Saturday, March 22, 2014

AirAsia rintis laluan Kota Bharu - Kuching

KOTA BHARU: Penerbangan sulung AirAsia menggunakan pesawat jenis Airbus 320-200, dari Kuching ke Kota Bharu telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu kira-kira jam 19:10 semalam (21 Mac 2014). 

Penerbangan dari Kuching ke Kota Bharu ini mengambil masa kira-kira dua jam dan penerbangan ini merupakan penerbangan tambahan sehari lebih awal berbanding penerbangan berjadual yang bermula hari ini (22 Mac 2014).

Syarikat penerbangan AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan bagi laluan ini selepas memperkenalkan laluan Kota Bharu - Kota Kinabalu sejak 16 November 2013 yang lepas. 

AirAsia menawarkan penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan ini, iaitu setiap hari SELASA, KHAMIS, dan SABTU dan tempahan tiket boleh dibuat secara dalam talian (melalui laman sesawang www.airasia.com), kaunter tiket di lapangan terbang, serta agensi-agensi pelancongan yang terpilih. 

Dalam pada itu, AirAsia juga akan membuka satu lagi laluan baharu dari atau ke Kota Bharu, iaitu laluan antarabangsa Singapura - Kota Bharu yang akan bermula pada 21 April 2014 nanti. Jualan tiket telah bermula beberapa bulan yang lepas dan penerbangan ditawarkan dengan kekerapan empat kali seminggu, iaitu setiap hari AHAD, ISNIN, RABU, dan JUMAAT. 

NOTA: Penerbitan semula informasi daripada laman blog ini tidak dibenarkan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak kami. Kami ingin memohon mana-mana pihak tidak sewenang-wenangnya mencedok (copy & paste) maklumat daripada laman blog ini untuk diterbitkan semula di laman sosial sendiri atau laman awam lain seperti Facebook, multi-page thread (contoh: SkyscraperCity.com) dan sebagainya. Hal ini kerana ia merupakan suatu tindakan yang tidak bermoral dan tidak beretika dengan mengambil hasil kerja orang lain untuk mempopularkan laman blog, multi-page thread, dan Facebook sendiri. 

No comments:

Post a Comment