Sabtu)
- 02 Jun 2019 (Ahad)
- 04 Jun 2019 (Selasa)
- 08 Jun 2019 (Sabtu)
- 09 Jun 2019 (Ahad)
Nota: Sila klik pada infografik di atas untuk paparan jadual penerbangan yang lebih jelas. |
Firefly merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang beroperasi melalui hab Wilayah Tengah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Shah Alam, Selangor; dan hab Wilayah Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Selain laluan Kota Bharu – Subang, Firefly juga menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Kota Bharu ke Pulau Pinang dengan kekerapan dua kali sehari, iaitu pada sebelah pagi dan lewat petang.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman sesawang rasmi Firefly, iaitu www.fireflyz.com.my.
Kota Bharu Airport | www.kotabharuairport.blogspot.com
No comments:
Post a Comment